Tuesday, August 05, 2014

Golden Leaves




Can't live with you but I d die without

Friday, January 24, 2014

Perang Unta

Sedang revisiting the past ….. cerita selepas kawafatan Rasulullah SAW.

Perang Jamal (Battle of the Camel)

Bayangkan jika kamu hidup sewaktu itu dan kamu melalui dan lihat konflik yg berlaku …… 

Camp manakah yg kamu akan pilih ? Pihak manakah yg akan kamu sertai ?

…………….

masih mencari jawapan dan tidak mahu sekadar menjadi lalang dan mahu yakin membuat pilihan.

(harap tak mati dipijak unta bila berada di tengah medan)

Agamawan

Ada jumpa seorang budak ni di layar maya. Aku sebut budak sebab aku rasa dia muda banyak dari aku. Budak yg penuh semangat, penuh kata-kata yg berebut-rebut mahu keluar terjah dari mulutnya, boleh rasa intensity pada dirinya bila dengar dia bercakap (di youtube) yg kadang bagi aku nampak kalut. Kalut sebab terlalu banyak benda yg nak dia sampaikan; kekecewaannya, kekesalan, kemarahan dan semua rasa negatf seolah menjadi aura menyelubunginya.

Kalau dilihat cara dia bercakap dan berstatus kelihatan seperti sudah lari aqidahnya dengan persoalan-persoalan yg aku rasa tak ramai dapat memberi jawapan padanya. Dia makin kecewa …..


Inilah antara individu-individu yang perlu diambil perhatian, bukan untuk menangkap dan meng"ISA" kannya. Perlu diberi perhatian apa yg menjadi persoalan dan permasaalahan di fikiran dan yg dibawanya supaya kita dapat sama-sama mencari jawapan. Mencari jawapan bersamanya, bukan bersama-sama beramai memakinya.

Budak budak sepertinya fikiran mereka bukan seperti kita yang biasa-biasa ini. Mereka banyak membaca, mereka banyak turun padang dan berada di dalam kelompok masyarakat yg penuh dengan masaalah. Mereka mahukan sesuatu, satu penyelesaian bagi masaalah masyarakat dan mereka mengharapkan mendapat jawapan dari agama. Bila mereka mencari agama mereka berjumpa orang agama, tetapi mereka jadi kecewa dengan orang agama.

Mereka rasakan orang agama tidak faham mereka, tidak faham apa yang mereka mahukan, tidak tahu dan tidak ambil tahu apa yang mereka lalui di bawah ini ….. di dalam masyarakat bermasaalah ini. Mereka jadi jemu dengan hanya mendengar hukuman yg dijatuhkan orang agama. Mereka mahu mendengar lebih kepada Rahmat Dan RahimNya yg aku percaya mereka yakin ada.

Lebih mengecewakan mereka bila mereka rasa ada orang ugama yang menggunakan agama untuk mendapat untung wang dan ringgit. Maka kekecewaan mereka menjadi lebih parah …….. maka lahirlah kata-kata dan status yg boleh menyakitkan sesiapa yg terasa.


Jika kita tidak mampu berdebat mengajak mereka dengan hikmah, tak payahlah kita memaki dan menghukum mereka. Jadilah kita orang yg lebih berilmu dan barulah kita sedar kita sebenarnya tiada apa-apa untuk berhujah …. apa lagi untuk menghukum.