Sunday, August 09, 2009

Apa Itu Ujian

Ujian adalah satu atau dua dugaan 
yang membuat kamu tidak senang berduka sedih kacau tidak tenteram 
membuat kamu mahu kembali kepadaNYA 
meratap mengadu pada DIA Yang Maha Mengetahui 
Yang Tahu bahawa jika ditarik ujian itu dari kamu ... 
maka sempurnalah hidup kamu. 

Apalah ertinya sempurna hidup tanpa secubit ujian 
untuk kita balik kepada fitrah dan sujud kepada Yang Satu itu


... makanya ujian itu adalah tanda talian kasih dariNYA 
yang mahu kamu berpegang tetap pada tali itu


kata aku pada Mak

"... tanpa dugaan yang sedang Mak dan Abah lalui ini,
maka sempurnalah hidup Mak dan Abah
tiada lagi keperluan bermohon munajat merayu
kepadaNYA

bukannya susah pun bagiNYA untuk menarik ujian itu
tapi oleh kerana kasihNYA DIA
pada Mak dan Abah
maka dibiarkan saja dulu ujian itu
untuk Mak dan Abah menempuhnya "

"..banyak lagi nikmat lain yang diberiNYA
untuk gembirakan dan sejukkan hati Mak dan Abah ..

antara nikmat itu ialah pagar rumah Ann yang Ann 
cat-sendiri-sampai-sakit-satu-badan-lepas-dua-tiga-kali-
tukar-warna-dan bertong-tong-cat-dipakai ini ..."

tak ka sejuk hati Mak tengok ni....???"



keh keh keh

:-)

ps: Pagar-Pagar Cinta


2 comments:

alztjdn said...

cantik la design pagar rumah u.... rasa mcm nak tiru ja..

Anonymous said...

wahhhhhh!!cantik laaa...ni yang nak pegi rumah dia niii..hehehe

ABP