Thursday, August 30, 2007

Biarkan Aku Gelak Sekejap

"Mereka merancang dan Allah juga Merancang.
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang"
Ali-Imran: 54

Aku selalu marah, tension mengamok, naik angin, hampeh, gila meroyan (errr.. ?) dahulu bila membaca dan mendengar berita-berita dari angin arah konformis, yang selalu memutar belit fakta, membuat pembohongan, menukar fakta dan lain-lain tindakan yang membakar semangat perjuangan aku. Aku marah tetapi aku tahu tiada apa yang dapat dilakukan bila hampir semua media massa dikuasai mereka. Aku jadi lelah, dan aku juga yakin ramai pembangkang dan pemikir bijak yang juga merasa 'helpless' kerana tiada upaya melawan arus yang begitu kuat dan besar. Kebenaran yang sedikit selalu dapat ditenggelamkan dengan kuasa politik dan wang.

Mereka merasa mereka akan sentiasa berkuasa di arena massa, akan selalu mempunyai peluang mengawal segala berita dan khabar yang sampai kepada masyarakat. Segala kuasa dan alatan berada di dalam genggaman mereka.

Hahahahahahahahaha... biar aku gelak sekejap. Biar aku luahkan rasa gembira aku. Mereka sekarang semakin marah, tension mengamok, naik angin, hampeh, gila meroyan (errr.. ?) seperti aku dulu kerana sekarang ada kuasa yang mereka tak boleh melawan. Allah telah mencetuskan kebijaksanaan kepada akal manusia untuk menghasil sesuatu yang amat bermakna kepada insan sejagat ;



I.N.T.E.R.N.E.T



Hahahahahahahaha..... dan aku sekali lagi ketawa macam orang gila (bukan meroyan lagi)



Monday, August 27, 2007

Tort Dalam Kenangan



Your departure has brought tears to many of us, Tort


Good Bye Tort


I'm Tort
Originally uploaded by anickue
I'm sorry I didnt hold you last night for the last time
Its something I will never forgive myself for
I should have known the pain you're going thru
for not having him around to hold and care for you

I know I could never take his place no matter how much I want to

but HE knows better that heaven is a better place for you.

Good bye Tort.

You will always be remembered.

Sunday, August 26, 2007

Ganesh

Now, Ganesh is no Indian movie star nor a hip hop or a rapper. He is in fact our Account Clerk. Ganesh is about 50 years old but he looks younger than his age. Small built and very thin with big and thick glasses. Ganesh has been working in my office almost all his life and he has been a very loyal and good employee. As Ganesh works with accounts and money, he is good with numbers. In fact I have a feeling that Ganesh's memory can hold up to 2GB of informations. He could remember some particulars of some accounts that go back long before I was born. Like all other account clerks he is indeed very careful with 'his' money.

Ganesh doesnt talk very much. He only works and he fights sometimes to protect 'his' money. Even the Boss cant win over him and of course like any other computer brain, Ganesh do perform syntax error once in a blue moon. He works up to 10pm 3 times a week. He also walks all the way from the office to the banks, even when the bank is about 5 kilometers away from our office. Most people wont mind walking too, but to walk under the scorching 39C is pure madness.

Last year he demanded a raise and was quite adamant about it. He went all out to fight for his raise when he suddenly realized that he had gone overboard.The next day, Boss found a cake on his table, complimentary of 'you-know-who'.

In short, Ganesh is a typical nerd.

A few days ag0, Boss gave Ganesh a call to find his whereabout:-

"Ganesh... where are you?"


"Here !"


An answer that can only come from Ganesh.

:-)

Wednesday, August 22, 2007

RPK

Aku suka baca blog RPK. Aku suka cara dan gaya bahasa yang digunakan, mudah dan 'sampai' tapi sangat tajam dan mencengkam. Aku juga suka baca komen dan reaksi peminat dan pembenci RPK.

Bukan calang-calang orang yang boleh 'tackle' RPK. Kamu kena banyak belajar kalau kamu mahu 'bersembang' dengannya. Kalau English 1119 kamu dulu 7 sahaja, lebih baik kamu duduk diam-diam dan cuba belajar lagi untuk menulis sepertinya. Tidak salah kalau kamu sekadar mahu berkongsi menyokong beliau, tetapi kalau kamu mahu 'melangkah arus' melawannya kamu harus siap.

