Thursday, April 30, 2009

LHDN


Memanglah aku ni seorang yang "Last Minute Person". Jadi untuk lebih meyakinkan lagi bahawa aku ini begitu, baru semalam aku kalam kabut cari segala jenis dokumen dan borang untuk submit income tax aku, dan pastilah dengan cara yang paling mudah, e-filing di pejabat LHDN di Anak Bukit. Sewaktu aku bersiap, Noora menalipon aku dengan tujuan untuk mengajak aku cari makan, maka aku pun memaklumkan bahawa aku harus ke LHDN dulu. 

Cikgu Noora pun berkata " Oiii aku pun tak buat lagi" dan aku pula berkata kepadanya "Jomlah ikut aku malam ni, pejabat LHDN buka sampai pukul 10 malam". Kata Noora lagi dengan penuh tanggungjawab sebagai guru "Aku tak boleh malam ni, aku ada banyak kerja. Hang pi lah dulu !" Dan dijawab oleh aku yang penuh tanggungjawab kepada Negara dan Bangsa " Hang tau dak esok last day ..??!!!?".

Kata pula Noora "Oh ya kaaaa ....??" dengan suara separa panik.

"Jom ikut aku"

"Tapi aku takdak dokumen2 semua tu .."

"Tak pa, jom ikut aku dulu malam ni, kalau ada apa tak cukup hang boleh bawa esok, kalau hang baru nak pi esok, aku rasa tak dan dah"

"Ok, ok. Hang mai amik aku"

Kami pun bergegas ke sana dengan kelajuan yang sederhana.

Beratur dan beratur dan beratur hingga sampai giliran untuk ambil nombor dan juga reset password.

Menunggu lagi dan akhirnya dipanggil untuk menggunakan komputer LHDN di Tingkat Empat.

Aku harus meluahkan rasa hormat dan kagum dengan kakitangan LHDN Kedah yang sentiasa bersedia untuk membantu tanpa menunjukkan muka letih atau marah.

Aku diletakkan di komputer yang paling belakang. Kedudukan yang baik, di mana orang tidak akan tahu dan dapat melihat"kekayaan" aku. Hahahaha

Noora aku biarkan saja di bawah.

Ramai pengguna yang memanggil-manggil pekerja LHDN untuk membantu dengan sistem komputer, termasuklah aku. Ada seorang jejaka di sebelah aku juga memanggil-manggil. Tapi yang aku bengang, dia panggil sebab katanya dia LUPA bawa Borang EA. 

Lerrrrrr.... kalau tak bawa Borang penting tu mai buat apa sini.

Kakak LHDN sangat baik menjawab segala persoalan bodoh beliau. Aku agak terganggu kerana kakak itu sepatutnya dalam perjalan untuk membantu aku dengan sistem teknikal, bukan dengan sistem daya ingatan dan kelemahan mengatur hidup sebagai warga bertanggungjawab yang tidak membawa Borang penting itu.

Jejaka masih lagi bersoal jawab dengan kakak LHDN dan beliau dilayan baik.

Aku sudah panas.

Aku memang panas.

Dengan kepanasan tersebut aku pun berpaling kepada jejaka dan berkata

"Kalau tak bawak, mai esok boleh dak..????"


Dan jejaka telah bertukar menjadi hijau dan pecah habis bajunya seraya berkata 

" Kau diam !!!!!"




Ok. Aku tipu, dia tak jadi "Hulk" pun.  Tapi aku nampak dia masih mencuba bertanya dengan mahu mengisi juga maklumat borang e-filing dengan berteka-teka saja gajinya tahun lepas.

Aku akhirnya bangun setelah berjaya membuatkan Jumlah Yang Perlu Dibayar kepada Kerajaan Pimpinan N@jib menjadi RM20.60 sahaja.


Di bawah Noora sudah sedia menunggu aku. Tidak seperti jejaka diatas, Noora mengambil keputusan untuk tidak membuat e-filing memandangkan borang2 dan dokumen yang tidak cukup.

Kami pun akhirnya pulang setelah selesai dan singgah di Jitra untuk makan.


Sekian cerita aku kali ini. 

Aku bertekad akan menyimpan semua resit pembelian buku dan majalah dengan baik selepas ini.


ps: Noora menghantar pesanan ringkas untuk aku pada pukul 5 pagi setelah beliau selesai membuat e-filing di rumah beliau.



No comments: