Monday, April 28, 2008

Nenek Tua Di Pizza Hut

Hari itu aku dan Nora ke Pizza Hut Jitra, menikmati hidangan dengan lahapnya, terutamanya ahli sukan (ehem ehem ehem) yang baru kayuh basikal Jitra-Changloon-UUM.

Sekali, kami berdua terlihat seorang nenek tua dengan baju lusuh kain batik berserta beg plastik di tangan masuk ke restoran itu. Aku dan Nora memang pernah lihat nenek itu berjalan seorang diri kadang di sekitar Jitra, dan bila melihat dia, tersentuh rasa kasihan memikirkan kenapa dia dibiarkan berjalan seorang diri. Tapi bila difikirkan semula, mungkin anak cucunya sudah tidak mampun membendung keinginan nenek tua untuk keluar berjalan. Mungkin sudah habis ikhtiar mereka untuk menghalangnya dari keluar rumah.

Ok. Kembali pada Pizza Hut. Nenek itu, kami lihat berjalan dari meja ke meja seperti berbual dan bertanya khabar. Tapi kata Nora nenek tua sedang meminta wang dari orang ramai.

Kaki nenek tua akhirnya sampai ke meja kami. Kami pun menyapanya, bertanyakan sama ada dia sudah makan atau belum. Kataku " Kalau nenek nak makan duduklah... nanti saya order kan makanan. "

"Nenek mahu Pizza?"tanyaku

Dia gelengkan kepalanya. "Nek tak lalu makan.."

"Nenek mahu cappuccino ..? Kita letak whip cream..nak?"

Hehe..Ok nenek tak mahu makan atau minum cappuccino. Aku dan Nora tahu dia mahukan wang. Sambil aku buka beg tangan (ahli sukan pun ada handbag tau..) dia bertanya pada kami:-

"Kerja kat mana cek berdua nih...?"

"Saya kerja kat Alor Star" kataku sambil menghulurkan RM5 padanya.

Sambil mengambil wang tersebut nenek tua masih sempat memberitahu kami orang lain memberinya "dua ketul merah" (ya dia benar-benar guna term itu).

Sambil aku dan Nora tersengih aku kata padanya "Ya lah..depa kaya duit banyak..."

Masih mengenggam not hijau RM5 itu dia bertanya lagi.

"Kerja apa ...?"

"Saya kerja kayuh basikal..."

Nora tergelak kecil.

Nenek merenung aku dan kemudian menyua kembali pada aku not hijau itu.

"Nahh lah.. ambik lah ....."

"Eh tak payahh.... saya bagi kat nenek.."

"Ambiklah balik..satgi tak cukup duit pulak..
dah kerja pun kecik dok kayuh basikal saja.."


Sudah tentu aku tak ambil RM5 tu. Buruk siku nanti.Tapi kami kemudiannya diberitahu budak-budak pizza kat situ bahawa nenek tu memang macam tu, kalau not merah dia ambikla, kalau biru dia tak ambik........ hehehe

Kata budak pizza lagi, dia selalu masuk Pizza Hut. Sejuk katanya ada aircond. Kat luar panas.

Waktu aku dan Nora melangkah keluar dari Pizza Hut kami nampak nenek tua sedang duduk atas kerusi di situ dengan gaya yang sungguh relaks dan santai dengan kaki di letakkan di atas kerusi sebelah lagi.

Aku rasa dia tengah tunggu order "Pepperoni Delight Stuffed Crust with Extra Cheese" kot..... maklum dia dah dapat dua ketul merah dan satu ketul hijau...

Aku doakan dia selamat di jalanan.

2 comments:

Aku... CikSekut said...

keje kayuh basikal ni saya rasa tukang bawak beca je... sejak bila tukar kerjaya ni? bayangkan u pi masuk 'kandang' naik beskal... isk isk :p

a.n.i.Q.u.e said...

Hahaha... ya lah kayuh beca pun best paaaa....