Aku ingat sangat pesanan Boss aku bila bercakap tentang pertempuran dengan pihak lawan:-

Kamu harus kenal betul-betul siapa lawan kamu. Kamu harus baca setiap langkah dan permainannya. Kamu harus tahu sejarah dan latar belakangnya. Kamu mesti faham dan betul-betul 'absorb' segala material yang kamu mahu guna untuk melawannya. Kamu mesti paling kurang sama taraf dan sama tahap dengannya kalaupun kamu tidak mampu melebihinya. Kamu mesti bijak. Kamu mesti pandai kerana mempunyai tahap intelektual yang lebih tinggi membuatkan kamu dapat melihat dengan lebih luas. Orang bodoh tidak akan sampai tahap untuk membaca fikiran orang pandai, tetapi orang pandai sudah dapat menangkap bahkan dapat membaca terlebih dahulu gerak yang akan digunakan lawannya.


Aku bukan memandang hina atau membuat pengadilan terhadap orang yang bodoh atau yang pandai, tetapi sebagai manusia pastinya perbedaan tersebut sangat nyata bila cuba diletakkan bersama. Yang sedihnya siapa di dalam dunia ini yang mahu mengakui dirinya bodoh?

Minta maaflah, Ahli-Ahli Kelab Yang Masih Berhingus, kamu semua tidak sampai tahap, kamu semua seperti yang disebut oleh RPK sendiri sepertinya 'budak yang belum bersunat'. Pergilah bermain jauh-jauh dan jangan kacau orang tua bersembang.


Edited: Errrrr... aku pun sebenarnya tak pernah "bersembang" dgn RPK sebab aku masih muda ....

Tuesday, August 21, 2007

Amarah

Tak dapat dikawal perasaan aku membaca satu blog Keadilan yang marah dan bising-bising apabila PAS memberi laluan dan peluang kepada Dr. M bersuara, membuatkan aku tersangat gatal tangan menulis komen seperti di bawah kepadanya. (Harapnya lepas lah komen aku tu)

Lupakah saudara bagaimana Brader Anwar begitu 'vocal'
mengutuk-ngutuk pembangkang ketika Brader kita
masih lagi memakai baju Armani,
dan akhirnya terpaksa menjilat ludah sepanjang jalan
dari Cerok Tok Kun ke Taman Melewar....?


Tak larat aku nak bebel bab ni sebab pasti berjela-jela nanti entry nih. Apa guna kalau aku pot pet pot pet bila yang baca blog aku 5 orang saja.....

Adeh



Monday, August 20, 2007

Bila Mawi Membuka Pintu Takdir Ina (Awww)

Suhaimi dan Ina seharusnya membuat tribute untuk Mawi pada hari per"nikah" an mereka. Jikalau tidak kerana anak Felda seorang yang satu hari bangun pagi dan terus berniat mahu mencuba nasib di Akademi Penuh Fantasi, Ina tak akan berjumpa dengan Suhaimi.

Setiap keputusan yang kita buat di dalam hidup ini adalah sepertinya kita membuka satu pintu takdir. Pintu takdir yang dibuka bukan sahaja membuka jalan untuk nasib kita sendiri tetapi juga sekaligus membuka beberapa rentetan pintu takdir untuk orang lain juga. Di saat setiap satu keputusan yang dibuat, secara automatik beratus ratus pintu nasib dan takdir orang lain juga akan turut terlibat (tidak salah juga jika saya katakan beribu-ribu pintu yang akan terus terbuka tanpa henti).

Makanya setiap apa yang terjadi di dalam hidup kita, seharusnya kita terima penuh redha, kerana kadang-kadang, sepayah mana pun kepahitan yang kita harus telan, terdapat pintu takdir seterusnya yang menunggu kita. Dan mungkin takdir berikutnya itu akan membuka pintu kebahagiaan yang lebih luas, jika saja kita ini tetap sentiasa bersyukur dan meletakkan keyakinan yang sepenuhnya kepadaNYA.

