Senarai yang perlu aku lakukan:-
- Pindah Rumah
- Kemas Rumah untuk kemas barang
- Kemas Barang untuk pindah rumah
- Kejar kontraktor yang masih gagal siapkan dapur dan bilik air aku
- Kejar masa dalam larianku dan berlari seperti ahli sukan sebenar - dan bukan seperti makcik yang penat mengejar cucu
- Kayuh basikal seperti ahli sukan sejati juga
- Belajar pakai kasut basikal supaya aku tidak jatuh di jalanraya dan menjadi bahan ketawa satu pekan Alor Star
- Memperbaiki renangan aku supaya boleh masuk Ironman Langkawi 2009.
Sekali lagi aku katakan abaikan saja No:8, kerana aku masih lagi belajar bagaimana menggunakan clipless pedal yang sudah pun tercalar apabila aku jatuh basikal kelmarin kerana tak sempat unclip kasut basikal itu. Juga abaikan No: 8 kerana aku masih tak dapat berlari 10km di bawah 60minit.
Tolong doakan No: 1 termasuk supaya Allah berikan aku tenaga untuk No: 2 dan No: 3.
P/s: Jikalau kamu terdengar cerita seorang makcik bertudung kayuh basikal racing jatuh basikal dekat traffic light dengan kaki masih terlekat di "pedal"; tolong jangan percaya ianya aku. Sila hubungi aku terlebih dahulu untuk kepastian.






