Suhaimi dan Ina seharusnya membuat tribute untuk Mawi pada hari per"nikah" an mereka. Jikalau tidak kerana anak Felda seorang yang satu hari bangun pagi dan terus berniat mahu mencuba nasib di Akademi Penuh Fantasi, Ina tak akan berjumpa dengan Suhaimi.
Setiap keputusan yang kita buat di dalam hidup ini adalah sepertinya kita membuka satu pintu takdir. Pintu takdir yang dibuka bukan sahaja membuka jalan untuk nasib kita sendiri tetapi juga sekaligus membuka beberapa rentetan pintu takdir untuk orang lain juga. Di saat setiap satu keputusan yang dibuat, secara automatik beratus ratus pintu nasib dan takdir orang lain juga akan turut terlibat (tidak salah juga jika saya katakan beribu-ribu pintu yang akan terus terbuka tanpa henti).
Makanya setiap apa yang terjadi di dalam hidup kita, seharusnya kita terima penuh redha, kerana kadang-kadang, sepayah mana pun kepahitan yang kita harus telan, terdapat pintu takdir seterusnya yang menunggu kita. Dan mungkin takdir berikutnya itu akan membuka pintu kebahagiaan yang lebih luas, jika saja kita ini tetap sentiasa bersyukur dan meletakkan keyakinan yang sepenuhnya kepadaNYA.
Lihat sahaja kepada persoalan yang timbul daripada "Bangau Oh Bangau ! Kenapa engkau kurus?". Jawapan dan pintu takdir yang telah menyebabkan bangau kurus telah dibuka oleh seekor ular bila beliau berkata (sambil menguyah seekor katak) :-
"Memang Makanan Aku !"

Siapakah Yang Membuka Pintu Takdir Anda ?
2 comments:
Biar aku komen sendiri entry aku nih:-
Sepatutnya (kalaulah aku tahu); aku bergembira suka ria bila ex-housemates (read: tikus-tikus) bermaharajalela di rumah aku, kerana jika tidak kerana mereka, aku tidak akan membuat keputusan membela seekor kucing di mana keputusan itu telah menemukan aku dengan seekor kucing yang hebat !
ni ape ke hal ni pi komen sendiri...
tamak tau! :p bagi la chance org lain komen dulu kut ye pun.
komen saya: ya sepatutnya u buat party bagi meraikan tikus-tikus itu sebab kalau tak kerana depa, popo tak akan dpt rumah dan u sure asik sakit hati jek... seperti mana saya selalu ckp pada kawan2 saya bila mereka komen pasal kegemokan pingu...
"kalau bukan sebab pingu nak makan banyak saya sure malas bekerja dan saya takla maintain slim mcm skrg tanpa perlu pergi ke gym"
jika cik syg saya komplen dia gomok dan saya kering:
"jika bukan i yg menggemokkan u sape lagi? bersyukurlah sebab u gemok kerana itu tandanya u sgt hepi bersama i asik makan je compare dgn u dulu yg kurus sket"
yabedabeduuuuuuuuu :p
Post a Comment