Friday, September 14, 2007

Tugasan Berat

Aku rasa aku patut minta maaf pada jiran sebelah rumah aku. Pastinya mereka tidak akan faham tugas dan tanggungjawab yang sedang aku pikul sekarang ini. Atas dasar itulah rumah aku sekarang sering bising hingar bingar kerana setiap malam aku bergelut untuk melunaskan tanngungjawab berat yang diletak atas bahuku.


Aku sedang berperang sekarang !


.....hampir setiap malam kadang hingga dinihari aku mengatur strategi dan cuba memperbaiki kemahiran dan segala gerak geriku agar musuh tidak dapat membaca tindak-tandukku.


Aku harus menang peperangan ini !


Mengharungi Perang Dunia Kedua untuk "meliberisasikan" Perancis bukanlah tugas yang senang. Pasukan Tentera Bersekutu dan rakyat Perancis yang impikan pembebasan mengharap pada aku.





Call of Duty 3 Rocks !!!!!



Pesan Buat Jiranku :

Maafkan aku Chotti (jiranku) !
Kalau engkau dengar bunyi letupan bom dan tembak menembak dari rumahku,
ketahuilah itu tidak bermakna aku telah mati...........

2 comments:

Anonymous said...

poyo seh.... jadik jugak pose pose ni.. :P

a.n.i.Q.u.e said...

hehehe... bulan posa pun askar ke medan perang tau ....