Friday, February 29, 2008

Rakyat Yang Berwawasan Dan Basikal

Ok . Ok Lebih baik aku mengaku terus. Daripada aku memendam rasa seorang diri cuba menyembunyikan apa membuak di dalam diri, aku rasa aku terpkasa angkat tangan dan mengaku kepada kamu semua:-


Aku sudah beli basikal


Membeli basikal bukanlah satu fenomena baru dalam masyarakat. Malah adalah menjadi impian setiap budak kecil dan kanak-kanak untuk memiliki basikalnya sendiri. Mereka akan dihadiahkan basikal apabila lepas bersunat, lepas dapat nombor satu dalam kelas, berjaya naik ke kelas A, menang dalam lumba lari dalam guni, dan ada yang mendapat basikal apabila berjaya berpuasa sebulan penuh. Itu semua adalah sebagai insentif pembangkit semangat buat mereka.

Bila kita dewasa, jika boss puji kita, tak adalah pula boss hadiahkan basikal. Kalau kita kerja bagus dan pelanggan suka pun, tiadalah mereka menghantar satu biji basikal ke pejabat kita. Kalau kita berjasa pada ketua kampung kita sekalipun, basikal bukanlah lagi hadiah utama. Maksud aku bila kita dewasa hadiah basikal bukanlah sesuatu yang kita nantikan. Sekalipun kita telah mendapat taraf anak mithali, pada umur 30 tahun ke atas, mak dan abah tidak lagi terfikir untuk hadiah basikal pada kita.

Jadi, bila kita kepingin atau teringin banget mahu kembali ke alam sebelum kita balilgh dahulu: menaiki basikal dengan laju bersama angin menderu ke muka ..... maka kita kenalah beli sendiri basikal itu sebagai hadiah untuk diri sendiri (mungkin kerana kita merasa kita telah menjadi rakyat negara Malaysia yang berwawasan).


Ya, aku lah itu, kerana aku yakin aku adalah rakyat Malaysia yang berwawasan yang akan mengundi insya Allah pada 8hb ini, maka aku telah menghadiahkan diriku dengan sebuah basikal seperti di bawah:





Aku masih berfikir adakah aku akan ke tempat mengundi naik basikal

.


2 comments:

Anonymous said...

Nafsu tertunai sudah!

Anonymous said...

walaweiiii... Jamissss... sexynya bumper hang hahaha

Bila pi pinang Jamis ni kawanku? Eh ni bukan consider pinang dah ni... ni tahap nikah dah ni hahaha

Bape hantaran hang bagi kat Jamis ni noooo...fuiii solid molid body tu haaa hiks :P