Tuesday, August 25, 2009

Jangan Ganggu Aku Dunia

Baru-baru ni aku beli satu majalah wanita Malaysia yang aku rasa glamour dan high class. Selalunya (dulu-dulu) majalah Inggeris (ewww) yang sering menjadi pilihan dan kadang-kadang majalah Jelita. Editor majalah Jelita telah berpindah ke penerbitan majalah baru itu. 

Membelek-belek majalah tersebut, melihat cerita dan segala isi di dalamnya benar-benar membuatkan aku berfikir panjang. Memang sebelum ni pun dalam majalah-majalah berbahasa Inggeris lain ada menyediakan cerita dan bahan yang lebih kurang saja, tapi dalam majalah baru ini, aku melihat lebih kepada perspektif golongan elit Melayu .. mak-mak datin dan Melayu high class. Tak high class apanya lagi kalau beg sebiji pun yang paling murah RM3 ribu. Itu belum masuk kasut baju mekap dan lain-lain keperluan sejati perempuan. 

Majalah itu juga ada memuatkan cerita-cerita sebalik tabir hidup datin-datin dan wanita-wanita mewah lain yang juga boleh kita lihat dari surat-surat kepada editor yang disiarkan. Aku tidak mahu menghukum apa-apa di sini. Sebagai seorang perempuan aku juga sedikit tergugah dengan godaan dunia fesyen yang disajikan. Kecur juga air liur tengok beg tangan "Tods" dan "Coach" (memang aku minat design depa ni pun) selendang "Paul Smith" yang cantik sangat di mata aku, kasut "Jimmy Choo" yang simple tapi menarik ...wahhh... memang macam-macam lah menyucuk rasa kewanitaan aku.

Lalu aku berfikir lagi .... memang sekarang aku tak mampu, tapi jika sekali pun satu hari nati insya Alllah aku mampu, soalannya "Adakah benda-benda ini yang akan aku kejar...??" Sempurnakah jati diri aku nanti jika mampu menyarung selendang Paul Smith (buat tudung wuuuuu) dengan kasut Jimmy Choo dan beg Tods idaman aku semua tu...... (itu belum masuk baju kurung Benard lagi tuhhh) ???

Adakah dengan memakai semua itu akan membuatkan aku lebih yakin diri ?

Aku rasa ramai yang akan memberi jawapan bahawa semua jenama itu akan meningkatkan keyakinan diri. Tapi mari kita bayangkan senario ini ....

Baju yang sama .. harga yang sama ... design yang sama ........ beg tangan juga sama 

dipakai oleh aku satu pasang dan satu lagi dipakai oleh Tan Sri Dato' Zeti Akht*r (harap beliau juga suka Tods)....

dan kami  berdiri saling sebelah menyebelah ....

Soalannya: 

Adakah aku akan kelihatan hebat seperti orang yang disebelah aku ...????

Tak payah jawap kat aku ... buat sakit hati aku saja. 

(Manalah boleh samaaaaaa dek non oiii...).

Makanya yang akan menjadikan kita sebagai kita adalah dari dalam diri kita sendiri. Pesona dan aura diri yang akan benar-benar menonjol atau menenggelamkan kita. Daya intelektual dan kematanngan juga sangat memainkan peranan, bukan baju atau beg atau selendang Paul Smith. Hati yang bersih dengan muka yang suci dengan air sembahyang juga akan lebih memberi sinar daripada creme "La Mer" yang mahal-gila-nak-mampus itu....

Makanya yang patut dikejar ialah keyakinan diri dari dalam ...

 Itu lah yang aku dapat simpulkan ... sebab:-

1. aku memang tak mampu (hahahaha); dan
2. tak terkejar aku dengan dunia sebegitu yang tak ada hujungnya


dan lagi aku mahu berpegang dengan kukuh dan kuat (sambil menangis tengok beg Coach) kepada kata-kata ini:

Orang yang paling kaya ialah mereka yang merasa cukup dengan apa yang ada

*sigh* 

Mampukah aku...??? 
Kau mampu nyahhh...??



:-P


ps: Tajuk entry adalah rayuan Imam Ali AS.


Monday, August 24, 2009

Mahu Yang Mana Dong ?

If any do wish for the transitory things (of this life), We readily grant them such things as We will, to such persons as We will: in the end have We provided Hell for them: they will burn therein, disgraced and rejected.

Those who do wish for the (things of) the Hereafter, and strive therefor with all due striving, and have Faith, they are the ones whose striving is acceptable (to Allah).


