Friday, September 28, 2007

Le Festin




Les rêves des amoureux sont comme le bon vin
Ils donnent de la joie ou bien du chagrin
Affaibli par la faim je suis malheureux
Volant en chemin tout ce que je peux
Car rien n'est gratuit dans la vie.

Éspoire est un plât bien trop vite consommé
À sauter les repas je suis habitué
Un voleur, solitaire, est triste à nourrir
À nous, je suis amer, je veux réussir
Car rien n'est gratuit dans la vie.

Jamais on ne redira que la course aux étoiles, ça n'est pas pour moi
Laisser moi vous émerveillez, prendre mon envol

Nous allons enfin nous réga....(ler)
À la prête fin enfin nous (prends ce... / danse.....)

Et sortez les bouteilles, finis les ennuis
Je dresse la table, demain nouvelle vie
Je suis heureux a l'idée de ce nouveau destin
Une vie à me cacher, et puis libre enfin
Le festin est sur mon chemin
Une vie à me cacher et puis libre enfin
Le festin est sur mon chemin. . . .



Ps:

I feel like dancing to this song... I really feel



Wednesday, September 26, 2007

Aku Tak Tau Petik Gitar

Macam mana muzik Indonesia tak ke depan maju lebih dari kita sebab aku ingat kata kawan aku yang dari Indonesia dulu

"Main gitar tu mcm satu kemestian,
anak lelaki sepertinya memang wajib tahu main gitar.
Setiap petang kalau kamu lihat anak-anak muda berkumpul,
pasti ada gitar bersama mereka"

Hamik, kalau dah macam tu gaya hidup anak-anak muda Indonesia, tengok sajalah hasil kerja mereka sekarang.

Lagipula Indonesia tu besar dan ramai penduduk, hanya yang terbaik boleh naik ke atas.

Tuesday, September 25, 2007

Jatuh Cinta

Katanya:-


"Aku dah jatuh cinta lagi lah, Ann"

"Aku rasa happy sangat la ni, terasa indah dunia ni"

"Kira tengok SMS saja, pastu harap2 kot2 dia call aku"

"Hidup aku kembali bersemangat ! Aku rasa bila dengan dia, perjalanan aku semakin cerah"

"Betoi agaknya apa yang orang cakap, jatuh cinta ni, tak kira umur, 13 ka 20 ka, 60 ka sama saja tekanan perasaannya"

"Dia banyak bagi nasihat dan dengar masaalah aku, aku rasa tenang bila cakap dengan dia"

"Aku dah tak boleh nafi dah perasaan aku kat dia......"


Kata Aku:-


"Aku faham perasaan hang"

"Best kan ? Jatuh cinta lagi ni..."

"...tapi......"
.
.
.
.
.
.

"hang tu bini orang weh...!"


Friday, September 21, 2007

Jangan Paksa Mereka Percaya

Jangan paksa ibuku percaya
Jangan paksa ayahku percaya

Tidak mengapa biarkan saja
Aku masih bernyanyi
Aku masih menari
Berlari-lari di kaki bukit gembira
Kerana
Aku tidak pernah derita
Aku tidak pernah luka
Aku tidak berdosa kerana aku ini suci
bersih dari segala benci

Binatang itu akan datang satu hari
Pasti dengan tidak melutut atau merangkak lagi
Kakinya akan hancur dimamah panas abadi
Lidahnya tiada hancur melebur
Sedang matanya juga kabur
Dan pastinya datangnya nanti dengan besi panjang
tertancap keluar dari mulut yang dijolok dari dubur

Aku tidak pasti apa aku mampu melihatnya
apa lagi untuk memaafkannya
Biarkan saja dia berpayah menyusur dengan muka
kembali ke tempat asalnya neraka

Biarkan ayah dan ibuku terus mimpikan aku
Dalam dakap mesra aku masih ketawa
Aku masih hidup di hati dan mata mereka
Maka jangan paksa mereka percaya ..............


