Saturday, May 28, 2011

Hidup Untuk Membuat Kebaikan

Kadang dalam hidup ini kita sering lupa akan perkara asas. Kita dihidupkan untuk beribadat kepadaNYA. Dan semua yang Muslim dan Mukmin mengaku bahawa mereka memang beribadat. Tetapi lingkungan ibadat yang kebanyakan kita lakukan adalah satu linkungan yang sangat sempit. Sempit kerana hanya memandang pada ibadat sebagai yang berkaitan dengan penyembahan secara fizikal pada yang SATU. Ahhh spiritual ibadat yang merangkumi keikhlasan dan kekhusyukan ibadat juga kita gagal selalunya. Oleh kerana kita gagal pada fizikal dan spiritual ibadatlah yang membuatkan scope ibadat hanya selalu pada ibadah solat puasa haji yang kita pegang sebagai satu talian yang sudah cukup hanya dengan Allah.

Kita sering lupa lingkaran kebaikan melalui hubungan sesama manusia sebagai satu skop ibadah juga.


Kita lupa membuat kebaikan sesama manusia.


Wednesday, February 09, 2011

the P word

Satu saja soalan :-

Bukakah perkataan P itu memang wujud dalam kasta kalian ?

Perkataan P bukan ciptaan khayalan.

Kita tidak dapat menafikan sejarah dan fakta. Seperti juga bangsa bangsa lain yg sejarahnya bermula dgn hina tapi masih mampu berjaya dan mengangkat diri dan martabat, bukan sibuk menafikan hakikat.

Seperti kata Cikgu Nobita

"Kenapa mata diletakkan di depan ?"

"Untuk melihat ke hadapan!"

Saya simpati perkataan itu wujud.

Dan saya lebih suka gunakan P itu untuk


POODAHHHH !


Sekian

Tuesday, February 08, 2011

I Realized That ...


I m more calm and relax during two occasions:-

Puasa time and when I m sick


Its during these two times that:-

. I dont feel I m in a hurry
. I dont easily get angry and annoyed especially at the driver in front whos driving at 4okmph
. I have the chance to drive slow and observe every things around which I never noticed before
. I feel I can take out my camera and really sit and compose without being "kalut"
. I can watch independent movies without getting up and get bored
. I dont talk much
. I m more mature .....


hahaha. Cool eh ..

So dont give me sugars when i m around and when you want me to behave properly.


:-)


Le Petite Nicolas


A very very nice French movie. I had a good time watching it and cant even stop from laughing all through out the film.

About a boy whos afraid that his parents would throw him out in the wood IF they have a new baby. With a few of his friends they created a group with the agenda to help Nicolas (our boy hero) to win his parents hearts back so that they wont abandon him.

The parents were hilarious, so were the teachers and of course they rest of the naive cute gang.

Its in French but the subtitles and the expressions would make you laugh and enjoy the movie never the less !


:-D

Friday, January 28, 2011

Alangkah Lucunya (Negeri Ini)



Melihatkan nama Pengarahnya saja sudah cukup untuk saya membeli DVD ini. Maaf Pak Deddy, terpaksa beli yang bukan original. Kalau di sini memang susah mau cari yang asli.

Mengisahkan tentang Muluk
(Reza Rahadian) seorang yang memiliki Sarjana Managment yang masih menganggur dan tercari-cari kerja. Beliau bertemu dengan seorang kanak-kanak "pencopet" yang akhirnya membawa beliau kepada markas kumpulan mereka seramai leabih kurang 20 orang yang beroperasi secara sindiket di bawah seorang Ketua, iaitu Jarot (Tio Pakusadewo) . Muluk membuat satu proposal kerjasama di mana hasil daripada "copetan" kanak-kanak itu, sepuluh peratus akan diserahkan kepadanya untuk dibuat modal pusingan bagi menjalankan operasi lain dengan harapan operasi yang dalam bentuk penjualan itu dapat membawa kanak-kanak itu keluar dari dunia itu.

