Saturday, February 07, 2009

Perak Story

Agak susah bagi sesuatu parti yang dibina dan berasaskan kepentingan individu, tanpa matlamat yang lebih jitu dan utuh, untuk benar-benar berjaya. Apalagi bila logo parti juga berlukisan dari sebelah mata yang lebam. Seawal penubuhan lagi aku sudah merasakan hayat hidup yang tidak begitu lama dan pastinya akan menghadapi masaalah. 

Lebih bermasaalah lagi bila agenda peribadi dan dendam lama masih belum puas ditempiaskan. Semuanya semata-mata kerana mahu membuktikan 'beliau' mampu mengungguli kerusi pertama. Mahu menjelir lidah kepada "boss" lama bahawa "Aku tetap boleh jadi PM". Tergopoh gapah menepuk gendang menyangka ramai yang akan menyeberang. Modus Operandi yang dipakai menjatuhkan parti di Tanah Di Bawah Bayu satu masa dulu dan juga yang dipakai semasa tiada kesabaran mahu menjatuhkan No: 2 , rupanya tidak lagi boleh dipakai.

Aku juga merasakan antara punca ialah bila beberapa wakil yang dipilih untuk mewakili parti memperjuangkan hak rakyat sepertinya tidak begitu terperinci proses pemilihannya. Ada yang seperti tangkap muat sahaja. Dan ada yang dipilih juga masih belum teruji "track-record". 

Kadang orang membuat pilihan bukan kerana kamu itu hebat atau bagus. 
Ramai yang memilih alternatif yang disuakan kerana kebencianyang amat sangat dengan yang sedia ada.

Aduh, masih tidak mampukah membaca gerak lawan? Gerak teman dulu yang pernah bersama bawah satu selimut satu bantal. Bukankah ramai dari kamu orang mereka ? Sejarah sudah pernah menulis betapa kotor dan hinanya teknik yang boleh mereka gunakan. Mengapa masih juga tetap gagal  mengesannya ?

Aku sudah kata dulu, bukankah lebih baik menfokuskan 5 negeri tersebut. Tidak perlu lagi untuk bergendang menari bersorak untuk jadi Perdana Menteri. Sabarlah dulu. Buktikan dulu di lima negeri.

Tidak perlu juga menunding jari mengata musuh jahat
kerana itu memang hakikat
tetapi bolehkah ini terjadi  jika kubu sendiri KUAT ?


Ahh......Sayang seribu kali sayang. 

Negeri di tangan tergadai ke tangan orang.


:-|



2 comments:

Aku... CikSekut said...

ini yg org tua dok cakap ann...

'pelanduk selalu lupa tang mana jerat org dok selalu letak, jerat tak pernah lupa pelanduk... dia tunggu ja, pastu ngap'

-it is good to be smart but it is better to be wise-

nak tawan sana sini nampak mcm smart, tapi wise ka?

a.n.i.Q.u.e said...

Ya saya setuju ...

:-)