Salah satu sebabnya mengapa agak payah untuk Muslim Malaysia sekarang bergerak maju ke hadapan sebagai Muslim yang progressif adalah kerana tahap pemahaman Islam yang masih mentah. Bukan untuk memandang rendah tetapi mahu menunjuk pada satu hakikat yang jika kita semua dapat menerimanya dan mengambilnya sebagai iktibar, InsyaAllah Muslim Malaysia tidak lagi akan menjadi lapuk.
Saya hanya akan menumpukan pada satu point di mana adalah sesuatu yang amat menyedihkan kerana permasalahan hukum fardu yang wajib diketahui sedari kecil masih lagi dibahaskan pada umur 40 hingga 50 tahun. Masih lagi imam di masjid menyampaikan kulliah berkaitan cara mengambil air sembahyang yang betul, masih lagi timbul persoalan apakah yang akan terjadi jika lupa sujud sahwi selepas lupa membaca doa qunut, masih memperbetulkan bacaan Fatihah yang masih tetap salah khalqalahnya.
Tanpa menafikan pentingnya hukum-hukum dasar diingat dan diberi perhatian, tetapi tidaklah patut ianya menjadi tajuk atau topik utama lagi. Pada umur 20an ke atas lagi perkara yang patut dan perlu dibincangkan bukan lagi soal hukum qunut, tapi persoalan politik dan ekonomi Islam.
Agak bercelaru bagi sesetengah makcik dan pakcik di kampung yanng tidak dapat memahami konsep politik atau ekonomi Islam yang mahu dibawa oleh orang muda bila di surau kampung mereka masih lagi belajar menghafal sifat 20.
Wallahu a'lam
1 comment:
Betul betul, setuju 100%..:)
Post a Comment