Al Isra': 18-19




 "Haih... mana makmum nih...?"



Popo kain pelikat pun tak reti pakai 
ada hati nak jadi imam

:-P

Main-Main







"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya 
Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), 
dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Al Mukminun : 115


Hidup bukan macam Playstation, 
kalau kalah ja boleh "quit" game

:-)


Saturday, August 22, 2009

Marhaban Ya Ramadhan



Salam Satu Ramadhan

dari

Popo yang tak puasa
yang hampir diperkosa semalam
oleh seekor kucing jantan




Thursday, August 20, 2009

Mangsa Mekap Aku



anak dara Motien

:-)

jangan gatal nak komen pasai apa aku tak cabut eye brow beliau

anak Syeikh weyyy !

dan ya 
takat sapu blusher ja 
bukanlah menjadikan aku ni mekap artis



Sunday, August 09, 2009

Apa Itu Ujian

Ujian adalah satu atau dua dugaan 
yang membuat kamu tidak senang berduka sedih kacau tidak tenteram 
membuat kamu mahu kembali kepadaNYA 
meratap mengadu pada DIA Yang Maha Mengetahui 
Yang Tahu bahawa jika ditarik ujian itu dari kamu ... 
maka sempurnalah hidup kamu. 

Apalah ertinya sempurna hidup tanpa secubit ujian 
untuk kita balik kepada fitrah dan sujud kepada Yang Satu itu


... makanya ujian itu adalah tanda talian kasih dariNYA 
yang mahu kamu berpegang tetap pada tali itu


kata aku pada Mak

"... tanpa dugaan yang sedang Mak dan Abah lalui ini,
maka sempurnalah hidup Mak dan Abah
tiada lagi keperluan bermohon munajat merayu
kepadaNYA

bukannya susah pun bagiNYA untuk menarik ujian itu
tapi oleh kerana kasihNYA DIA
pada Mak dan Abah
maka dibiarkan saja dulu ujian itu
untuk Mak dan Abah menempuhnya "

"..banyak lagi nikmat lain yang diberiNYA
untuk gembirakan dan sejukkan hati Mak dan Abah ..

antara nikmat itu ialah pagar rumah Ann yang Ann 
cat-sendiri-sampai-sakit-satu-badan-lepas-dua-tiga-kali-
tukar-warna-dan bertong-tong-cat-dipakai ini ..."

tak ka sejuk hati Mak tengok ni....???"



keh keh keh

:-)

ps: Pagar-Pagar Cinta


Wednesday, August 05, 2009

Mekap (Lagi)


Ok. ... kita cakap lagi pasal pengalaman mekap muka aku.

(Maafkan aku pada pemakai mekap yang dah lama dan pro, aku budak (motif) baru belajar)

Rupanya base mekap yang aku rasa paling bersih dan suci .... ialah "air sembahyang"/ "wudhu".

Serius !

Bila tiba time zohor .. macam terasa-rasa tak best dengan semua mak nenek yang ditampal di muka ... wajah suci (ewah) seperti meronta mahu bernafas ... Segala base dan primer yang dibubuh dah rasa tak selesa.

Bila cuci muka berwudhu dan letak make up balik ... baru rasa fresh ..

Takyah lah beli eye shadow mahal sebab time zohor memang kena cuci juga. Kalau nak beli mekap yang tahan 8 jam ... hushhh ... aku tak tau lah orang lain, kalau aku yang tak biasa mekap ni memang tak tahan ...

Tapi muka aku sekarang memang teruk dengan bekas jerawat dan kena sun burnt .. jadi pakai mekap pun muka macam letak tepung .. yang sun burnt tu bukan apa ... mekap pagar lahhh .. punya gigih .. panas "lit lit" pun gagah ni keluar cat nih

Ada orang kata aku dah jadi "femes" kat Jitra ni sebab dok cat pagar tu lah



:-)

Monday, August 03, 2009

Macam Mana Nih



Cat pagar rumah gua macam tak bestttt ja nih...!!


huhuhu


habis sakit tulang belakang
lengoh kaki tangan


putih dan biru
kali ni tak menjadi



cis

Tok Sah Cakap Banyak La

Kalau kau mati ada mak kau akan puji kau macam mak Yasmin puji dia

Ada kau berlutut minta maaf bila tak sengaja ter tinggi suara dengan mak kau

Ada kau telefon mak kau tiap hari tanya khabar

Ada niat kau dalam hidup nak buat mak kau happy selalu

Ada ... ada ... ada ..????


