Sunday, October 25, 2009

Speechless




Verily silence generates loneliness
and it is a guide
to all virtues

Imam Ali Ar Rida



Monday, October 19, 2009

Blog




when you have a blog

you are already a self righteous person



Ann

Friday, October 02, 2009

Michael Jackson Dah Mati

Tok, dengan usianya yang lanjut tidak lagi berupaya menyimpan maklumat atau data terbaru yang diterima. Ingatannya hanya banyak tertumpu kepada perkara yang lama ... lama seperti 10 atau 20, 30 tahun yang lalu. Kadang Tok akan tergelak dan bercerita tentang bagaiman Wan (tok lelaki) mengoratnya dulu. Ada kalanya pula dia akan bercerita tentang Nek, ibunya yang sudah meninggal dunia lebih 35 tahun yang lalu. Sesekali dia bertanya samada Tok Tam ada di rumahnya atau tidak padahal abangnya itu sudah meninggal hampir 7 tahun yang lalu.

Semua data terbaru yang didengarnya hanya akan bertahan 3 minit selalunya. Jadi tidak hairanlah Tok akan selalu bertanya soalan yang sama berkali-kali; seperti 

"Ann mai dari mana nih ..?" 

"Dari office Tok"


Ulangi saja perbualan di atas sebanyak 5 kali untuk setiap 15 minit. 

Pun begitu, aku tidak merungut, aku akan jawab saja setiap kali dia bertanya kerana apa sangatlah yang hendak dirungutkan, sedangkan sejak aku lahir dulu, jasa Tok kepada aku tak terhitung dan yanng paling besar dan yang paling aku hargai ialah  jasanya menjadi guru Quran aku yang pertama.


Ok, balik kepada tajuk.

Baru-baru ini, adik aku yang pulang beraya ke kampung halaman tanah tumpah darahnya, telah cuba membuat sesuatu dengan ingatan Tok yang semakin kurang itu. Untuk itu Anis, telah mencuba teori "ulangan" kepada Tok dengan menyalurkan data yang sama setiap 10 minit atau setiap kali dia berjumpa Tok.

"Tok, Michael Jackson dah mati"

Jangan tanya aku kenapa ayat itu yang Anis pakai. 

Setiap kali Anis terlihat saja muka Tok dia akan memberitahunya perkara yang sama

"Tok, Michael Jackson dah mati"


Hasilnya memang menakjubkan. 

Satu hari bila aku sedang memandikan Tok, dia tiba-tiba tergelak dan memberitahu aku

"Ann, Michael Jackson dah mati"


Kami harus bagi 'credit' pada Anis

:-)