Monday, March 31, 2008

Bukan Salah Ibu Mengandung Bila Blog Tidak Di Update

Ada pelbagai perkara penting dalam otak aku semenjak sebulan yang lalu. Semuanya perlukan pemikiran tajam serta aksi fizikal yang berbahaya. Aku harus menanganinya semua sekali gus. Tapi seperti biasa seperti kata mak aku "Kalau dah nak terburai baru kalut cari jamban". Aku masih dengan sikap sambil lewa.... kecualilah perkara itu adalah yang menjadi top priority aku pada ketika itu.

Senarai yang perlu aku lakukan:-

  1. Pindah Rumah
  2. Kemas Rumah untuk kemas barang
  3. Kemas Barang untuk pindah rumah
  4. Kejar kontraktor yang masih gagal siapkan dapur dan bilik air aku
  5. Kejar masa dalam larianku dan berlari seperti ahli sukan sebenar - dan bukan seperti makcik yang penat mengejar cucu
  6. Kayuh basikal seperti ahli sukan sejati juga
  7. Belajar pakai kasut basikal supaya aku tidak jatuh di jalanraya dan menjadi bahan ketawa satu pekan Alor Star
  8. Memperbaiki renangan aku supaya boleh masuk Ironman Langkawi 2009.

Ok, abaikan No: 8 kerana itu tak mungkin terjadi. Bukan sebab aku tak boleh berenang, tapi sebab aku tidak tahu dan pasti sempatkah aku sembahyang asar dan zohor (jama'(taqdim atau ta'khir)(?)) sepanjang masa aku berenang-berkayuh-berlari itu. Mungkin aku perlu menulis kepada penganjur untuk lepaskan aku untuk solat dengan harapan aku tidak tersungkur tidur terus waktu sujud.

Sekali lagi aku katakan abaikan saja No:8, kerana aku masih lagi belajar bagaimana menggunakan clipless pedal yang sudah pun tercalar apabila aku jatuh basikal kelmarin kerana tak sempat unclip kasut basikal itu. Juga abaikan No: 8 kerana aku masih tak dapat berlari 10km di bawah 60minit.

Tolong doakan No: 1 termasuk supaya Allah berikan aku tenaga untuk No: 2 dan No: 3.

Tolong doakan untuk Kontraktor yang disebut di No: 4 kerana silap haribulan aku akan menghempap dia dengan basikal aku ... . Maaf bukan dengan basikal aku, mungkin dengan bahan berat lain yang boleh melumpuhkannya; Jamis terlalu berharga untuk dijadikan senjata.



P/s: Jikalau kamu terdengar cerita seorang makcik bertudung kayuh basikal racing jatuh basikal dekat traffic light dengan kaki masih terlekat di "pedal"; tolong jangan percaya ianya aku. Sila hubungi aku terlebih dahulu untuk kepastian.

6 comments:

Anonymous said...

Hi Pretty Girl!

Pindah rumah boleh melebur dan mencairkankan lemak-lemak di badan. Aku dah try, dan hasilnya cukup menakjubkan.Cuma bila lepas mengemas aku makan berpinggan2 nasik dah pelbagai lauk pauk. Lapaq weyy lepas mengemas.
Akhir kata selamat berpindah rumah.

-aku budak pendang-

Anonymous said...

Boikot barangan keluaran Belanda.
minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan barangan keluaran Unilever( Knorr, Lady's Choice, Mazola, Lipton, Planta, Wall's,
Breeze, Comfort, Ekonomi Handalan, CIF, Sunlight,
Dove, Fair&Lovely, Hazeline, Impulse, Lux, Organics,
Pond's, Rexona, Sunsilk).

sapa2 yang nak putih muka, pakai saja bedak sejuk. Tak yah nak pakai fair n lovely.
-aku budak pendang-

a.n.i.Q.u.e said...

Mak aiii.. Pretty Girl you ..!!!

Kalau geng dengar jenuh gelak berguling nih.

Tu pasal lahhh yg malas nak kemas nih, takut jadi mcm tu, kang termakan 3 pinggan nasi... sapa yang nak kata I Fit lagi...??


Bedak sejuk yang Tok I bagi masih ada banyak....

Hidup Bedak Sejuk !

Aku... CikSekut said...

HAHAHAHAHAHAHAHA PRETTY GIRL YER? :p
haaaaa amik dah tergelak beso. Cite yg bagus since saya dah lama tak godek godek blog ijau ni.

apekah mcik bertudung tu namanya ann? kamu nama cikfit kan? ann la tu... awat la si ann tu jadi lagu tu. glojoh nak kayuh sampai lupa ikat kaki hehehe... kalau saya ada kat situ saya tak tau la samada saya nak tolong si ann tu atau saya tolong gelak dulu... kwn sejati dia tak akan berpura-pura kan cikfit hehehe...

a.n.i.Q.u.e said...

Sekut: Gelak sakan nampak ..... meh sini you try tengok pakai kasut tu dan kayuh... baru you tau camna ..

:-P

Aku... CikSekut said...

:D saya gelak dekat cik ann tu jeee...hehehe

saya tak taula mana satu saya patut buat, patutkah saya bersimpati atau saya gelak lagi? :P