:-|


Saturday, August 01, 2009

Ramblings



So many things happened during these few weeks .. the passing of a few famous people .. and not to mention the passing of my camera too. I take it that its about time to move on to another new interest until insya Allah the new camera comes along. 

Well the new interest is really taking its toll; for instance I have to now spend more time in front of the mirror .. A usual simple of a few minutes dab of face powder has now turned into a half an hour ordeal .. because quite a few times I had to redo the makeup because I didnt follow the right sequent .. (like the primer first before the foundation ... the eye cream before the concealer) uhh ... yes I m quite a perfectionist when it comes to these things because my face is not really what you call perfect. Its fun really especially when I get to put the make up on other people for instance my cousins ... hahaha .. well they are my canvas.



My front fence is almost finish. I m writing this just after I was forced by the rain to stop painting. Really... the sky was so clear and the scorching sun was making me more tan when I started with the paint, and just when I was enjoying (theres no other way to make it sound more fun) the work .. drops of water started to fall down. 

I ran into the house to Tok who is now spending a couple of nights with me. 

I love my front fence ... its the design I want and not after many an argument with the contractor who had never done the type of fence but claimed to be "pandai" and later increased the the payment because he found out he had a lot to do ... He was lucky he found a good plaster man team who really did a good job. I was so impressed (with the team not the contractor). Alhamdullillah.

Heyy looks like the sun is out again...may be I should go out and finish with my paint.

:-)




Sunday, July 26, 2009

Selamat Jalan Yasmin

. .. semoga tenang di sana ...

semoga segala kebaikan terbalas dengan Rahmat Dan RahimNYA

You are taking another long journey Yasmin

a journey we will all follow soon

Al Fatihah


:-|

Thursday, July 23, 2009

Perbualan Tentang Mekap

You tau takkkk sesetengah orang kalau nak mekap kena pakai dua tiga shade foundation
sebab muka yang tak sekata "tona"nya(kah kah kah "tona"
(lawak betul kalau dalam BM)).
Kalau kat B*bbi Br*wn muka yang akan dijadikan "case study" untuk mekap artis mereka belajar ialah muka Oprah !

kata aku kepada beliau


Ohh ya kah .. ya ya I penah tengok muka Oprah tanpa mekap .. agak buruk
jawap beliau


Tu lah... untuk Oprah tu saja you tau ... dia pakai EMPAT (sambil mengankat empat jari) tona bedak asas (kah kah kah "bedak asas" (lawak betul kalau dalam "BM"))
kata aku bersungguh-sungguh


Tsk tsk tsk ... tak pa next time kalau I pakai mekap,
I akan ambil perhatian bab foundation tu
kata boyfriend aku yang baik hati yang sanggup dengar cerita mekap aku


;-)

Saturday, July 18, 2009

Keputusan Keputusan Keputusan

Kadang dalam hidup kita perlu membuat keputusan, mahu dibenci atau disayangi orang. Apalagi bila kamu seorang perempuan dan mengetuai satu kumpulan manusia lain.

Keputusan yang kita buat itu adalah satu keputusan yang akan pastinya melibatkan orang lain. Jadi bila satu keputusan telah diputuskan, kamu harus bersedia menerima apa saja akibat daripada keputusan yang dibuat. Harus juga mampu mempertahankan keputusan itu dan wajib tahu kenapa dan mengapa keputusan itu dibuat.

Kerana untuk menjadi seorang ketua yang baik, sebarang keputusan yang diambil hendaklah bukan berdasarkan emosi, sesuatu  yang bukan fitrah dan mudah bagi seorang perempuan. Kamu harus jadi "exceptional"  untuk menjadi seorang ketua perempuan yang dihurmati tanpa dibenci. Jangan harap bila  menjadi ketua kita akan disayangi. Jikalau ada sekalipun anak buah yang sayangkan seorang ketua, pastinya ada ketidakseimbangan di situ, paling-paling tidak pastilah anak buah itu juga adalah anak buah kesayangan ketua - "anak emas".

Malah anak buah juga, terutamanya perempuan sendiri selalunya tidak akan senang berada di bawah telunjuk perempuan yang lain. Perempuan adalah selalunya musuh kepada perempuan yang lain, satu tajuk yanng menarik yang perlukan entry lain untuk membincangkannya.