Lihat sahaja kepada persoalan yang timbul daripada "Bangau Oh Bangau ! Kenapa engkau kurus?". Jawapan dan pintu takdir yang telah menyebabkan bangau kurus telah dibuka oleh seekor ular bila beliau berkata (sambil menguyah seekor katak) :-

"Memang Makanan Aku !"
"Memang Makanan Aku !"
"Memang Makanan Aku !"


Siapakah Yang Membuka Pintu Takdir Anda ?




Friday, August 17, 2007

Tawakkal

Akan datang suatu hari
Bila aku tak perlu lagi meminta diri
Takdir akan memberi laluannya
Bila segala usaha dan harapan
Tak lagi memberi erti
Walau pintu yang ditutup
Melalui tingkap aku akan menyusup
Keluar dari semua yang selama ini kuhirup

Betapa Tawakkal itu amatlah membeban
Melepaskan sesuatu yang selamanya mahu kugenggam
Terbanglah jiwa lepaskan segala duka
Merdekakan nafsu dari segala dosa
Aku serahkan esokku padaMU
Dengan segala apa yang aku ikhtiar
dan usahakan semalam dan hari ini
Bahagia atau dukakah yang akan kembali

Aku benar-benar berserah diri ……………………..

-Aku-

Saturday, August 04, 2007

I Like ! I Want !

I am not a person anybody would fancy going shopping with. I am very bad when it comes to deciding things that I want/need to buy. A simple act of buying even a pair of sock can turn into a traumatic experience to my sister. "For goodness sake Kakak ! Its only a sock !" She once had to shout when I was toying (read: thinking/contemplating/considering/pondering/weighing up/chewing over/studying/reflecting) the idea of parting RM11-00 from my purse. No, I'm not a cheapskate either. Its just me.

It can take a few visits to the same store just to look at the shoe I found nice only to finally decide to buy it after the umpteenth's visit (the subsequent visit would always be done on my own and not taking the person I first found the shoe with).

Those above only apply to things that do not come within the definition of my cannot "tahan" impulse, because when it comes to things I cannot stand, the pressure would be much greater. To put it in Cikgu Nora Murni's words "tak tahan macam ada spring kat p*ngk*k hang". When it comes to these kind of items, I knew right and then that I HAD to have them. Like the times when I found my camera, my iBook, my favourite sweatshirt, all my 6 basketballs (yes I have 6 of them), my GAP shirts ... well there are not many of them anyway because these 'special' occasions rarely happen (assist me here Sis if you recall my crazy act of having springs on my *ass).

But that night, I had it again and this time its a bag, a fully leathered bag from the 'pasar malam' in town. I had, previously wandered around these shops because I do love leather goods, but never had I been struck so hard but THIS I knew I had to get :-



and it was only RM200-00 ! I took only one subsequent trip to the "pasar" before I gave in. After the first nite of having found it, it just glued to my mind. I tried to find ways to forget it and get on with my life (duh!), but the bag kept haunting me. I love the design and I love the workmanship too, very neatly done. It's not original Levi's but who cares when it is leather and cost only that much.


Now I can sleep soundly

Friday, August 03, 2007

Peganglah Pintu Untuk Orang Di Belakang

Semalam aku keluar dengan Cikgu Nora Murni makan-makan, sembang-sembang, makan lagi dan sembang lagi.

Waktu hendak keluar dari restoran makanan segera kegemaran aku itu, aku membuka pintu sambil memegangnya memberi laluan untuk Cikgu Nora Murni pula melangkah keluar.

Kata Cikgu Nora Murni, perbuatan memegang pintu yang dibuka untuk orang di belakang kita merupakan satu etika, yang kurang di amalkan oleh orang kita, terutama katanya, "jantan Melayu".

Cerita Cikgu Nora Murni lagi, jangan kan kata hendak membuka dan memegang pintu untuk kita;

"Pernah jadi dulu, bila aku buka pintu, tak sempat aku langkah masuk lagi, seorang "jantan Melayu" dari belakang terus "sruupp" masuk dulu.... !"


