Monday, April 28, 2008

Nenek Tua Di Pizza Hut

Hari itu aku dan Nora ke Pizza Hut Jitra, menikmati hidangan dengan lahapnya, terutamanya ahli sukan (ehem ehem ehem) yang baru kayuh basikal Jitra-Changloon-UUM.

Sekali, kami berdua terlihat seorang nenek tua dengan baju lusuh kain batik berserta beg plastik di tangan masuk ke restoran itu. Aku dan Nora memang pernah lihat nenek itu berjalan seorang diri kadang di sekitar Jitra, dan bila melihat dia, tersentuh rasa kasihan memikirkan kenapa dia dibiarkan berjalan seorang diri. Tapi bila difikirkan semula, mungkin anak cucunya sudah tidak mampun membendung keinginan nenek tua untuk keluar berjalan. Mungkin sudah habis ikhtiar mereka untuk menghalangnya dari keluar rumah.

Ok. Kembali pada Pizza Hut. Nenek itu, kami lihat berjalan dari meja ke meja seperti berbual dan bertanya khabar. Tapi kata Nora nenek tua sedang meminta wang dari orang ramai.

Kaki nenek tua akhirnya sampai ke meja kami. Kami pun menyapanya, bertanyakan sama ada dia sudah makan atau belum. Kataku " Kalau nenek nak makan duduklah... nanti saya order kan makanan. "

"Nenek mahu Pizza?"tanyaku

Dia gelengkan kepalanya. "Nek tak lalu makan.."

"Nenek mahu cappuccino ..? Kita letak whip cream..nak?"

Hehe..Ok nenek tak mahu makan atau minum cappuccino. Aku dan Nora tahu dia mahukan wang. Sambil aku buka beg tangan (ahli sukan pun ada handbag tau..) dia bertanya pada kami:-

"Kerja kat mana cek berdua nih...?"

"Saya kerja kat Alor Star" kataku sambil menghulurkan RM5 padanya.

Sambil mengambil wang tersebut nenek tua masih sempat memberitahu kami orang lain memberinya "dua ketul merah" (ya dia benar-benar guna term itu).

Sambil aku dan Nora tersengih aku kata padanya "Ya lah..depa kaya duit banyak..."

Masih mengenggam not hijau RM5 itu dia bertanya lagi.

"Kerja apa ...?"

"Saya kerja kayuh basikal..."

Nora tergelak kecil.

Nenek merenung aku dan kemudian menyua kembali pada aku not hijau itu.

"Nahh lah.. ambik lah ....."

"Eh tak payahh.... saya bagi kat nenek.."

"Ambiklah balik..satgi tak cukup duit pulak..
dah kerja pun kecik dok kayuh basikal saja.."


Sudah tentu aku tak ambil RM5 tu. Buruk siku nanti.Tapi kami kemudiannya diberitahu budak-budak pizza kat situ bahawa nenek tu memang macam tu, kalau not merah dia ambikla, kalau biru dia tak ambik........ hehehe

Kata budak pizza lagi, dia selalu masuk Pizza Hut. Sejuk katanya ada aircond. Kat luar panas.

Waktu aku dan Nora melangkah keluar dari Pizza Hut kami nampak nenek tua sedang duduk atas kerusi di situ dengan gaya yang sungguh relaks dan santai dengan kaki di letakkan di atas kerusi sebelah lagi.

Aku rasa dia tengah tunggu order "Pepperoni Delight Stuffed Crust with Extra Cheese" kot..... maklum dia dah dapat dua ketul merah dan satu ketul hijau...

Aku doakan dia selamat di jalanan.

Dari Alor Star

Alhamdulillah buat pertama kali dalam sejarah Kedah perubahan itu berlaku juga, walaupun aku pada mulanya sebelum pilihanraya bermula agak skeptikal dan bimbang rakyat masih tidak mahu berfikir.