Muluk tidak bersendirian malah turut mengajak teman sekampungnya , Shamsul (Asrul Dahlan) kutu haprak yang kerjanya asyik main judi kacau orang tapi memiliki Sarjana Pendidikan. Bersama mereka juga ialah Pipit (Tika Bravani) anak Haji Rahmat (Slamet Rahardjo), Iman mesjid kampung mereka yang kerjanya hari-hari bersms menyertai peraduan di TV atau di majalah dengan harapan satu hari boleh menang besar.

Ketiga-tiga mereka berusaha untuk membawa perubahan kepada kanak-kanak pencopet itu dengan harapan mereka tidak akan lagi terus hidup dengan cara begitu. Syamsul ditugas mengajar mereka membaca dan menulis manakala Pipit pula ditugaskan untuk mengajar agama.

Yang menarik dan ironi kepada cerita ini adalah bapa Muluk iaitu Makbul (dipegang oleh Deddy sendiri) dan bapa Pipit, Haji Rahmat
adalah orang masjid yang kuat pegangan ugamanya. Bagaimana kedua-dua mereka dapat menerima anak-anak yang mendapatkan pendapatan daripada hasil wang copetan yang hukumnya HARAM.

Betapalah "matlamat tidak menghalalkan cara". Mana mungkin, walau sesuci mana niat Muluk dan teman-teman untuk menggunakan wang hasil curian, digunakan untuk menjalankan perniagaan yang halal. Ya, yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal. Tidak layak bercampur keduanya itu.

Banyak isu penting lain selain isu
halal atau haram sesuatu pekerjaan, yang dibawa oleh cerita ini yang saya rasakan amat mendalam, antaranya pendidikan, kemiskinan dan isu yang paling menonjol pastilah isu korupsi. Perkataan korupsi diulang-ulang dengan penuh sindiran dan penuh mendalam dan penuh kebencian dan dibawa dibawa dengan dialog dan ekpresi yang tidak terlalu dramatik dan adakalanya lucu.

Saya suka babak di mana ketika sudah mendapat tahu sumber pendapatan anaknya, si bapa terus mengasingkan bekas menyimpan gula, garam dan kopi milik Muluk daripada bekas-bekas simpanan gula, garam dan kopi beliau.

"Nah .. gula kamu, kopi, teh"

"yang ini punya bapa..."

memang lawak



Watak sampingan ibu Pipit pula walaupun kecil tapi masih memberi impak juga. Kerjanya ibu Pipit hari-hari main gameboy atau paling tidak, teka silangkata. Masih tengiang di telinga saya ketika ibu Pipit menjerit bertannya pada suaminya "... siapa ya di Indonesia kalau yang menentukan halal atau haram..." lalu dijawab suami "MUI" (Majlis Ulama Indonesia).

"tapi hurufnya lima"

"ALLAH ummi..!" jawap Pipit


Banyak perkara yang cuba diajar oleh Muluk dan teman-temannya, dari bab kebersihan (mereka hanya mandi bila hujan turun) , membaca menulis mengira hinggalah kepada agama iaitu perkara berkaitan aqidah serta fardhu-fardu lain termasuk solat. Pancasila juga diajar hingga mereka boleh hafal.

Apabila mendapati bapa-bapa mereka tidak merestui dengan wang copetan yang menjadi sumber pendapatan mereka, Muluk dan Pipit terpaksa menarik diri dari projek tersebut. Saya sangat kasihan pada Syamsul yang merayu-rayu pada Muluk agar meneruskan projek tersebut kerana katanya buat pertama kali dia merasa dia berguna dan berjaya melalukakan perkara yang membawa manfaat pada orang lain. Sambil berteriak seakan hampir menangis Syamsul melaung:

"Kamu tahu pencopet yang paling berdosa besar itu
adalah pemerintah yang korupsi"


Cerita ini tidak berakhir dengan semuanya bahagia dan gembira. Filem ini tetap berdiri pada realiti. Ceritanya dibiarkan tergantung kerana memang masaalah yang dibawa tidak akan pernah berkahir jika korupsi masih terus terusan berleluasa. Ada sebahagian daripada anak-anak itu yang masih tetap mahu menjadi pencopet manakala ada sebahagian yang pilih untuk menjadi penjual jalanan.

