Tuesday, August 21, 2018

A Makcik On A Longboarding

The following story was written a few years back. I found it in the draft section . Oh well i might as well publish it . Do take note this was before I fell tumbling down and before I broke my arm.

__________________________________________________________


I am going to be 45 this coming November and I have just taken up longboarding.

I am writinng about my experience because I want people my age who are looking for a story like this would be happy to know that they are not alone and they are definitely not crazy to start something crazy like skateboarding or longboarding or in line skating at our age.

I had never tried a longboard before but I used to in line skate when I was in University, and that was like 20 years ago. I still remember the freedom and the feel of wind brushing against my face beause of the speed. Even after my study I still took my in line skate for a spin around the park which I still frequent to this day.




I think I look way cooler when in U

These two pictures are 20-years apart


Only recently I discovered about Penny and I thought "Why not ?". I started with a Penny Nickle. Its 27" long with ABEC 5 and very smooth wheels.





I later  bought Santa Cruz Mahaka Rasta.

It s not as fast as the Nickle because it uses ABEC 3 but it was long, enough space for my feet, the wheels are superb and I love the feeling I have when carving because its very smooth. Even when going down the small hill I am very much in control of the speed.

Oh I fell once when I tripped the wheel .. clumsy me.

You can upgrade your longboard to whatever level you feel comfortable and according to your budget.

I m not an expert but there are three categories of longboard style; dancing/cruising, freeride and downhill.

At our age and if you re new and have never set your foot on one, it would be best if you could  learn about these four things first:-

 -the foot stance,
 -the push ,
 -balancing your body on the board and
 -stopping.

These are the major most important things to learn before you start. Dont go and straight away try the first time on the road or even on the concrete floor. Try the board on the grass first and learn all the four technics and let them sip in your sub concious and memory. I said sub concious because at times you dont even have time to think and will only react and response base on your sub concious.

And yes, how could I forget about these; the helmet and the paddings.

Dont ever think not to wear them because you feel you look stupid. They help. That time when I fell I was lucky I had all the paddings.

You see my knees are not at their best condition. I still have problems with them if not much. And because of that I will make sure to always wear knee braces.


I would wear on both knees and will always put some cream or oil, especially hot ointment. And yes seriouly , joke aside , whenever I rub the knees I would pray that

"Dear Allah please strengthen my knees, dont let them hurt , please take the pain away"


and before I go out and about to play I would also pray


"Dear Allah , please dont make me fall ..."

Alhamdulillah thank to HIM, I think my prayers work.













Tecapai Juga Hasrat Malaysia Berubah

Ohhh kalau dilihat kembali tulisan aku sebelum sebelum ini tentang politik, ya , aku agak ganas menyuarakan pendapatku. Ok bukan la ganas, tapi ya aku seorang yang sangat opiniated. Sentiasa ada saja yang mahu aku suarakan bila ada ketidakpuasan yang tak tertahankan.

Jika aku boleh kembali kepada masa-masa lalu di zaman kempen pilihanraya pilihanraya yang lalu mahu saja aku kabarkan pada diriku waktu itu bahawa apa yang aku harapkan dan juangkan sudah berjaya pada pilihanraya 2018 ini.

Masih aku ingat waktu GE 2013, beria ia aku berkempen pada kawan dan teman untuk membuat perubahan dan kelainan. Aku sangat desperate waktu itu mahukan Malaysia yang baru. Aku mahukan Malaysia yang segar dengan corak kepimpinan yang berlainan.

Teman baik waktu itu, Sri Rahayu sangat taksub dengan UMNO. Aku sering berdebat dengan dia sehingga penat, sehingga meja makan bisa terangkat.

Bermati matian beliau mempertahankan Kedaulatan Melayu yang kononnya didokong UMNO. Berkajang kajang hujah aku sampaikan namun semuanya hampa hancur mendebu di bawa angin lalu.

Alhamdulillah. Hari ini di Dewan Parlimen , mereka yang di barisan pembangkang telah berpindah tempat duduk ke barisan Kerajaan, dan Alhamdulillah mereka bukan lagi Kerajaan Barisan.



Monday, August 20, 2018

Blog Tidak Lagi Hip

Setelah wujudnya macam macam jenis media sosial yg lain, blog sudah tidak berapa relevant lagi. Ramai blogger telah berpindah ke MukaBuku, InstaGeram, Twitter dan tah hapa hapa lagi lah jenis media sosial lain.

Aku pun sama.

Tu yang sengap lama.