Kita tidak akan menjadi ketua yanng baik jika sentiasa bimbang tidak akan disayangi oleh anak buah. Tapi dalam masa yang sama adalah bijak jika kita juga mampu memperolehi rasa hurmat mereka.

P/s: Kadang tak payah buat keputusan atau tindakan apa-apa pun, kalau orang dah tak suka, tetap  tak suka jua ... so.. might as well......

:-)

Friday, July 17, 2009

Harapan

Hidup akan lebih mudah jika kita tidak mengharapkan apa-apa atau siapa-siapa. Harapan adalah punca utama kekecewaan. 

Lebih mudah tapi agak sukar ialah bila kita menggantungkan sepenuh harapan dan tawakkal kepadaNYA, tanpa apa-apa syarat, meletakkan segala pilihan padaNYA dan menerima APA SAJA yang diberi olehNYA.

Manusia akan sentiasa menghampakan kita kerana manusia tidak sempurna tiada kuasa. Setiap manusia selalunya akan berdiri atas kepentingan dirinya.

Jangan harap pada sesiapa kecuali DIA dan jangan harap pada aku kerana aku juga manusia. Aku pasti akan kecewakan kamu nanti

Wednesday, July 15, 2009

"Murid Yang Tidak Suka Berkelahi"

Terserah mahu percaya atau tidak. Waktu aku tadika dulu di Tadika Bidayah, bila akhir tahun, dan bila Mak Bidayah (guru tadika aku) mahu memberi hadiah kepada anak murid terpilih, aku telah dipilih oleh Mak Bidayah sebagai ya... diulangi "Murid Yang Tidak Suka Berkelahi".

Memang dari kecil, aku tak pandai bergaduh atau berkelahi dengan orang. Aku hanya suka bergaduh dengan Cik, mak sedara aku yang sebaya, bila aku mahukan ais krimnya (sebab aku selalu makan habis dengan cepat ais krim aku dan Cik makan lambat ais krimnya).

Agak susah aku untuk meluahkan marah dan sakit hati aku. Agak jarang sekali aku meninggi suara tunjukkan amarah aku, apalagi menunjukkan rasa hati yang disakiti. Aku selalu sembunyikan itu. Waktu kecil aku hanya akan menangis di bilik air, tidak meraung menangis bila sakit hati depan sesiapa pun.

Oleh kerana sifat aku demikian, aku boleh paham kenapa aku selalu dibuli, tidak diendahkan (take for granted) dan diketepikan oleh orang. Aku juga paham kenapa orang akan boleh pijak kepala aku atau tidak pedulikan perasaan aku.

Aku selalu rasa adalah lebih selamat bila aku diam. Memang agak kelihatan bodoh. Tapi aku memang tak suka ahhh kontroversi.

Hmmmm..... itulah, ini semua hasil daripada  gelaran dan hadiah yang Mak Bidayah beri pada aku berpuluh tahun yang lalu. Kalau aku tahu ini akan terjadi sampai kini, pasti aku akan menolak hadiah Mak Bidayah itu, kalau tak silap hadiahnya kaler pensel saja ..... tak padan dengan harga yang harus aku bayar sekarang kerana gelaran itu...

Aku rasa tak ada dalam dunia ni, tadika yang bagi hadiah macam tu pada anak muridnya...

Ohhh.. why me !




Serius ini gambar hari terakhir
Tadika Bidayah
:-P


Tuesday, July 14, 2009

Ewwwwwwwwww

Tahukah kamu ada benda terbaru yang membuatkan aku teruja sekarang


ha ha ha



sekejap aku nak gelak kat diri aku sendiri.....


Sebab kalau Ann yang lima belas tahun dulu datang melawat aku melalui laci meja Nobita, pasti Ann itu akan terkejut dan ternganga tengok aku sekarang



Oh Tuhan, kenapa jadi sampai begini. 
kalau aku tahu dia nak jadi macam ni aku tikam diri  aku sekarang !


Jangan kata Ann yg 15 tahun dulu, Ann yang 3 tahun dulu pun akan terkejut. eh Ann yang tahun lepas pun akan terkejut. Ann yang bulan januari tahun ini pun akan terkejut.


OK Girlsss and Ladies, I am soooo into make-up now !!!


Keh keh keh ... ya, aku beri kamu lima saat untuk ketawa atau untuk pandang rendah atau remeh atau perlecehkan aku ...

hehehe.. tak kisahlah semua itu


Sebab aku tak nak mascara aku hancus kerana tension atas cacian orang.... (ewwwww...)


