Wednesday, June 24, 2009

Hari Ini Satu Rejab Sudah

Sudah banyak kali aku suarakan niat aku untuk ke Jakarta. Kota idaman aku .... haha. Apakah kaitan bulan Rejab dengan Jakarta ? Sampainya Bulan Rejab ni bermakna makin dekatlah dengan BulanRamadhan.

Dan apakah kaitan Bulan Ramadhan dan Jakarta ..? Sila baca seterusnya

Ya agak gila sedikit bila jatuh cinta dengan sesuatu yang kita belum jumpa (Jakarta tidak ada telefon untuk menghubungi aku setiap hari dan bergayut selama satu atau dua jam - atau terhenti setiap tiga minit bila memakai iTalk - jadi, cinta jarak jauh dengan telefon tidak segila bila jatuh cinta dengan satu Kota)

Aku mahu berjalan-jalan di kotanya, tenggelam dalam keenakan Bahasa Indonesia yang mengasyikkan dan sentiasa mengujakan aku. Aku sudah begitu, lama sebelum Ada Apa Dengan Cinta menggila dengan anak muda Malaysia, lama sebelum Bawang Putih Bawang Merah muncul di peti TV dan lebih lama daripada umur mereka yang baru kenal Ahmad Dhani. Ya aku memang tua sudah... itu mesej lainnya.

Niat suci yang lama itu belum pernah terlaksana. Pernah tiket juga sudah dibeli .... tapi akhirnya tetap tidak menjadi.

Kata orang, bulan Ramadhan di Jakarta amat mengasyikkan.. meriah.

So, aku pun membuatlah cadangan untuk ke sana dalam bulan Ramadhan kerana teringin sangat nak sambut puasa di sana.

Tapi kata seseorang:

"Orang lain kalau teringin nak sambut puasa pun

di Mekkah ...

bukan di Jakarta"


hmmm

:-)

4 comments:

alztjdn said...

Tak perlu ke Jakarta utk menikmati keasyikan Ramadhan... ni dekat Sg. Buloh, Selangor singgah la ke Kg. Paya Jaras Hulu... sana lebih kurang Jakarta jua...

*abis la kalau mak mertua baca komen ku ini..

:-P

Aku said...

Pergi sana , automatically kita pon cakap dialek dorang. Taktau la kenapa. Tapi lebih senang utk kita berurusan, bertawar tawaran waktu berjual beli walaupon hakikatnya dorang pon tau kita dari malaysia :)

Aku said...

Cik Pretty dah tempah tiket ke sana ke?

a.n.i.Q.u.e said...

Aliza: hahahaha ya laaaaaa ... tapi mana sama wehhhh ....

Blue: ya ya memang pernah dengar kejadian mcm tu, mcm kawan saya pi 4 hari saja, balik terus cakap "nggak"
infectious sungguh bahasa depa, kagum

tak tau lagi laa bila nak pi.... plan mcm2 sangat sampai tak tahwan