Sudah banyak kali aku suarakan niat aku untuk ke Jakarta. Kota idaman aku .... haha. Apakah kaitan bulan Rejab dengan Jakarta ? Sampainya Bulan Rejab ni bermakna makin dekatlah dengan BulanRamadhan.
Dan apakah kaitan Bulan Ramadhan dan Jakarta ..? Sila baca seterusnya
Ya agak gila sedikit bila jatuh cinta dengan sesuatu yang kita belum jumpa (Jakarta tidak ada telefon untuk menghubungi aku setiap hari dan bergayut selama satu atau dua jam - atau terhenti setiap tiga minit bila memakai iTalk - jadi, cinta jarak jauh dengan telefon tidak segila bila jatuh cinta dengan satu Kota)
Aku mahu berjalan-jalan di kotanya, tenggelam dalam keenakan Bahasa Indonesia yang mengasyikkan dan sentiasa mengujakan aku. Aku sudah begitu, lama sebelum Ada Apa Dengan Cinta menggila dengan anak muda Malaysia, lama sebelum Bawang Putih Bawang Merah muncul di peti TV dan lebih lama daripada umur mereka yang baru kenal Ahmad Dhani. Ya aku memang tua sudah... itu mesej lainnya.

Niat suci yang lama itu belum pernah terlaksana. Pernah tiket juga sudah dibeli .... tapi akhirnya tetap tidak menjadi.
Kata orang, bulan Ramadhan di Jakarta amat mengasyikkan.. meriah.
So, aku pun membuatlah cadangan untuk ke sana dalam bulan Ramadhan kerana teringin sangat nak sambut puasa di sana.
Tapi kata seseorang:
"Orang lain kalau teringin nak sambut puasa pun
di Mekkah ...
bukan di Jakarta"
hmmm
:-)