Adakalanya kita merasa tidak begitu selesa dengan sesuatu keadaan
namun kita tidak mampu berbuat apa-apa apatah lagi untuk merubahnya
Ada hati yang perlu dijaga walau jiwa sendiri sangat tidak mampu menerimanya
Cuba untuk memberontak, tapi kita bukan lagi remaja
Hari-hari memberontak bukan lagi milik kita
Menjadi dewasa memang bukan yang menyenangkan
ada masa kita terpaksa menelan dan menghirup semua
sambil menahan diri daripada meluah dan/atau memuntah
Rasa yang benar di dalam hanya mampu disimpan semat di dada
Ada kalanya batasan ugama dan adat membuat dan memaksa-maksa kita rasa bersalah
dengan perasaan dan rasa kita sendiri,
lalu kita pun lebih mudah menghakim diri sebelum orang lain menghukum
:-|
2 comments:
i faham... faham sgt... ann... gua tensi...
*time tensi je kacau u kan kan*
Ye lebih mudah kita menghakimi diri sendiri kerana kita yang lebih kenal diri kita.
Cik Pretty,
saya rindukan kapkek Cik Pretty.
-blue-
Post a Comment