Oh jangan tak tau eyeliner tak rosak kalau menangis kerana kamera rosak

Ya dats why banyak entry sekarang.... terlalu sedih nak ke Flickr!



:-D

Aku dan Ayam Goreng

Perasan tak apa yang kita kejar dan cari hari ini adalah apa yang kita tidak pernah nikmati atau merasa kurang di waktu kita kecil.

Tanyalah kawan-kawan rapat yang kenal aku tahu bahawa aku ini sangat suka ayam goreng. Kadang agak pelik seorang dewasa seperti aku ini masih teruja dengan ayam goreng, bahkan sewaktu pertama kali keluar date, tanpa sedar saya memang berebut ayam goreng dengan beliau dan insiden itu telah menjadi satu lawak bagi kami berdua hingga kini.

Mengapa saya sangat suka ayam goreng ialah kerana sewaktu kecil saya tidak pernah puas makan ayam goreng. Sangat tidak best bila waktu makan kerana Mak akan menggoreng ayam hanya cukup-cukup untuk kami adik beradik .. iaitu hanya satu ketul ayam goreng seorang. Wahhh sangatlah tak best bila hanya boleh makan seketul sahaja ayam goreng ! Aku rasa perasaan tidak puas hati itu secara langsung telah meresap ke dalam kaunter otak separa sedar aku dan terbawa-bawa dan sentiasa di hati dan tercari-cari hingga kini. Tak perlu beritahu ada korma daging atau tom yam atau sayur campur untuk mengajak aku makan nasi di rumah kamu, cukuplah sekadar berkata "Ada ayam goreng, Ann, jemputlah makan di rumah saya !"

Ya, sila perhatikan pada diri kamu dan lihat apa yang kamu pentingkan dalam hidup kamu hari ini dan cuba lihat pada masa lalu kamu. Adakah yang kamu cari itu sesuatu yang kamu rasa agak kurang kamu mendapatnya sewaktu kamu kecil, atau yang mungkin tak pernah kamu rasai.


Dan aku harap kamu semua sudah puas hati dengan ayam goreng yang ibu kamu jamu sewaktu kecil dulu !



:-)

3P - Popo Panjat Pokok


Aku:
Kak Ann bangga la dengan Popo hari ni....


Angah:
Awat Kak Ann, Popo dapat Matematik "A" ka ?


Aku:

Ha ha ha .. dak la.
Popo dah boleh panjat pokok sebelah rumah tu.
Naik atas sampai ke bumbung, pastu lepak2 kat atas bumbung.
Mana tak bangga, sebab Kak Ann dah tanamkan semangat kat dia.
Walaupun Popo gemuk perut boyot,
tapi kalau Popo berusaha pasti Popo boleh panjat pokok tu !




muka belagak seekor binatang yang puas hati
dengan pencapaiannya
:-D

Wednesday, July 08, 2009

Belajar Bila Dewasa

Dalam dunia dewasa ini kadang semakin payah untuk kita belajar. Bukan belajar di kolej atau apa saja pelajaran yang formal, tapi belajar dari kehidupan dan juga dari orang lain untuk kita lebih lengkap menjadi seorang manusia. Tidak seperti waktu kanak-kanak, kita menyerap hampir semua dan apa saja perkara yang kita dengar, lihat dan rasa melalui semua orang yang di sekeliling kita seperti ibu bapa, guru saudara mahupun kawan-kawan. Segala nilai yang baik ataupun buruk yang kita lihat dengar dan rasai itulah yang membentuk diri kita sekarang.

Namun, bila kita dewasa, kita merasa kita sudah matang bila kita merasa segala nilai yang kita ada adalah semuanya baik-baik saja. Kita menjadi seperti begitu yakin dengan diri, dengan semua didikan yang diberi, kerana ibu atau bapa atau guru sudah pun 'melepaskan' kita untuk menjadi dewasa dan kita kini sudah berdiri dengan sendiri.

Kita juga selalunya akan tertarik dengan individu lain yang mempunyai nilai-nilai yang sama dengan kita. Seperti satu tarikan kita pasti akan bersatu dengan individu yang sama nilai dan daripada itu satu kelompok akan terbentuk. Tetapi sebenarnya walaupun setiap kelompok ada nilainya yang tersendiri, pun begitu masih juga bagi setiap dari kelompok itu, masih, setiap dari kita datang dari pelbagai latar belakang yang dibentuk oleh nilai-nilai yang berlainan.