Nota: Orang Kedah suka guna ekpresi bunyi-bunyian bagi menguatkan bahasa; seperti "sruup" masuk atau "piewwww" lari (akan dibincangkan di lain entry)

Sunday, July 29, 2007

Thought of Tot



Meet Tot, my brother's new baby



Thursday, July 26, 2007

Diam Itu Lebih Baik

Aku rasa kalau kita rasa kita ni tak pandai, tolonglah duduk diam-diam dan jangan buka mulut. Kalau kita tak pandai aka bodo, adalah lebih selamat bila tidak berkata-kata kerana tiap patah perkataan yang keluar dari bibir akan melambangkan tahap kebijaksanaan kita. Jangan paksa diri untuk bercakap hanya kerana kita tidak mahu dianggap bodoh, kerana walaupun adakalanya diam itu dianggap kurang bijak dan tidak berpengetahuan, tapi kalau kita suarakan juga apa yang terbuku, kelihatannya kita ini lebih lebih bodoh.

Dan ada ketikanya juga bila kita banyak berdiam diri, orang sekeliling akan lebih ternanti-nanti buah fikiran kita yang mereka anggap mungkin terlalu bernas untuk diluahkan.

Dan juga lagi kadang-kadang bila kita diam, lebih seronok kita melihat dan mendengar buah-buah fikiran mereka yang berebut-rebut nak tunjuk pandai........

Wednesday, July 25, 2007

First Love


Everyone has a first love story to tell.

Mine happened when I was about 12. He stayed just a few houses away from mine. Though not from the same school, we went to the same tuition. I was a bit tomboy then and was always in pants. Never really believed that somebody would be attaracted to me. But he did, the boy who was fair, soft spoken, sweet face with some freckles, smart and everything a first love should be; naive and honest and never pretentious.

He and I would walk together after tuition and we would have the longest phone call at nite chatting and talking away as if nothing else mattered. We talked about everything, school and friends; only to be disturbed by his mother calling for him to help her with his small brothers. I did all the talking most of the time and he just listened.

Saya suka dengar kamu cerita

We went out once and I had to lie to my parents for that. It was a nervous experience for me, feeling very uneasy and afraid that we might be caught by my parents, friends and teachers. I had to even ask him not to sit next to me in the bus.

Nanti atas bas, kita jangan duduk sebelah sebelah lah,
kamu duduk kat belakang

and he being the person he was, just followed my suggestion.

Oh we both did well in school but I just had to borrow his notes somehow. I can never forget the time he lent me his history notebook only to find at the back of the page, colors of drawing of sweet hearts with "I Love You, Ann" in the middle. I was in cloud nine for months.

On my birthday he gave me a huge gigantic birthday card to show how much he loved me. For a boy his age, he was indeed romantic and sweet.

Our parents were not really happy with our situation. It was still a "no-no" for kids at that time to experience the boy-girl love relationship. His father had to come and discuss with my father for us not to be in contact anymore, but we managed to survive the resistants from our parents, quite a few times. We were both determined to proceed with our young and sweet relationship.

After sometimes, we somehow started to fade away from each other's life. I didn't really remember how it ended but I found out after the break up that he had another girlfriend. I knew the girl and I could say that the girl had some resemblance with me .

A few years later, I heard from a friend who heard from her mother, that both of our parents (mine and his) had to get some holy water from some Ustaz to make us forget one another. I didnt know how true the story was. I never asked my mom.

We didnt keep in touch after the episode. I knew that he went to US for his degree and I went on to meet other people. I heard that he got married when in US. I saw him a few years back at the Mosque on Hari Raya but I never saw his family .................... until recently. My sister called me to check on one blog and I did. After all these years I could still tell from the photos in the blog that its him. Happily married with four beautiful kids and a wonderful wife. He is doing very well and they are now staying outside Malaysia.

I read the wife's stories, their life together, how they met and everything, and I can say that its the same old him, sweet, shy, humble, smart. Reluctantly, I have to admit that there's a tinge of envy inside of me from reading their stories. There's even a big "What if....." somewhere there.

But I know, it was never meant to be for me and him. Like all other first loves, it had to end somehow, even without the holy water.

I know he is happy now and I am too for him. The wife is lucky indeed.

