Akan datang suatu hari
Bila aku tak perlu lagi meminta diri
Takdir akan memberi laluannya
Bila segala usaha dan harapan
Tak lagi memberi erti
Walau pintu yang ditutup
Melalui tingkap aku akan menyusup
Keluar dari semua yang selama ini kuhirup
Betapa Tawakkal itu amatlah membeban
Melepaskan sesuatu yang selamanya mahu kugenggam
Terbanglah jiwa lepaskan segala duka
Merdekakan nafsu dari segala dosa
Aku serahkan esokku padaMU
Dengan segala apa yang aku ikhtiar
dan usahakan semalam dan hari ini
Bahagia atau dukakah yang akan kembali
Aku benar-benar berserah diri ……………………..
3 comments:
wahhhh... mcm bunyi org pasrah frust becenta pulak cikfit ni...
Alaaa... luahan hati lama2 jumpa dalam fail.
:-P
oooo ni kire recyle la ni hahaha
Post a Comment