Tapi bila lama bersosial di media media sana, aku rasakan kebebasan aku tidak lagi seperti dulu.

Kadang bila mahu menulis status, harus dengan penuh berjaga-jaga takut ada hati yang tersakiti. Kadang terasa ada drama di sana. Kadang terasa macam mengada-ngada.

Pendapat peribadi kadang boleh memakan diri.

Aku jadi rindu mahu menulis bebas seperti dulu lagi.

Blog aku pun bukanlah famous , tak ada pun orang baca, tapi ok lah, asalkan apa yang di kepalaku dapat kuluahkan tanpa batasan.

Hahaha ... tudia ...

Keinsafan

Setelah jatuh patah tangan dengan 9 skru di lengan, aku mulai pelan pelan insaf dengan teguran Tuhan.

Buat pertama kali perkataan "takut" mula menyelinap ke dalam fikiran dan jiwa.

Ramai anak anak kawan yang dah mula buat permohonan untuk mewarisi longboard aku. Namun aku  masih sayang semua longboard aku.

Dan sehingga ke hari ini semua longboard itu masih berdiri berbaris di tepi dinding ruang tamu rumahku.

Sekali sekala masih kubawa dan ada juga aku main .... tapi pastilah tidak seperti dulu lagi.

Aku sudah insaf.

Lagi Sekadar Cerita

Apa yg jadi di post lepas, berlaku pada tahun 2016.

Aku memang tak serik lepas kejadian tersebut. Jatuh terguling tergolek tak dak hal bagi aku.

Kalau sekadar calar di muka ... apa lah sangat, sebab aku bukan perempuan melayu terakhir yang perlukan muka yang flawless.

Memang berbulan la juga parut hitam merentasi pipi dan atas mulut.

Oleh kerana aku belagak dan tak sedar diri, aku beli satu lagi longboard utk menari.

Kali ini Tuhan tidak bersama aku sebab Dia tahu jangankan atas longboard , atas lantai tanah pun tarianku tidak pernah menjadi.

Tidak seperti tupai memanjat pohon, longboard yg baru ke beli dan mahu ku pijak telah menolak aku jatuh ke bumi.


Tanganku patah dan aku cacat hingga kini.

Sekadar Cerita - Longboard

Lamanya tak menulis di sini.

Banyak yang berlaku selepas post terakhir yg dulu, masa aku gila longboard.

Memang gilalah, sampai jatuh terguling macan stuntwoman pun ada .... jatuh sambil turun bukit . Alhamdulillah ada helmet. Muka saja yg calar.

Ada Iman time tu, so kami berdua rush ke hospital berdekatan di Kuala Nerang.

"Eksiden ya ...??" tanya pekerja hospital

"Ya"

"Kena apa tu ....? Jatuh motor ka ? Dengan sapa ?"

"Sorang saja ....."

Aku tak rasa nak cerita panjang kat dia pasal longboard dan kenapa makcik seperti aku boleh eksiden sebegitu

Friday, January 08, 2016

My Newest Hobby




i know i m a bit too old , too "makcik" to take up this extreme hobby; but i just love the feeling i get whenever i go down , surfing n carving the hill.

😍


Friday, October 02, 2015

Pahlawan Keyboard

Dunia internet sekarang makin canggih, makin laju, makin mantap. Setiap apa yg kamu tulis dan paparkan di dunia maya ini, seakan terpahat di langit dan tak mampu ditarik balik lagi. Setiap patah yg tertancap itu bagaikan terus kekal tiada upaya dipadamkan lagi. 

Namun satu kebaikan yg masih ada ialah , kehangatan sesuatu isu itu tidak selalunya berpanjangan. Walaupun panas pedih kamu ditikam senjata pahlawan keyboard , sakitnya tidak lama, kerana setiap hari masih tetap ada saja skandal baru yang mahu dibicarakan orang dan pedang yg menikam kamu tadi akan beralih pula untuk menikam orang baru.

Begitulah yg terjadi bila kerboard warrior menjadi gila dan amok. Ya selalunya begitulah. Ramai yg komen bagaikan orang yg amok. Kerana orang yg sedang amok selalunya tiada upaya lagi untuk menggunakan akalnya, segala tindakan akan mengikut perasaan. Kerana itulah orang yg sedang amok akan menikam sesiapa saja yg dirasakan tidak betul dan harus dibunuh.