-Tragedi Binatang dan Pari-pari Suci-

Tuesday, September 18, 2007

Ba Alif Ba Ya Terlepas Sensorship

Aku tengok Project Runaway Malaysia dengan Nora minggu lepas kat rumahnya (di mana punca tragedi aku sakit perut 'sal monella' makan Lontong yang aku beli kat Pasar Ramadan). Kami gelak-gelak sambil komen-komen betapa lembutnya mereka-mereka yang menjahit itu. Dan juga betapa boleh tahannya bitchy mulut-mulut mereka itu. Sensorship 8tv juga boleh dikira prihatin sungguh sebab siap 'blur'kan lagi gambar subang salah seorang peserta.

Tapi yang satu part yang aku tergelak besar tu ialah bila radar sensorship tak tangkap salah seorang peserta yang maki-maki bila salah jahit.

Katanya: "Ba Alif Ba Ya ! Ba Alif Ba Ya"


Friday, September 14, 2007

Tugasan Berat

Aku rasa aku patut minta maaf pada jiran sebelah rumah aku. Pastinya mereka tidak akan faham tugas dan tanggungjawab yang sedang aku pikul sekarang ini. Atas dasar itulah rumah aku sekarang sering bising hingar bingar kerana setiap malam aku bergelut untuk melunaskan tanngungjawab berat yang diletak atas bahuku.


Aku sedang berperang sekarang !


.....hampir setiap malam kadang hingga dinihari aku mengatur strategi dan cuba memperbaiki kemahiran dan segala gerak geriku agar musuh tidak dapat membaca tindak-tandukku.


Aku harus menang peperangan ini !


Mengharungi Perang Dunia Kedua untuk "meliberisasikan" Perancis bukanlah tugas yang senang. Pasukan Tentera Bersekutu dan rakyat Perancis yang impikan pembebasan mengharap pada aku.





Call of Duty 3 Rocks !!!!!



Pesan Buat Jiranku :

Maafkan aku Chotti (jiranku) !
Kalau engkau dengar bunyi letupan bom dan tembak menembak dari rumahku,
ketahuilah itu tidak bermakna aku telah mati...........

Wednesday, September 12, 2007

Nagabonar Jadi 2


Aku tak jadi ke Jakarta. Sepatutnya aku ke sana dari 8 hingga 15 September. Aku hampa. Satu per Lima abad hidupku aku 'kepingin banget' mahu ke sana, tapi "kita hanya merancang, Allah yang menentukan". Ada harga rupanya yang harus aku bayar bila aku terjun ke laut itu dan berjalan-jalan serta berworkshop sana sini menyebabkan aku terkelepek layu demam berserta flu. Aku terpaksa angkat bendera putih untuk tidak ke Jakarta.

Ijul, aku minta maaf ! Insya Allah di lain kali kita akan pusing kota Jakarta berbasikal seperti yang dirancang. And yeahh we may even backpack the whole of Indonesia kan kan kan ..?

"sigh"

Oh ya, the closest I could get to Jakarta were the Ruppiahs I had converted to from Ringgit and ......... this movie "Nagabonar Jadi 2".

This film is a MUST see. Those who fancy "Love is Cinta" please step aside because this movie will let you down. Nagabonar Jadi 2 apparently is a sequel to Nagabonar which was first released in 1987. It was a hit in Indonesia. No, I have not watched the first Nagabonar movie which I truly believe I would enjoy as much.

Deddy Mizwar was a genius in this sequel. He was cool and the dialog really keeps the movie alive. The movie is full with messages of love; man/woman, father/son, the rich/poor, among friends and even to the nation (which is Indonesia obviously). I would definitely watch the movie again and come up with a real review and some of the dialogs I really like. If not:

"Apa kata dunia ?"



Wednesday, September 05, 2007

Kenapa Aku Terjun Laut Itu Dengan Snorkel Dan Fin Tanpa Pelampung Dan Tanpa Mahu Pulang




Engkau gila kalau engkau juga tidak mahu terjun laut itu,
but please bukan tanpa baju dan bogel, engkau akan terbakar kena sunburn




ps: click the third photo and you can see the fish


Saturday, September 01, 2007

Maaf, Aku Semalam Sedang Pergi Mencari Nemo

Jangan ada yang cemburu kerana aku telah berjumpa Nemo.


Oh Ya, bapanya masih panik kerana aku telah melawat rumahnya.


Aku tidak makan Nemo.


"Fish are friends not food"