Walaupun kadang kita telah berada dalam satu kelompok yang mempunyai satu persamaan nilai, boleh saja berlaku ketidakserasian bila ada nilai-nilai lain yang berlainan di dalam satu kelompok itu. Pertengkarang atau ketidaksefahaman boleh terjadi bila nilai-nilai yang berlainan ini bertembung.

Atas sebab itu kadang kita merasa payah dan penuh dengan pertahanan diri (defensive) cuba untuk menolak ataupun menerima teguran yang dibuat oleh individu lain terhadap diri kita. Teguran atau pun komen orang terhadap kita seprti satu serangan peribadi kerana kita merasakan nilai-nilai yang kita miliki sudah sempurna, tiada siapa boleh menginjak apa yang kita yakin tentang nilai yang kita anuti.

Bila ini terjadi dan bila kita merasakan nilai kita paling sempurna, kita terlupa bahawa masih ada nilai-nilai lain yang boleh kita cuba dalami dan fahami tanpa perlu kita merasa defensive dengan nilai kita sendiri.Sesuatu yang kita rasa mudah, mungkin adalah payah bagi orang lain. Sesuatu yang kita rasa sukar adalah paling senang bagi orang lain. Pun begitu itu sahaja tidak lagi begitu kacau bila nilai kita dikritik atau dikomen oleh orang lain apalagi bila kita sendiri juga telah terlebih dahulu menghakimi orang yang kita rasakan seperti 'menyerang' kita itu dan kita pun menjadi marah kerana kritikan itu seperti satu serangan atas nilai kita. Kita menjadi marah kerana kita merasa nilai kita telah dinafikan haknya oleh individu lain yang kita rasakan tidak layak untuk menghakimi kita walaupun secara tidak sengaja kita juga telah terlebih dahulu menghakimi.

Paling payah ialah bila dewasa ini, kita sudah mula merasa apa itu yang dimaksudkan dengan 'ego'. Bila ego dan nilai sempurna yang kita yakini bersatu, maka sebarang teguran atau komen atau nasihat semuanya kita anggap sebagai satu serangan peribadi ....

Adalah lebih mudah jika kita tepikan ego dan nilai sempurna yang kita yakini untuk mendengar teguran komen atau nasihat orang lain untuk kita kembali 'belajar' sebagai satu nilai baru yang boleh kita gabungkan dengan 'nilai sempurna' yang kita ada untuk kita menjadi lebih matang dan dewasa.

Kita masih tidak sempurna dan tidak semuanya benar tentang kita hanya kerana kita telah dewasa.


:-|


Maafkan aku jika nilai kita tidak bersatu dan terima kasih kepada semua yang mengajar aku


Wednesday, June 24, 2009

Hari Ini Satu Rejab Sudah

Sudah banyak kali aku suarakan niat aku untuk ke Jakarta. Kota idaman aku .... haha. Apakah kaitan bulan Rejab dengan Jakarta ? Sampainya Bulan Rejab ni bermakna makin dekatlah dengan BulanRamadhan.

Dan apakah kaitan Bulan Ramadhan dan Jakarta ..? Sila baca seterusnya

Ya agak gila sedikit bila jatuh cinta dengan sesuatu yang kita belum jumpa (Jakarta tidak ada telefon untuk menghubungi aku setiap hari dan bergayut selama satu atau dua jam - atau terhenti setiap tiga minit bila memakai iTalk - jadi, cinta jarak jauh dengan telefon tidak segila bila jatuh cinta dengan satu Kota)

Aku mahu berjalan-jalan di kotanya, tenggelam dalam keenakan Bahasa Indonesia yang mengasyikkan dan sentiasa mengujakan aku. Aku sudah begitu, lama sebelum Ada Apa Dengan Cinta menggila dengan anak muda Malaysia, lama sebelum Bawang Putih Bawang Merah muncul di peti TV dan lebih lama daripada umur mereka yang baru kenal Ahmad Dhani. Ya aku memang tua sudah... itu mesej lainnya.

Niat suci yang lama itu belum pernah terlaksana. Pernah tiket juga sudah dibeli .... tapi akhirnya tetap tidak menjadi.

Kata orang, bulan Ramadhan di Jakarta amat mengasyikkan.. meriah.

So, aku pun membuatlah cadangan untuk ke sana dalam bulan Ramadhan kerana teringin sangat nak sambut puasa di sana.

Tapi kata seseorang:

"Orang lain kalau teringin nak sambut puasa pun

di Mekkah ...

bukan di Jakarta"


hmmm

:-)