Pun begitu, mahu berjual juga susah dan mereka hampir ditangkap. Ketika ini hero hensem datang selamatkan budak-budak itu sambil berkata :-

"Mengapa mahu menahan kanak-kanak itu
mencari rezeki yang halal.

Mengapa tidak ditahan saja pemerintah yang korupsi itu
kerana merekalah yang menjadikan rakyat negeri ini miskin !!!"

Sangat terkesan dialog ini. Sangat tajam ! Sangat berterus terang !

Ada juga diselitkan dengan sedikit harapan pada penghujung cerita, di mana kelihatan segerombolan kanak-kanak tadika yang berbaris lalu di jalanan mengibarkan bendera Indonesia. Mungkin inilah harapan yang diharapkan oleh filem ini, pada anak-anak Indonesia yang masih mentah yang mungkin akan satu hari nanti merasakan perubahan hasil daripada jalan-jalan yang dibuka oleh mereka hari ini .. walau sekadar melalui mesej filem.


Now go and find the DVD !!! Kalau nak pinjam sila hubungi saya....


:-)


p/s: kalau filem mcm ni ada kat Malaysia time filem keluar, direktor dengan geng semua kena angkut masuk ISA .. hahaha





Tuesday, January 25, 2011

Levels of Forgiveness

I always thought people should be allowed to make mistakes, provided that the you have the right attitude to show some remorse feelings followed by prompt actions to amend it and or at the very least plan on damage control.

But today I learned about levels of forgiveness in the mistakes. No doubt mistakes sometimes can be inevitable but there are people who should not be allowed to make mistakes, they cannot afford to make mistakes especially the silly silly mistakes. Silly mistakes happen to people who are not supposed to be making the mistakes in the first place.

Like your eldest child should not make a mistake which can be cute when made by her youngest sister and a nurse can make mistake but not doctors.

Some mistakes are not mistakes anymore. They are called negligence.


Saturday, January 22, 2011

Bukan Begini Caranya Kalau Nak Cakap Tak Suka Kat Perempuan




Inilah lagu yang paling tak sensitif,
tune yg happy gembira cakap kat perempuan
"..sudah kukatakan ku tak sayang padamu"

sure Nora gelak2 kalau dengar lagu nih ... hahahaha


:-D


Friday, January 21, 2011

Patterns of Habit


Do you know that people 's characters have pattern to it ?

It takes many many years for one to differentiate the various kinds of patterns in different people. But usually some common traits in certain group of people would have the same pattern of actions.

Take a look around you.You can even start observing the ones close to you, those friends. relatives and even family member.

We are all actually aware of the patterns with those close to us, like a brother of yours who suddenly becomes overly talkative and friendly with you, you will somehow know already at the back of your mind that the conversation will later end with ... "..pinjam duit sikit" (can i have some money).

When one is not acting according to his habit or out of the character, you should have known and detect that something is coming or something is not right somewhere.

The system works with strangers too, but you first have to know which group they belong to. You can make your evaluation base on any one of the group's common characteristic and habits . From there onwards you can definitely anticipate which way they would go ...

But you cant be too personal and take into heart of all your findings. You just have to learn to live with it. You may not like what you discover but you should just laugh it off and be above it all , because we are all human, not angels.

Its fun to learn about people, but we must not forget that we have our own traits and characters that can be amusement or annoyance to others too.

Observe and you will learn.



Monday, January 10, 2011

Alor Setar Dah Ada Pokok Berlampu


peghak gila kan

hahaha



Catatan Moral:

Jangan beri pewarna kuku pada perempuan yang kamu tak tahu


Sekian.


