Monday, February 25, 2008

Pilihanraya 2008

Aku menjangkakan tidak ada sebarang perubahan pada pilihanraya kali ini. Tidak seperti lima tahun lepas, isu panas menggelegak seperti "Reformasi" sudah menjadi basi, dan semakin busuk. Demonstrasi jalanan telah dikuasai Hindraf. Tiada isu baru yang boleh digembar gemburkan melainkanlah kamu ahli Hindraf.

Parti yang paling berkuasa tidak perlu banyak berpenat lelah. Kalau dua media massa utama masih terus disalahgunakan mereka, suara pembangkang tidak akan mampu menembus tembok pemikiran rakyat Malaysia yang sudah tepu dengan idea parti yang paling berkuasa.

Internet hanya akan berguna kepada mereka yang masih mahu mencari kebenaran dan mereka yang mampu serta berpendidikan.

Orang kampung dan mereka yang masih selesa di bawah tempurung hanya memegang apa yang didengar dari radio dan yang dilihat di tv. Kalau hanya membaca surat khabar mulut parti yang paling berkuasa, pastilah kemampuan pemikiran tidak akan melangkaui jauh daripada apa yang mereka rasa mereka nikmati.

Apa lagi yang harus kita terangkan jika kata-kata ini menjadi pegangan hidup:-

Kalau tidak kerana parti yang paling berkuasa,
jalanraya depan rumah makcik ni belum tentu ada


Bagaimana lagi harus kita menembus pemikiran mereka dengan menerangkan kepada mereka bahawa:-


Parti yang paling berkuasa bukanlah kerajaan,
dan kerajaan bukanlah parti yang paling berkuasa....


Dan kamu atau sesiapa sahaja yang tidak menyedari yang itu, dan kalau kamu sudah berumur 30 tahun ke atas dan masih salah faham tentang itu, silalah bungkus pakaian dan naik kereta (atau motosikal atau basikal) dan bawa lah laju-laju kenderaan anda itu dan teruslah terjun ke dalam laut. Bunuh Diri ? Ya memang kamu tak layak hidup, apa lagi mengundi !



1 comment:

Anonymous said...

fuyoooo u pun hangin juga ke mcm i hari ni?