Aku suka baca blog RPK. Aku suka cara dan gaya bahasa yang digunakan, mudah dan 'sampai' tapi sangat tajam dan mencengkam. Aku juga suka baca komen dan reaksi peminat dan pembenci RPK.
Bukan calang-calang orang yang boleh 'tackle' RPK. Kamu kena banyak belajar kalau kamu mahu 'bersembang' dengannya. Kalau English 1119 kamu dulu 7 sahaja, lebih baik kamu duduk diam-diam dan cuba belajar lagi untuk menulis sepertinya. Tidak salah kalau kamu sekadar mahu berkongsi menyokong beliau, tetapi kalau kamu mahu 'melangkah arus' melawannya kamu harus siap.
Bukan calang-calang orang yang boleh 'tackle' RPK. Kamu kena banyak belajar kalau kamu mahu 'bersembang' dengannya. Kalau English 1119 kamu dulu 7 sahaja, lebih baik kamu duduk diam-diam dan cuba belajar lagi untuk menulis sepertinya. Tidak salah kalau kamu sekadar mahu berkongsi menyokong beliau, tetapi kalau kamu mahu 'melangkah arus' melawannya kamu harus siap.
Aku ingat sangat pesanan Boss aku bila bercakap tentang pertempuran dengan pihak lawan:-
Kamu harus kenal betul-betul siapa lawan kamu. Kamu harus baca setiap langkah dan permainannya. Kamu harus tahu sejarah dan latar belakangnya. Kamu mesti faham dan betul-betul 'absorb' segala material yang kamu mahu guna untuk melawannya. Kamu mesti paling kurang sama taraf dan sama tahap dengannya kalaupun kamu tidak mampu melebihinya. Kamu mesti bijak. Kamu mesti pandai kerana mempunyai tahap intelektual yang lebih tinggi membuatkan kamu dapat melihat dengan lebih luas. Orang bodoh tidak akan sampai tahap untuk membaca fikiran orang pandai, tetapi orang pandai sudah dapat menangkap bahkan dapat membaca terlebih dahulu gerak yang akan digunakan lawannya.
Aku bukan memandang hina atau membuat pengadilan terhadap orang yang bodoh atau yang pandai, tetapi sebagai manusia pastinya perbedaan tersebut sangat nyata bila cuba diletakkan bersama. Yang sedihnya siapa di dalam dunia ini yang mahu mengakui dirinya bodoh?
Minta maaflah, Ahli-Ahli Kelab Yang Masih Berhingus, kamu semua tidak sampai tahap, kamu semua seperti yang disebut oleh RPK sendiri sepertinya 'budak yang belum bersunat'. Pergilah bermain jauh-jauh dan jangan kacau orang tua bersembang.
Edited: Errrrr... aku pun sebenarnya tak pernah "bersembang" dgn RPK sebab aku masih muda ....
Minta maaflah, Ahli-Ahli Kelab Yang Masih Berhingus, kamu semua tidak sampai tahap, kamu semua seperti yang disebut oleh RPK sendiri sepertinya 'budak yang belum bersunat'. Pergilah bermain jauh-jauh dan jangan kacau orang tua bersembang.
Edited: Errrrr... aku pun sebenarnya tak pernah "bersembang" dgn RPK sebab aku masih muda ....
5 comments:
... bukan hanya belajar, tengok juga circle of friends dia... kalau setakat kawan dgn mamat pasang antenna - nan ado berita sahih dapat dipetik.
kdg2 kita hanya menyokong org lain krn sedar yg kita tak mampu menongkah arus... tidak kerana kita bijak atau sebenarnya melihat kelebihan org lain itu adalah yg terbaik.
kdg2 kita menongkah arus pula bukan krn kita rasakan kita tidak mampu jalan seiring atau mungkin krn kita rasakan diri sehebat pesaing.
Mungkin juga ada masa kita lupa bahawa hidup ini ibarat buih2 yg berjejeran di air sungai dan lautan. Adakala wujud tetapi akhirnya tetap hilang. Kita lupa utk tidak menjadi seperti sang daun yg jatuh ke sungai... mengikut arus tp akhirnya tersadai di tepian tebing atau ranting... seperti juga sang daun yg jatuh ke laut dipukul badai dan tersadai di pantai, reput hancur...
kdg2 ada indahnya menjadi manusia yg dikatakan 'bodoh' kerana ada masa kebodohan itu menyedarkan dirinya utk berpijak di bumi nyata dan ada masanya alangkah buruknya menjadi manusia yg dikatakan 'cerdik' krn sering terlupa bahawa tanpa si bodoh si cerdik tidak akan mendapat jolokan cerdik :)
errr..kalau tak paham abaikan je la cikfit hehehe
sama la kita cik pretty...Malaysia today dah jadi wadah bacaan harian saya.dah muak dengan akhbar2 yang pro-umno yang selalu memutarbelitkan fakta.
saya yang dah muak denagn akhbar yang pro-umno yang selalu memutarbelitkan fakta dan byk auta memang menjadikan malaysia today sebab bahan bacaan harian selain dari harakahdaily.bertambah bosan bila melihat agendadaily pon turut menjadi tali barut umno. bak kata RPK, boss agendadaily bukan level dia.memang agendadaily makin mengarut sekrang ni.
At80: Pasang antenna pun orang pakai 3G dah kan kan kan kan .....
Sekut: Terlalu sastera lah lu ..... hehehe (aka tak faham lah tu)
Budak Pendang : Mana ada akhbar yang tak pro-Umno, underground punya adalah. Kalau ada pun tak lama kena bann juga....
blue: yang paling sedih bila jadi begitu ialah bila masyarakat Malaysia sendiri masih tidak dapat membuat penilaian yang bijak.
Post a Comment