Sunday, November 25, 2007

Cinta Tiga Segi Antara Suh@rdi, S@lw@ Dan Aku

Waktu aku darjah satu dan dua dulu, mak aku hantar aku ke sekolah yang campur lelaki perempuan sebelum aku masuk Darjah 3 Merah sekolah perempuan. Bila cikgu tengok aku ni dah boleh hafal ABC baca sedikit sebanyak, maka aku pun diletakkan di kelas A, bersama-sama murid 'agak pandai' yang lain.

Dalam kelas tu, ada seorang budak lelaki yang paling cool antara murid-murid lelaki yang lain. Namanya Suh@rdi. Hensem budaknya (pada pandangan seorang aku yang berumur tak sampai 7 tahun lagi) dan memang pandai.

Dan di dalam kelas tersebut juga ada seorang budak perempuan yang kalau zaman sekarang ni, Barbie doll type. Rambut kerinting, kulit putih, bibir yang kecil, suara yang halus, yang datang sekolah pakai topi bunga besar (sampai sekarang baru aku tersedar, apalah motifnya dia pakai topi besar ada bunga sekuntum, ke sekolah). Dia datang sekolah pun ada driver yang hantar, anak orang kayalah agaknya. Oleh kerana dia selalu belanja kawan-kawan, maka dia telah mengumpul beberapa orang 'kroni' yang selalu bersama-samanya. Kira kata ciri-ciri Paris Hilton tu ada padanyalah. Namanya S@lw@.

Walaupun kami ni semua masih kanak-kanak, tarikan antara lelaki perempuan tu sudah ada. Ok. aku mengaku terus, aku memang suka pada Suh@rdi sebab dia pandai, hensem dan cool. Kalau saja Suh@rdi menegur atau bercakap dengan aku, pastilah hati aku berbunga-bunga gembira. Aku selalu berharap agar Suh@rdi juga suka pada aku.

Satu hari aku dan beberapa murid lain ditugaskan menjaga kelas sebab cikgu kelas ada mesyuarat. Maklumlah bila budak kecik diberi kuasa begitu, pasti garanglah jadinya kami, siap dengan pembaris berjalan ke hulu hilir kelas, nak pastikan kawan-kawan tak bising. Yang jaga kelas hari tu juga termasuk seorang kroni S@lw@. Bila ada saja murid yang buka suara kuat sikit, maka pembaris dan tuannya pasti sampai ke meja sipembising itu.

Aku dan pembarisku sampai ke satu meja budak yang agak becok dalam kelas.

"Hey ! Jangan bising ! Kamu bercakap kuat sangat !

Kata aku dengan bergayanya sambil menggoyangkan pembaris

Rupanya budak tu menjawab

"Hek eleehhh... belagak !
Mentang-mentang cikgu suruh jaga kelas !

Aku pun tunjukkan kan lagi kuasa

"Ya memang.. Cikgu yang suruh jaga kelas jangan bising "

Tiba-tiba dia kemudiannya menjawab dengan ayat yang buat aku terkedu.

"Hah ! Belagak ! Awak ingat saya tak tau awak tu nak kawin dengan Suh@rdi !

Makk aii.. Oopppss.. terbuka rahsia yang aku ingat orang tak tahu. Aku jadi terkejut dan tersipu dan terdiam. Semua mata dalam kelas tertumpu pada kami.

Tiba-tiba 'kroni' si S@lw@ yang berdiri dari jauh, datang dengan lajunya ke meja pertengkaran dan menghempuk pembarisnya di atas meja si becok, sambil menjerit .



"Sapa kata A***** nak kawin dengan Suh@rdi !!!!!
S@lw@ yang nak kawin dengan Suh@rdi !!!!!"


Bersambung ..........

4 comments:

Unknown said...

OMG this is hilarious!! Muahahahaha
Cepat sambung apa yang terjadi?

Baca your older post.. where got gym in alor star? Wanna join also la..

a.n.i.Q.u.e said...

Hahaha... thanks.. for dropping bye ansd enjoying the story.. Sequel nya tak lah best sangat dah pun..

:p

Gym kat alor star ni yang femes satu kat Gyn Maksak kat Stadium Darulaman, dengar kata depa dah upgrade sebab kalau dulu punya...hmmm buruklah sket. Fees dalam RM60 (swasta) sebulan... kalau tak salah la...

Satu lagi yang Gym baru buka kat jalan pegawai.. fitness apa tah... feesnya RM70 sebulan (the last i heard) and registration fee RM100.

Unknown said...

Aiyo.. sequel dia u start tarik2 rambut ker? Kidding... :P

Takde gym rakyat ker kat alor star ni eh? Sorry la still new here. I'll wander around tgk2 gym yg u bagitau tu.

Thx.

a.n.i.Q.u.e said...

Ahh.. ada..ada satu gym rakyat ... kat Kompleks Belia sebelah Kuil India acros the road from stadium Darulaman. Kat belakang bangunan pertama sebelah tennis court.

Good Luck !