Wednesday, January 02, 2008

Air Supply Dan Motein Dan Aku

Aku mula dikenalkan kepada kumpulan Air Supply pada awal tahun 80an dulu oleh kawan yang paling-merapu-merepek si Motien. Hanya orang jiwang saja yang akan menghargai Air Supply dan Cerita Hindustan dan oleh kerana Motien adalah salah seorang Kelab Jiwang maka tidak hairanlah jika hampir semua lagu Air Supply dihafalnya. Dan oleh kerana aku adalah kawan yang rapat dengannya pada waktu-waktu itu, maka sehingga hari ini aku boleh nanyi bersama lagu “Making Love Out Of Nothing At All” tanpa perlu melihat lirik (walaupun aku agak skeptical sama ada lirik yang dinyanyikan itu betul atau tidak.. maklum sajalah kalau budak darjah enam yang salin lirik dari kaset…).

Hampir setiap petang aku menghabiskan masa aku dengan Motien, menyanyi-nyanyi sambil menulis lirik yang didengar dan berkhayal kalau-kalau Air Supply akan datang buat konsert di Malaysia, dan kami boleh pergi menonton.

Waktu itu mana ada internet lagi, dan kami yang tinggal di Alor Star yang masih budak waktu itu, tidaklah mampu membeli majalah hiburan. Jadi pengetahuan kami tentang kumpulan musik yang digilai sangatlah terhad. Yang kami tahu waktu itu tentang Air Supply ialah nama dua orang penyanyinya iaitu Graham Russell & Russell Hitchcock (Motien selalu berangan dia adalah Russel dan aku Graham sebab aku lebih tinggi anatra kami berdua dan suara aku kata Motien tak sedap macam suara dia yang dia rasa ala-ala Russel).

Pernah juga kami berpeluang menonton video Air Supply in concert dan Motien waktu itu telah jatuh cinta “yamatzzzz” pada drummer Air Supply waktu itu (yang kami penah lihat juga di cover kaset mereka). Entah informasi mana yang kami dapat, kami amat berkeyakinann mengatakan bahawa nama drummer itu ialah Rothman. Bermulalah kegilaan meroyan Motien pada Rothman yang tak dapat dibendung lagi. Aku tidak tahu apakah yang telah meracau dalam pikiran budak Motien yang berumur 13 tahun waktu itu bila saja setiap kali dia jumpa kotak rokok “Rothmans”, Motien akan mengutipnya dan menggunting nama Rothman pada kotak itu dan menyimpan kepingan nama itu di dalam buku khas “Air Supply”nya.

Sehingga hari ini aku tidak pernah mendapat kepastian betulkah nama drummer Air Supply itu “Rothman”. Yang pasti sepanjang jalan di lorong ke sekolah kami atau di sekitar taman perumahan kami, di jalan yang mana sahaja dilalui Motien, pastilah tiada lagi kotak rokok kosong jenama Rothmans di atasa tanah.

Kata Motien:-

Kesian dia dok atas jalan.


Aku juga pernah tanya Motien:-

Hang bayangkan kalaulah Air Supply mai buat konsert kat KL
dan esoknya SRP, apa hang nak buat?

Motien jawap:-

Hah ! Mestilah aku pi tengok konsert… SRP boleh amik lain……

Air Supply tak tau lagi bila nak mai pula


4 comments:

Anonymous said...

saya pun suka air supply...skrg pun tgh dgr air supply tp takde la segila motien... masa skolah dulu saya tak tau saya suka sape... saya takde perasaan masa tu :p

I said...

wakakakakaks... lucu banget, aniq... pernah gak aku bilang ke kamu kalo kamu tuh pinter nulis lucu... aku suka senyum-senyum dan ketawa sendiri baca postinganmu :D salam buat motien deh... kalian berdua pura-pura jadi air supply yhe... hahahaahahhaha.....

ijul

a.n.i.Q.u.e said...

Yan: Motienlah yang banyak influence waktu tu. Kalau harap I, tak ada lah sapa2 sangat yang disukai melainkan ...oh ya.. Ricky Schroeder (another story)

Ijul: hehehe... makasih... thank you ! Aku jadi malu nih lagi puji2 gituan. Motien sekarang sudah gak ribut2 lagi soal musik... dia lagi ribut ama anaknya2 yang udah 5 orang !!!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.