Ada pelbagai perkara penting dalam otak aku semenjak sebulan yang lalu. Semuanya perlukan pemikiran tajam serta aksi fizikal yang berbahaya. Aku harus menanganinya semua sekali gus. Tapi seperti biasa seperti kata mak aku "Kalau dah nak terburai baru kalut cari jamban". Aku masih dengan sikap sambil lewa.... kecualilah perkara itu adalah yang menjadi top priority aku pada ketika itu.
Senarai yang perlu aku lakukan:-
- Pindah Rumah
- Kemas Rumah untuk kemas barang
- Kemas Barang untuk pindah rumah
- Kejar kontraktor yang masih gagal siapkan dapur dan bilik air aku
- Kejar masa dalam larianku dan berlari seperti ahli sukan sebenar - dan bukan seperti makcik yang penat mengejar cucu
- Kayuh basikal seperti ahli sukan sejati juga
- Belajar pakai kasut basikal supaya aku tidak jatuh di jalanraya dan menjadi bahan ketawa satu pekan Alor Star
- Memperbaiki renangan aku supaya boleh masuk Ironman Langkawi 2009.
Ok, abaikan No: 8 kerana itu tak mungkin terjadi. Bukan sebab aku tak boleh berenang, tapi sebab aku tidak tahu dan pasti sempatkah aku sembahyang asar dan zohor (jama'(taqdim atau ta'khir)(?)) sepanjang masa aku berenang-berkayuh-berlari itu. Mungkin aku perlu menulis kepada penganjur untuk lepaskan aku untuk solat dengan harapan aku tidak tersungkur tidur terus waktu sujud.
Sekali lagi aku katakan abaikan saja No:8, kerana aku masih lagi belajar bagaimana menggunakan clipless pedal yang sudah pun tercalar apabila aku jatuh basikal kelmarin kerana tak sempat unclip kasut basikal itu. Juga abaikan No: 8 kerana aku masih tak dapat berlari 10km di bawah 60minit.
Tolong doakan No: 1 termasuk supaya Allah berikan aku tenaga untuk No: 2 dan No: 3.
Sekali lagi aku katakan abaikan saja No:8, kerana aku masih lagi belajar bagaimana menggunakan clipless pedal yang sudah pun tercalar apabila aku jatuh basikal kelmarin kerana tak sempat unclip kasut basikal itu. Juga abaikan No: 8 kerana aku masih tak dapat berlari 10km di bawah 60minit.
Tolong doakan No: 1 termasuk supaya Allah berikan aku tenaga untuk No: 2 dan No: 3.
Tolong doakan untuk Kontraktor yang disebut di No: 4 kerana silap haribulan aku akan menghempap dia dengan basikal aku ... . Maaf bukan dengan basikal aku, mungkin dengan bahan berat lain yang boleh melumpuhkannya; Jamis terlalu berharga untuk dijadikan senjata.
P/s: Jikalau kamu terdengar cerita seorang makcik bertudung kayuh basikal racing jatuh basikal dekat traffic light dengan kaki masih terlekat di "pedal"; tolong jangan percaya ianya aku. Sila hubungi aku terlebih dahulu untuk kepastian.