"Mereka merancang dan Allah juga Merancang.
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang"
Ali-Imran: 54
Aku selalu marah, tension mengamok, naik angin, hampeh, gila meroyan (errr.. ?) dahulu bila membaca dan mendengar berita-berita dari angin arah konformis, yang selalu memutar belit fakta, membuat pembohongan, menukar fakta dan lain-lain tindakan yang membakar semangat perjuangan aku. Aku marah tetapi aku tahu tiada apa yang dapat dilakukan bila hampir semua media massa dikuasai mereka. Aku jadi lelah, dan aku juga yakin ramai pembangkang dan pemikir bijak yang juga merasa 'helpless' kerana tiada upaya melawan arus yang begitu kuat dan besar. Kebenaran yang sedikit selalu dapat ditenggelamkan dengan kuasa politik dan wang.
Mereka merasa mereka akan sentiasa berkuasa di arena massa, akan selalu mempunyai peluang mengawal segala berita dan khabar yang sampai kepada masyarakat. Segala kuasa dan alatan berada di dalam genggaman mereka.
Hahahahahahahahaha... biar aku gelak sekejap. Biar aku luahkan rasa gembira aku. Mereka sekarang semakin marah, tension mengamok, naik angin, hampeh, gila meroyan (errr.. ?) seperti aku dulu kerana sekarang ada kuasa yang mereka tak boleh melawan. Allah telah mencetuskan kebijaksanaan kepada akal manusia untuk menghasil sesuatu yang amat bermakna kepada insan sejagat ;

I.N.T.E.R.N.E.T
Hahahahahahahaha..... dan aku sekali lagi ketawa macam orang gila (bukan meroyan lagi)