Jangankan Nak Berdebat Bab Mazhab Syiah

mazhab sendiri pun terkontang kanting tergapai-gapai


tak pernah arif tahu dan faham semua lagi pun



ada hati nak tuduh orang lain sesat


pergi balik dan baca ulangkaji cara mengambil air sembahyang dengan betul dulu


eshh kasarnya bahasa kan


ok sayang,


pergi tambahkan lagi ilmu ya


:-)


Terasa-rasa Mahu Menulis Banyak-Banyak Tahun Ini



Mulakan dengan observasi terkini tentang diri sendiri.

Bila makin bertambah umur, sebenarnya mula menyedari beberapa kelemahan diri.

Namun begitu apa yang dikutip sepanjang hayat dan apa yang dicapai setakat ini Alhamdulillah membuat diri terasa lebih yakin tentang diri sendiri.

Pun begitu, keyakinan terhadap diri sendiri sepatutnya tidak mengaburi kelemahan diri yang kita tahu kita miliki.

Keyakinan dan kekuatan dalam dalam diri patut menjadi mangkin untuk memperbaiki kelemahan.

Bukan mahu manjadi sempurna.

Sekadar mahu jadi manusia yang sedar akan kekuatan dan kelemahan dirinya sendiri.

Teringat pada kata Iman Ali AS.

"Jangan terlalu memandang tinggi pada aku,
kerana aku tidaklah begitu hebat seperti yang kamu sangkakan itu.


Jangan juga kamu memandang rendah padaku,
kerana aku seseungguhnya adalah jauh melebihi dari apa yang kamu sangkakan itu"


Itu Imam Ali AS.

Tapi ayat itu cukup sebagai panduan untuk sentiasa menjadi "level headed", kan ?


;-)

2011 Sudah



Terlalu banyak yang selalu bermain di fikiran. Banyak observasi dibuat tentang perjalanan hidup semua yang dekat dan juga yang jauh.

Hobi yang macam-macam boleh buat diri semakin menggila.

Mesin jahit sudah tak bertempuh agak lama.

Basikal yang dua biji masih tersadai tepi dinding.

Kasut sukan beberapa pasang makin tepu jadinya


Banyak juga berfikir tentang diri dan apa yang telah dicapai selama ini dalam hidup.


Adakah bertambah ilmu

bertambah pengalaman

bertambah iman dan amal

Namun,

yang paling definite dan yakin

yang paling paling bertambah ... adalah lemak dan isi badan


(meniru kata H yang menyebut " the only thing I gained in 2010 was my weight")


kami sudah sepakat mahu kuruskan badan tahun ini.

bermula dari hari ini selepas makan KFC malam tadi.


Jangan percaya gambar di atas. H memang pandai mengambil gambar dari sudut yang buat kita kelihatan kurus


:-D

Sunday, November 14, 2010

Zed.Ib

masuk.rumah.orang.

halau.tuan.rumah.keluar.


lawak.apakah.itu.?

Wednesday, November 03, 2010

Happy BAHDay To Me












Its my birthday and I am stranded in this small town I love.

It started raining on Sunday 31st October and only stopped on the morning of 2nd November.

All roads to Alor Star are closed .

I have not gone to work for two days.

I went round taking photos and people think I m from press.


and now I m feeling dizzy and tired ....


I m not that young after all.

Happy BahDay To Me !

:-)



*Bah is Flood in Kedah

Monday, November 01, 2010

I m Officially Off The Facebook Hook

Go find my name .. and see that I m gone .. *poof* .. vanish from that crazy book !