Sunday, July 22, 2007

Popo Potter


I was not among the fans in line, camping the whole night in front of the bookstores all over the world. I have all the other 6 books and of course I would not want to miss this one. I could wait, I didn't even pre-book the book, I knew I had all the time in the world. Its Alor Star after all, you would not find kids in Hogwarts' uniform floating around the nite of pre-launching. But I knew one (no, shes not a kid anymore) in Kampung Berjaya who couldnt wait for the book, and even she did not have to wake up at 3 in the morning.

I went to Borders in Penang that day, and there were many left on the rack but they didnt have the cover (supposedly to be adult's version) I wanted.

I bought one at Tesco for RM69-90.

Dont blame me ! Would you pay another RM40-00 more for the same book?

Hey.. I even bought my GAP shirts at FOS for RM19-00 each!

PS: I still cannot get close to the book, Popo has not left the book since I first brought it home.

Thursday, July 19, 2007

Ada Orang Demam

maf factory: lusa!
maf factory: 1 hari lg
maf factory: hari sabtu petang tuang reja
Me: wah wah wah
Me: order kat mana the phoenix..?
maf factory: ha?
Me: hahahaha
Me: saja main2 bahasa
Me: (order of the phoenix)
maf factory: deathly hollows la
Me: tauuu
Me: saja ja
maf factory: kat popular pasific tu la
maf factory: haha
maf factory: pasaipa xda mph kat aloq staq ni
Me: hmmm
Me: org alor star tak baca buku.....

Tuesday, July 17, 2007

Nurul- Ahli PKM ?

Nurul YM me just now, requesting me to be a "pengadil" in her application form. Just look at the questions they want her to answer:-

*Note: Remember... this is 2007



Adakah tuan/puan pernah menjadi ahli Parti Komunis Malaya?


Adakah tuan pernah berkawan rapat dgn seorang komunis ?


Adakah tuan pernah berkawan rapat dgn seorang yg tuan ketahui adalah atau pernah menjadi seorg komunis atau seorg yg bersimpati dgn komunis?




Aku rasa Amir Muhammad mesti ada problem nak isi borang seumpama ini...

:-|




Ps: Nurul, just so u know.. for question no: 2, I'm not a communist. A Commuter , yes !





Losyen Tegang

Cuti hari minggu lepas, atas permintaan adik aku, aku bawa anak kucingnya ke Vet. Memang aku sudah biasa dengan Dr Ravi sebab dia jugalah Vet Popo. Dr Ravi ada dua orang perempuan penjaga kaunter depan yang aku tak berapa ingat nama mereka, tapi setiap kali aku ke sana, mesra jugalah mereka melayan aku.

Petang itu, sambil aku menunggu giliran, sambil berjalan melihat-lihat mainan baru untuk Popo, salah seorang daripada penjaga kaunter itu datang kepada aku sambil memegang tangan bercakap lembut dengan aku.

Kak, kak ... kami ada jual produk baru untuk perempuan

Aku terpinga-pinga


Ha ahhh.. Kak... produk tu nak bagi tegang dada dan punggung.... dan juga muka

(sambil kedua-dua tangannya mengarah-arahkan ke dada dan punggungnya)


Aku masih terpinga-pinga


Meh.. maih.. kami tunjuk macam mana


Sambil dia menarik tangan aku ke kaunter. Aku masih terpinga.

Di kaunter, kawannya mengeluarkan dan menunjukkan aku satu botol losyen.

Kak pernah dengar tak nama produk ni..?


Aku menggeleng kepala


Kak tengok ni muka Kak ....
(menyua dengan cepat satu cermin kecil ke muka aku)


Salah seorang mereka kemudiannya mengambil tangan aku dan menyapu dan mengusap losyen yang mereka tunjukkan tadi.


Kak rasa dak.....?


?

Rasa dak sampai ke bahu...?

?

Nahh... kak tengok cermin ni.... Kak nampak dak pipi kanan kak dah naik sebelah..?

Aku pun memegang cermin kecil tersebut sambil mencarai-cari pipi aku yang dikatakan sudah bengkak naik sebelah.


Aku bertanya:

Tegang macam mana nihh..? Sapu kat tangan saja boleh tarik urat sampai tegang pipi naik kat muka.... ?


