Kadang dalam hidup ini kita sering lupa akan perkara asas. Kita dihidupkan untuk beribadat kepadaNYA. Dan semua yang Muslim dan Mukmin mengaku bahawa mereka memang beribadat. Tetapi lingkungan ibadat yang kebanyakan kita lakukan adalah satu linkungan yang sangat sempit. Sempit kerana hanya memandang pada ibadat sebagai yang berkaitan dengan penyembahan secara fizikal pada yang SATU. Ahhh spiritual ibadat yang merangkumi keikhlasan dan kekhusyukan ibadat juga kita gagal selalunya. Oleh kerana kita gagal pada fizikal dan spiritual ibadatlah yang membuatkan scope ibadat hanya selalu pada ibadah solat puasa haji yang kita pegang sebagai satu talian yang sudah cukup hanya dengan Allah.
Kita sering lupa lingkaran kebaikan melalui hubungan sesama manusia sebagai satu skop ibadah juga.
Kita lupa membuat kebaikan sesama manusia.