I am happy .. but am now starting to get invites from my Yahoo friends to join again .. haha

some of my friends are not happy I m not around the Book anymore, and its funny when they text me conveying their grief as if I had gone from their "life"

well .. I m still around and kicking ... I have more time for more important things in my life .... like errr .... Flickering* ... hahaha



:-)


*spending time at Flickr

Tuesday, October 19, 2010

D90

does not necessarily mean your Nikon

I ve seen it on a Triumph tag too


:-D


Tuesday, October 12, 2010

Letters From The Past


My parents are in my house today. Mak is not feeling very well, and Abah had just had a minor operation last week and is doing fine Alhamdulillah. Its nice when they are around, a reminder that the people who love me and whom I love are still around.

Mak brought with her a few letters from the past .... aerogrames to be exact sent by Mak and the others to Tok and Wan (my grandparents) who were in Mekah performing Hajj. These letters were dated in December 1973, when I was only two years old and when there were just the two of us in my parents' life, my little brother and I.

I read the letters out loud to Mak who was lying next to me and we both laughed our hearts out (ok I was louder) at the content of those letters.

If only I were to put all there is in the letters, it would be LOVE. Those hand writings by Mak and some portions by Abah, Pak Lang. Pak Cik and Chaq reflects the surrounding of what family was all about at that time. They were very close; not only among the close family, but also with some distant relatives and friends. They took time to take care and spend time together , visiting each other like one huge family. Most of those people mentioned in the letters had passed away and I pray that their souls are blessed and that they are in a good place now.

I m writing again here some parts from those aerograms which I find endearing.


I love this part where everybody made their request to Tok to buy things for them.

"Achik pesan emak bawa balik batu kecil2, satu set untuk rantai tangan, loket, 1 biji dan subang. Mak Pora Mat Said pulak hendak batu hitam sebiji. Mak Padang Sera batu2 yang berwarna warni yang Che Zah (my mom) habaq dulu. Che Zah bini Che Ya (referring herself) pula mau anak unta seekor !"

"Kata Kak Yah Rejab, kalau ada, beli paun 20 cents satu. Nafizah kata paun ada tulis nama Allah warna biru merah ada banyak orang pakai sini. Cantik juga. Bolihlah emak beli untok Chik (my aunt) and Ann"

"... dan kalau ada duit tu, belilah periok masak cake yang macam rumah Ma' Lang Derga tu. Boleh jual di sini !"

and this portion by my uncle Pakcik who must be around his teens at that time

"Mak oooi bawa balik baju arab banyak helai, kasut dua pasang, kasut alladin, kain selimut selai, rantai satu, cincin satu, cari yang groovy"

Pak Lang another uncle of mine wrote a letter in a Malay language which you can only find in those days before "tak" was not written as "x". You know the type of letter which started with " Menemui ayah dan bonda yang dikasehi"

"Sejak peninggalan ayahnda dan bonda berdua keadaan di rumah amatlah sunyi dan sepi. Tetapi mujurlah anaknda telah bekerja sementara di kedai kain Pekan Melayu (P.Syed Muhammad punya). Bercampul gaul dengan mamaklah di sini. Anaknda bercakap Melayu pun bergulung lidah-lidah sekarang ni

Dengak orang kata jam tangan di sana murah. Kalau bonda atau ayahnda ada duit yang lebih-lebih tu belilah dekat anaknda satu. Kalau ada kurta (jubah) yang elok-elok belilah satu untuk anakanda"


this by Chaq (my mother's cousin)

"Tok (my mother's grandmother) yang duduk di Rest House kami sehat. Hari2 ada Inspektor datang check, makan tak makan. Kelmarin dulu Inspektor Mak Milah ... ha ha

kalau ada duit banyak lebih tu, tolong beli kipas yang mem2 suka bawa pakai pi party ....
"


and this part Mak wrote about me:


"Dua tiga hari lepas, Mak Basah Pak Napiah datang bawa seorang budak nak mengasuh Syafiq dan Ann. Mereka datang pagi, dok petang dia kata "Kak chek nak balik !" Rupa-rupanya kawan tak tahan ligan Ann di jalan. Nak dukung Syafiq lama pun tak larat"

"Ann sekarang maca dulu juga. Tak bolih lepa, dia lari ke jalan, lagi ligan lagi lari. Bila dengar bunyi kapal terbang di kata kapal terbang Tok dan Wan. Sekarang pandai sangat dia, kencing sambil berjalan... dok senyap2 dan basuh kain baju dalam bilik ayer Adik teriak, dia mai gosok kepala adik "Awat adik teriak?" "Awat ni" dan lain2 lagi. Tak larat nak layan dia"

hahahahaha. Whats with me that I kept running to the street. All my uncles told me the same thing. I would always be running to the street !! ... and they were just exhausted running after me.

