Saturday, July 18, 2009

Keputusan Keputusan Keputusan

Kadang dalam hidup kita perlu membuat keputusan, mahu dibenci atau disayangi orang. Apalagi bila kamu seorang perempuan dan mengetuai satu kumpulan manusia lain.

Keputusan yang kita buat itu adalah satu keputusan yang akan pastinya melibatkan orang lain. Jadi bila satu keputusan telah diputuskan, kamu harus bersedia menerima apa saja akibat daripada keputusan yang dibuat. Harus juga mampu mempertahankan keputusan itu dan wajib tahu kenapa dan mengapa keputusan itu dibuat.

Kerana untuk menjadi seorang ketua yang baik, sebarang keputusan yang diambil hendaklah bukan berdasarkan emosi, sesuatu  yang bukan fitrah dan mudah bagi seorang perempuan. Kamu harus jadi "exceptional"  untuk menjadi seorang ketua perempuan yang dihurmati tanpa dibenci. Jangan harap bila  menjadi ketua kita akan disayangi. Jikalau ada sekalipun anak buah yang sayangkan seorang ketua, pastinya ada ketidakseimbangan di situ, paling-paling tidak pastilah anak buah itu juga adalah anak buah kesayangan ketua - "anak emas".

Malah anak buah juga, terutamanya perempuan sendiri selalunya tidak akan senang berada di bawah telunjuk perempuan yang lain. Perempuan adalah selalunya musuh kepada perempuan yang lain, satu tajuk yanng menarik yang perlukan entry lain untuk membincangkannya.

Kita tidak akan menjadi ketua yanng baik jika sentiasa bimbang tidak akan disayangi oleh anak buah. Tapi dalam masa yang sama adalah bijak jika kita juga mampu memperolehi rasa hurmat mereka.

P/s: Kadang tak payah buat keputusan atau tindakan apa-apa pun, kalau orang dah tak suka, tetap  tak suka jua ... so.. might as well......

:-)

2 comments:

Anonymous said...

Memang payah...ni lah yang berlaku kat Lin sekarang..kesian dia..

ABP

a.n.i.Q.u.e said...

ABP: lah ya ka.... memang tension .. but I know she will make it .. cuma ada dua pilihan ja kan

1. do the right thing and people hate you; or

2. just do things that will make people happy even tho its not the right thing

:-|