Ha ahh...... bukan mukasaja kak, dada kanan dan punggung kanan kak pun naik juga tau


Kedua-dua mereka kemudian tertawa geli hati galak malu-malu.

Kak.. hari Sabtu nih... kami ada buat demo kat rumah saya.
Kak mesti mai (datang) tau.. !!!



Aku pegang cermin muka yang kecil itu lama ................................

sambil fikir......

Vet mana lagi yang ada kat pekan Alor Setar yang kecil ini yang boleh aku bawa Popo lepas ni.....





*sigh*

Saturday, July 14, 2007

Down With The Flu

It has not been an exciting week for me. I've been down with the flu.
Alhamdulillah, it was a good reason for me to stay in bed and have a good rest nevertheless.

And look who's been on my side when I was too weak to get out of the bed.





Nurse Yang Dah Terbongkang .... Penatlah Konon


Monday, July 09, 2007

Du'a My Dear

When My servants ask thee concerning Me,
I am indeed close (to them):

I listen to the prayer of every suppliant
when he calleth on Me"


Al Baqarah:186


And your Lord says:
"Call on Me; I will answer your (Prayer)"


Al Ghafir: 60




Do you realize that :-

  1. you can actually ask Allah for ANYTHING, yes anything at all
  2. you can speak to HIM not only during solat/prayers
  3. you don't have to memorize all the dua's in Arabic
  4. you can tell Allah all your problems in Malay or English or just in any other languages you fancy

  • Allah listens to you
  • Allah hears you
  • Allah is close to you more than you ever know


Do you also happen to know that there is nothing impossible in this world, if Allah wills.

Do you know that when you're stuck in the most difficult moment in your life or even if you cant find a parking space .... you can call for HIS help.



Its the simple everyday things in life
that should make us feel close to HIM.
You don't have to be on the prayer mat to call for HIM.
HE is everywhere.



"I promise you I will dua' everyday"

Friday, July 06, 2007

Piano Motien

Motien anak Dato'. Kalau dah anak Dato' ni, orang selalu anggap anak orang kaya lah kiranya. Aku mula kenal Motien waktu atas bas masa aku tukar sekolah waktu Darjah 3 Merah tu. Ya lah Motien waktu tu Darjah 3 Biru, kelas paling terrer. Tapi Motien tak boleh nak belagak lama dengan aku pasal aku "dok kelas bodo" tu sebab tahun yang berikutnya aku telah lompat terus masuk ke dalam Darjah 4 Biru, satu kelas dengan Motien nih.

Bila dah satu kelas, satu bas dan yang buat kami lagi baik ialah sebab kami juga duduk satu 'taman' (taman perumahan, bukan taman bunga). Aku ingat lagi waktu mula-mula Motien ajak aku ke rumahnya lepas sekolah. Excitednya aku ...!!! Yang aku excited sangat sebab aku dengar Motien cakap kat atas bas hari tu rumah dia ada P.I.A.N.O . Mak abah aku cikgu saja, mana mampu nak beli piano kat kami adik beradik. Tapi bagi aku waktu tu, kalau rumah yang ada piano kira cool habih laaa.


Petang tu, lepas habis buat kerja sekolah, aku pun capai basikal kayuh ke rumah Motien. Rumah dia lebih besar sikit dari rumah aku sebab bapa dia ada buat tambahan. Bila dah sampai rumah dia, Motien pun ajak aku masuk. Kamu boleh bayangkan otak aku waktu tu, yang berfikir dan tercari-cari piano Motien. Bila dia ajak masuk bilik, kaki aku masih nak jalan-jalan pusing rumahnya, sambil mata tercari-cari benda Allah piano nih.

Agaknya muka aku sangatlah 'obvious' dan 'transparent' membuatkan Motien bertanya.

Kamu nak tengok piano saya ka..?


Angguk.

Jom ikut saya

Aku pun ikut macam anjing terjelir lidah


Motien bawa aku masuk satu bilik. Aku tengok ada katil saja.

Motien kemudiannya melutut tunduk bawah katil dan tarik keluar satu piano kayu yang kecil.


.