Aku rasa ada banyak benda yang perlu dilakukan oleh Pembangkang (yeahhh..!) untuk menawan kembali Kedah, tetapi berita baiknya aku rasa Pembangkang (lagi sekali yeahhh!(first time boleh panggil depa pembangkang)) benda-benda tersebut tidak akan mampu mereka lakukan.

Terlalu banyak isu dalam yang perlu diselesaikan mereka. Seperti bisul yang sudah masak dan meletup, nanah yang keluar berbau hanyir di semua lima tempat ! Seperti juga kapal yang akan tenggelam, masing-masing hanya memikirkan diri sendiri, hatta nakhoda kapal sekalipun perlu dan mahu selamatkan dirinya dulu. *

Anak-anak kapal masing-masing mahu melompat menikam siapa yang paling dekat untuk naik keatas mahu selamatkan diri. Mana-mana anak kapal yang lemah akan ditolak terjun dulu ke dalam laut bahkan ada yang terjun sendiri ke laut membunuh diri.

Kapal-kapal penyelamat walaupun tidak segah Kapal Besar tetap hadir menarik sesiapa yang masih boleh diselamatkan. Bila Kapal Besar tenggelam, kapal kecil juga yang berguna.


Ahh.......Siapa saja yang kata kapal Titanic tidak boleh tenggelam...? ? ?

Betapa Sejarah banyak mengajar kita tapi manusia tidak pernah mahu berfikir.


* Jangan lupa babak filem Titanic "You Jump, I Jump" Cinta sejati merpati dua sejoli.

Thursday, April 03, 2008

Bila Aku Ke Kedai Basikal Cari Jersey, Glove dan Pam Basikal

Tuan Kedai: Kita ada banyak jenis basikal di sini...

Aku:
*angguk*

Tuan Kedai:
Yang ini RM2 ribu lebih ...yang ini RM1 ribu lebih....

Aku:
Ohhh.. *angguk lagi*... apa beza ini dua basikal..?

Tuan Kedai:
Ini mahal punya sebab body dia aluminium....

Aku:
Ohh.... itu macam ka...

Aku:
You ada jersey ...?

Tuan Kedai :
Ada.. ada... ini jersey.. original punya...

Aku:
*angguk* Glove pun you ada ka..?

Tuan Kedai:
Ada.. ada... kalau mau kayuh basikal mesti mau pakai glove...

Aku:
*angguk*Pam basikal..?

Tuan Kedai:
Ada..ini ada dua tiga jenis...

Aku: Oh... Boleh tengok..?

Tuan Kedai:
Boleh.. boleh....Cik.. nanti lu bawa anak lu mai tengok suruh dia pilih sendiri dia mau jersey mana..glove mana..jenis pam yang dia suka.......

Aku:
*cis*

Wednesday, April 02, 2008

Perbualan Dengan Pengkayuh Basikal dan Bapanya

Aku: En Radzi, saya nak kayuh basikal ni, berapa heart rate yang ok untuk saya ?

En Radzi: You kayuh sekarang barapa ?

Aku: 141 bpm (beat per minute)

En Radzi: Eh tak payah exert teruk.. buat dalam 120-121 camtu saja...

Anak En Radzi:
Hmm.. itu pun dah kira exert tu.. you buat dalam 60 ..

Aku:
Hah..??? 60 ???

Anak En Radzi:
Ha ahh ... 60 bpm .. kayuh relax-relax ja...

Aku:
Huishhh gila lah 60... you punya resting heart rate berapa ..?

Anak En Radzi:
41 bpm

Aku :
*gulp*



Kata aku pada Nora selepas hari itu:

Gila dia punya resting hear rate 41bpm.
Dia suruh aku kayuh relax 60bpm.
Kalau 60 bpm aku tak payah buat apa lah....
aku tidur saja pun dah lebih 60bpm.

Tuesday, April 01, 2008

Popo


Photo By:
Hadie