Pun begitu masih ada yg waras dan tenang yang mampu memberikan buah buah komen yg mengikut logik akal. Yg baik akan dipuji yg buruk akan dihina. Namun begitu definasi "baik" dan "buruk" sekarang sudah terlalu bebas. Kadang yg kamu fikirkan baik, tapi masih juga mendapat penghinaan, dan adakala yg kamu rasa buruk ditulis orang, rupanya masih ramai yg  berlari ke depan mengatakan ianya baik.

Maka timbangan apakah yang mahu kamu pakai, dan kamu pun beralih kepada timbangan agama. Kamu berlari mencari ustaz ustaz yg kamu rasakan betul. Tiba-tiba kamu dapati sesama ustaz sesama orang ugama juga masih tetap mereka bertelingkah. Walaupun emosinya masih terkawal namun kamu masih juga pening kerana mereka semua berlawan hujah dgn hujah. Dan kamu yg bersekolah Inggeris ini makin gelisah …..

Mahu ke mana lagi kamu beralih arah ….?

Tuesday, August 05, 2014

Golden Leaves




Can't live with you but I d die without

Friday, January 24, 2014

Perang Unta

Sedang revisiting the past ….. cerita selepas kawafatan Rasulullah SAW.

Perang Jamal (Battle of the Camel)

Bayangkan jika kamu hidup sewaktu itu dan kamu melalui dan lihat konflik yg berlaku …… 

Camp manakah yg kamu akan pilih ? Pihak manakah yg akan kamu sertai ?

…………….

masih mencari jawapan dan tidak mahu sekadar menjadi lalang dan mahu yakin membuat pilihan.

(harap tak mati dipijak unta bila berada di tengah medan)

Agamawan

Ada jumpa seorang budak ni di layar maya. Aku sebut budak sebab aku rasa dia muda banyak dari aku. Budak yg penuh semangat, penuh kata-kata yg berebut-rebut mahu keluar terjah dari mulutnya, boleh rasa intensity pada dirinya bila dengar dia bercakap (di youtube) yg kadang bagi aku nampak kalut. Kalut sebab terlalu banyak benda yg nak dia sampaikan; kekecewaannya, kekesalan, kemarahan dan semua rasa negatf seolah menjadi aura menyelubunginya.

Kalau dilihat cara dia bercakap dan berstatus kelihatan seperti sudah lari aqidahnya dengan persoalan-persoalan yg aku rasa tak ramai dapat memberi jawapan padanya. Dia makin kecewa …..


Inilah antara individu-individu yang perlu diambil perhatian, bukan untuk menangkap dan meng"ISA" kannya. Perlu diberi perhatian apa yg menjadi persoalan dan permasaalahan di fikiran dan yg dibawanya supaya kita dapat sama-sama mencari jawapan. Mencari jawapan bersamanya, bukan bersama-sama beramai memakinya.

Budak budak sepertinya fikiran mereka bukan seperti kita yang biasa-biasa ini. Mereka banyak membaca, mereka banyak turun padang dan berada di dalam kelompok masyarakat yg penuh dengan masaalah. Mereka mahukan sesuatu, satu penyelesaian bagi masaalah masyarakat dan mereka mengharapkan mendapat jawapan dari agama. Bila mereka mencari agama mereka berjumpa orang agama, tetapi mereka jadi kecewa dengan orang agama.

Mereka rasakan orang agama tidak faham mereka, tidak faham apa yang mereka mahukan, tidak tahu dan tidak ambil tahu apa yang mereka lalui di bawah ini ….. di dalam masyarakat bermasaalah ini. Mereka jadi jemu dengan hanya mendengar hukuman yg dijatuhkan orang agama. Mereka mahu mendengar lebih kepada Rahmat Dan RahimNya yg aku percaya mereka yakin ada.

Lebih mengecewakan mereka bila mereka rasa ada orang ugama yang menggunakan agama untuk mendapat untung wang dan ringgit. Maka kekecewaan mereka menjadi lebih parah …….. maka lahirlah kata-kata dan status yg boleh menyakitkan sesiapa yg terasa.


Jika kita tidak mampu berdebat mengajak mereka dengan hikmah, tak payahlah kita memaki dan menghukum mereka. Jadilah kita orang yg lebih berilmu dan barulah kita sedar kita sebenarnya tiada apa-apa untuk berhujah …. apa lagi untuk menghukum.



Saturday, December 28, 2013

Bye Bye Cherry Red




Akhirnya setelah beberapa minggu di Mudah, Cherry Red berjaya dijual. Alhamdulillah. Saya berharap dia akan berbahagia dengan tuan yang baru.