Thursday, June 26, 2008

Pabila Bas Meninggalkan Aku

Kejadian seumpama ini sudah lama tidak terjadi pada aku.

Dan sudah hampir 10 tahun aku tidak menaiki kenderaan awam paling popular di negeri ini. Kali terakhir aku berulang alik naik bas ialah sewaktu aku mula bekerja dulu. Pun begitu bas itu sering menghampakan aku yang mana membuatkan aku terpaksa berjalan 4km ke bus stop di jalan besar...... dengan baju kebaya dan kasut tumit tinggi.... (ya aku kadang2 sangat feminine walaupun tidak suka memakai lipstick) kerana bas yang aku tunggu tidak muncul-muncul.

Pernah juga berlaku apabila bas tidak sampai-sampai dan oleh kerana aku sudah sangat-sangat terlewat, aku telah menahan satu kereta polis yang sedang lalu memintanya menghantar aku ke tempat kerja. Polis yang baik hati itu, walaupun agak terkejut, telah sudi menghantar aku pada pagi itu. Sebab itu walaupun ramai orang yang marah dan kata macam-macam pada Polis Malaysia, aku diamkan saja.

Dua kejadian itu (dimana yang pertama sangat kerap berlaku walaupun tanpa baju kebaya) tidaklah boleh dikira sebagai ketinggalan kerana taman yang aku duduk itu selalu dianggap oleh pemandu bas sebagai tempat orang yang berduit yang tak perlukan khidmat bas. Atas anggapan itu, pemandu bas selalu menipu syarikatnya dengan tidak mahu lalu di taman aku. Dia tidak tahu bahawa atas ketidak-prihatinannya itu, aku lah yang menjadi mangsa. Dia tidak tahu bahawa ada hamba Allah yang tidak berduit untuk beli kereta lagi waktu itu.

Ok. Balik kepada tajuk. Aku benar-benar ketinggalan bas pagi tadi bila aku "ter"bangun lewat dan sebaik sahaja aku sampai ke tempat menunggu bas, aku hanya sempat melihat punggung bas tersebut. Dengan pandangan sayu dan mata terkelip-kelip, aku terus juga memparkir kereta dan mengambil keputusan bahawa walau apa pun berlaku aku tidak akan membawa kereta. Aku bertekad untuk menunggu dengan harapan masih ada bas yang akan datang membawa aku ke tempat kerja.

Alhamdulillah, tidak sampai pun 15 minit, sebiji bas tiba dan aku sangat gembira kerana bas itu berhawa dingin.. yeahhh.... tidak seperti bas yang aku hanya sempat lihat punggungnya tadi yang seperti bas zaman P.Ramlee... bas yang baru tiba sangat selesa dengan tempat duduk yang empuk dan lapang. Kaki aku tidak lagi tersepit dengan tempat duduk depan.

Jika beginilah keadaan bas yang aku 'discover' pada hari ini pada pukul 8.15, aku rasa kalau aku 'ter'bangun lewat lagi sekali esok pun tak pa nih.......

Oh ya perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit .



Memang bas aku bas lama, tapi tidaklah seburuk ini


Ini bukan gambar kejadian sebenar antara aku dan bas

aku pakai kebaya ok !

bukan sari

:-P

5 comments:

Aku... CikSekut said...

cikfit... saya ni lagilah segala mcm mende dok tinggalkan saya... bas, kapal tebang, taxi, motor, keta sapu, bas mini... boleh kate semua la... samapi org pun ada yg tinggalkan saya. maka adanya saya amat memahami rentan jiwa cikfit ni... terimalah seadanya... kita kena jgk ubah gaya hidup *walau depa tak ubah2 pun cem hampeh*

*kan saya dah kata menjadi polis itu masih relevan utk saya. nanti dh jadi polis tahan le keta saya ye*

Anonymous said...

Cik Pretty,

sesekali naik bus zaman P Ramlee best jugak kan..

Nak naik bus mcm tu saya kena balik Pendang dulu la..tapi la ni kat Pendang pon, bas MARA, bas UTC semua aircond tip top dahhh...

-aku budak pendang-

a.n.i.Q.u.e said...

Yan... hahaha lawak lu... nak jadi Polis... !! ha ahh kalau you jadi Polis i memang minta tolong u amik I kalai miss bas lagi...

ABP: apa pun bas P Ramlee is much much better than bas mini kan kan kan kan...

Aku... CikSekut said...

itu namanye takat drebar kepada pak polisi je la bukan la polis... i nk yg pegang2 pestol tu... asik amik u miss bus je buat apa...hahaha

*kalau la masa tu ade detective muka mcm johnny depp perghhhh*

Jaja Shah said...

heepppp, aku tersedak bila ada nama joni dep, heeppppp sekali lagi