"Ann tak berapa panggil Wan atau Tok dia lagi. Dulu dua tiga malam dia buat perangai , tengah malam dia jaga, dia teriak nak tidor di bawah dan lain-lain lagi. Bukan main terok Abah dia - sampai empat pagi. Kata orang ambil kain emak atau bapa selimut, haram tak mau"

"Ann tak berhenti sebut nama Tok dan Wan dia. Pluck TV (ya thats how my mother spelled it (plug) ) tu dia selalu pi buat hello, hello Tok , hello Wan .."

Oh how I miss my grandfather (Wan) who had passed away a few years back. Tok is still around of which I m making a mental note to visit her tomorrow, insya Allah.

I feel so touched reading the above part. I could really feel the love. I was so loved even though I was not really an easy child. The love of my parents for me was abundant and I know it didnt stop there.

"Ya Allah Rahmatilah mereka seperti mana mereka mejaga ku sewaktu aku kecil"


one more part from the letters:

"Chu Yam pesan suroh mak berdoa bagi Kak Chah dipinang cepat"

hahahahaha


and yes those were the days when there was no Facebook and people say hi to people, not to computer screen ....

:-)

Al Fatihah to those who had passed away.

I Finally Paid My Water Bill

... after coming home last nite with no water at the kitchen sink.

went out to see that they had cut the pipe line ....

ohh .. dont pity me ... serve me right for not paying the bills on time .....

and yeah I finally went to pay the bill for the first time in THREE years I stay in that house .....

hahahahaha .... gilakan? tiga tahun tak bayar bill ... the bill cost me RM109.10. Yeap I dont bathe that much .. my monthly bill is only around RM3.

Mr Lim Guan Eng should be happy with me !!!


:-)


On a lighter note : I have sent application to FB to delete my account which would only be confirmed in two weeks time .... so far so good... I m ok .... I know I can do this !!!

Wish me luck everybody !

Friday, October 08, 2010

.. still rambling about FB

.. and its quite shocking sometimes seeing the language used by the FB users in their status. Its more shocking when they come from people we know ... like cousins or close relatives. You get to know them deeper than you already know in the real world.

they curse they yell they shout like you can see all there is in their hearts.

Perhaps thats what virtual world is all about, you can do and be just about anything you want. And even if you type out all those hurtful words, you dont get to see their eyes and see for yourself how affected they are by what you ve just typed ...

the world apparently is getting closer and crazier ...


and I m just an old lady reminiscing those wonderful days where "polite" was not a strange word.


:-P

edit: and i just found out, after I put up the FB entries, that Haza of Runningmom had just deactivated her FB account too .... wow Haza .. if youre reading this ... Congratulations ! you did the right thing .. and I m going to do the same thing anytime from now.

:-)

Thursday, October 07, 2010

I Am Seriously Thinking ....

...of deleting my FB account.

Its not the application. Its me. I have become addictive to it. I am very prone to addiction to just about anything I fancy in my life at the expense of everything else. I hate that I would want to check the FB even on my phone. I had since deleted the application in my phone but it's not helping because I can still check it thru the mobile website.

But if I close down the account, I would miss seeing my friends, saying hello, how do you do. Or even my family and close relatives .. sharing jokes and keeping each other updated about things happening in our lives.

How do I control this addiction .... ?

Think I should join the "FB Anonymous" anytime soon ...