Aku percaya cinta itu adalah satu rasa yang dicampak oleh Pencipta untuk mengembirakan hidup kita, dan juga menguji serta ada kalanya memakan dan menyiksa hati kita. Cinta sangat penuh dengan keajaiban. Hatta akal sekalipun tidak dapat menewaskan cinta. Akal seringkalinya kalah kepada cinta. Hanya akal yang beriman yang boleh mengawal cinta yang seringnya bersalut nafsu.
Cinta pertama seorang lelaki seringnya menjadikan mereka seperti betul-betul buta. Cinta pertama seorang lelaki juga bersifat begitu naif dan berseri dengan jujur. Cinta pertama seorang lelaki sering dapat dihidu oleh wanita yang dicinta, dan dengan cinta yang dipegang oleh wanita itu ianya seperti satu senjata yang amat berkuasa . Wanita yang baik akan menggunakan senjata itu dengan penuh bijaksana untuk kebaikan kedua-dua pihak terutama jika dia juga amat mencintai lelaki itu, tetapi malang sekalilah lelaki yang cintanya dipegang oleh wanita yang tidak jujur, berhati hitam yang boleh menghidu bau emas sejauh seribu jarak. Senjata yang dipegang akan digunakan hanya untuk kepentingan dirinya. Namun lelaki yang sedang mengalami cinta pertama tidak akan dapat membezakan antara dua jenis wanita ini.
Lelaki mencintai wanita cinta pertamanya berlandaskan kepada banyak sebab utama, tapi pilihan teratas seringnya jatuh kepada kecantikan luaran wanita tersebut, walau kecantikan itu sangatlah bersifat subjektif. Cinta pertama seorang lelaki tidak berlaku sewaktu umurnya 30 tahun, dan oleh kerana ianya sering berlaku pada umur yang sangat muda, lelaki masih terlalu awal untuk benar-benar mengenal. Wanita hanya dilihat dari sifat lahiriah yang luaran sedang hati budi dan sifat sejati dalaman wanita masih begitu kabur di pandangan mata muda mereka. Cinta yang diberi akan sepenuh hati mengharapkan satu akhiran yang halal yang membahagiakan.
Namun tak semua cinta pertama akan berakhir dengan "mereka hidup bahagia selama-lamanya". Wanita yang tidak menghargai cinta pertama seorang lelaki kadang mengambil kesempatan di atas ke'naif'an lelaki mereka. Jika wanita tersebut belum saja lagi begitu membalas cinta itu sepenuhnya, masih ada keinginan hatinya untuk melihat padang lain yang mungkin lebih hijau pada firasatnya yang lugu itu. Berlaku lah sedikit kecurangan yang kemudiannya akan betul-betul menghancurkan hati lelaki mereka. Ya, lelaki boleh menangis atas kelukaan yang dihadapi saat cinta pertama. Air mata itu lah yang akan seterusnya menjadi dendam kepada wanita-wanita yang akan hadir di kemudian hari di dalam hidup mereka sehinggalah mereka bertemu pula dengan cinta sejati. Hanya cinta sejati yang akan melembutkan hati keras lelaki yang telah dirosakkan oleh cinta pertama mereka.
Sebagai manusia kita sentiasa mengharapkan perjalanan yang penuh dengan bunga-bungaan dan bauan yang harum, namun perjalanan hidup yang sebegitu tidak akan dapat mematangkan kita. Pelayaran hidup yang tidak beralun dan berombak akan membuatkan kita terbuai layu. Jika cinta pertama kamu berjaya, Alahmdulillah, pasti akan ada lagi di dalam perjalanan hidup ini yang akan menanti kamu untuk mengajar kamu sesuatu tentang hidup. Dengan wanita yang bersama kamu sekarang, masih banyak yang akan membuatkan kamu terus belajar mengenali wanita pertama yang kamu cintai itu. Teruslah mencintainya dengan seadanya dia, yang juga seperti kamu masih belajar tentang kamu dan juga hidup ini. Maafkan lah atas ketidasempurnaan dia kerana kamu juga tidak sempurna.
Namun, tak semua lelaki juga akan kekal dengan cinta pertama dan cinta sejati kerana yang aku diberitahu lelaki boleh sahaja akan bertemu cinta sejati kedua, ketiga dan seterusnya ke empat.
I once heard : "Men are born polygamous". But not all men .......... of course.
Adikku, if you belong to the former, hmmmm... I'll blog about that when you come to that point insya Allah ... LOL

1 comment:
Sampaikan sembah salam patik pada adik lelaki mu. Sungguh bertuah memiliki kakak perempuan yang mahu berhujah tentang CINTA.
Post a Comment