Melihatkan nama Pengarahnya saja sudah cukup untuk saya membeli DVD ini. Maaf Pak Deddy, terpaksa beli yang bukan original. Kalau di sini memang susah mau cari yang asli.
Mengisahkan tentang Muluk (Reza Rahadian) seorang yang memiliki Sarjana Managment yang masih menganggur dan tercari-cari kerja. Beliau bertemu dengan seorang kanak-kanak "pencopet" yang akhirnya membawa beliau kepada markas kumpulan mereka seramai leabih kurang 20 orang yang beroperasi secara sindiket di bawah seorang Ketua, iaitu Jarot (Tio Pakusadewo) . Muluk membuat satu proposal kerjasama di mana hasil daripada "copetan" kanak-kanak itu, sepuluh peratus akan diserahkan kepadanya untuk dibuat modal pusingan bagi menjalankan operasi lain dengan harapan operasi yang dalam bentuk penjualan itu dapat membawa kanak-kanak itu keluar dari dunia itu.

Muluk tidak bersendirian malah turut mengajak teman sekampungnya , Shamsul (Asrul Dahlan) kutu haprak yang kerjanya asyik main judi kacau orang tapi memiliki Sarjana Pendidikan. Bersama mereka juga ialah Pipit (Tika Bravani) anak Haji Rahmat (Slamet Rahardjo), Iman mesjid kampung mereka yang kerjanya hari-hari bersms menyertai peraduan di TV atau di majalah dengan harapan satu hari boleh menang besar.
Ketiga-tiga mereka berusaha untuk membawa perubahan kepada kanak-kanak pencopet itu dengan harapan mereka tidak akan lagi terus hidup dengan cara begitu. Syamsul ditugas mengajar mereka membaca dan menulis manakala Pipit pula ditugaskan untuk mengajar agama.
Yang menarik dan ironi kepada cerita ini adalah bapa Muluk iaitu Makbul (dipegang oleh Deddy sendiri) dan bapa Pipit, Haji Rahmat adalah orang masjid yang kuat pegangan ugamanya. Bagaimana kedua-dua mereka dapat menerima anak-anak yang mendapatkan pendapatan daripada hasil wang copetan yang hukumnya HARAM.

Betapalah "matlamat tidak menghalalkan cara". Mana mungkin, walau sesuci mana niat Muluk dan teman-teman untuk menggunakan wang hasil curian, digunakan untuk menjalankan perniagaan yang halal. Ya, yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal. Tidak layak bercampur keduanya itu.
Banyak isu penting lain selain isu halal atau haram sesuatu pekerjaan, yang dibawa oleh cerita ini yang saya rasakan amat mendalam, antaranya pendidikan, kemiskinan dan isu yang paling menonjol pastilah isu korupsi. Perkataan korupsi diulang-ulang dengan penuh sindiran dan penuh mendalam dan penuh kebencian dan dibawa dibawa dengan dialog dan ekpresi yang tidak terlalu dramatik dan adakalanya lucu.

Saya suka babak di mana ketika sudah mendapat tahu sumber pendapatan anaknya, si bapa terus mengasingkan bekas menyimpan gula, garam dan kopi milik Muluk daripada bekas-bekas simpanan gula, garam dan kopi beliau.
"Nah .. gula kamu, kopi, teh"
"yang ini punya bapa..."
memang lawak
Watak sampingan ibu Pipit pula walaupun kecil tapi masih memberi impak juga. Kerjanya ibu Pipit hari-hari main gameboy atau paling tidak, teka silangkata. Masih tengiang di telinga saya ketika ibu Pipit menjerit bertannya pada suaminya "... siapa ya di Indonesia kalau yang menentukan halal atau haram..." lalu dijawab suami "MUI" (Majlis Ulama Indonesia).
Apabila mendapati bapa-bapa mereka tidak merestui dengan wang copetan yang menjadi sumber pendapatan mereka, Muluk dan Pipit terpaksa menarik diri dari projek tersebut. Saya sangat kasihan pada Syamsul yang merayu-rayu pada Muluk agar meneruskan projek tersebut kerana katanya buat pertama kali dia merasa dia berguna dan berjaya melalukakan perkara yang membawa manfaat pada orang lain. Sambil berteriak seakan hampir menangis Syamsul melaung:
Cerita ini tidak berakhir dengan semuanya bahagia dan gembira. Filem ini tetap berdiri pada realiti. Ceritanya dibiarkan tergantung kerana memang masaalah yang dibawa tidak akan pernah berkahir jika korupsi masih terus terusan berleluasa. Ada sebahagian daripada anak-anak itu yang masih tetap mahu menjadi pencopet manakala ada sebahagian yang pilih untuk menjadi penjual jalanan.
Pun begitu, mahu berjual juga susah dan mereka hampir ditangkap. Ketika ini hero hensem datang selamatkan budak-budak itu sambil berkata :-
Sangat terkesan dialog ini. Sangat tajam ! Sangat berterus terang !
Ada juga diselitkan dengan sedikit harapan pada penghujung cerita, di mana kelihatan segerombolan kanak-kanak tadika yang berbaris lalu di jalanan mengibarkan bendera Indonesia. Mungkin inilah harapan yang diharapkan oleh filem ini, pada anak-anak Indonesia yang masih mentah yang mungkin akan satu hari nanti merasakan perubahan hasil daripada jalan-jalan yang dibuka oleh mereka hari ini .. walau sekadar melalui mesej filem.
Now go and find the DVD !!! Kalau nak pinjam sila hubungi saya....
:-)
p/s: kalau filem mcm ni ada kat Malaysia time filem keluar, direktor dengan geng semua kena angkut masuk ISA .. hahaha

"tapi hurufnya lima"
"ALLAH ummi..!" jawap Pipit
"ALLAH ummi..!" jawap Pipit
Banyak perkara yang cuba diajar oleh Muluk dan teman-temannya, dari bab kebersihan (mereka hanya mandi bila hujan turun) , membaca menulis mengira hinggalah kepada agama iaitu perkara berkaitan aqidah serta fardhu-fardu lain termasuk solat. Pancasila juga diajar hingga mereka boleh hafal.
Apabila mendapati bapa-bapa mereka tidak merestui dengan wang copetan yang menjadi sumber pendapatan mereka, Muluk dan Pipit terpaksa menarik diri dari projek tersebut. Saya sangat kasihan pada Syamsul yang merayu-rayu pada Muluk agar meneruskan projek tersebut kerana katanya buat pertama kali dia merasa dia berguna dan berjaya melalukakan perkara yang membawa manfaat pada orang lain. Sambil berteriak seakan hampir menangis Syamsul melaung:
"Kamu tahu pencopet yang paling berdosa besar itu
adalah pemerintah yang korupsi"
adalah pemerintah yang korupsi"
Cerita ini tidak berakhir dengan semuanya bahagia dan gembira. Filem ini tetap berdiri pada realiti. Ceritanya dibiarkan tergantung kerana memang masaalah yang dibawa tidak akan pernah berkahir jika korupsi masih terus terusan berleluasa. Ada sebahagian daripada anak-anak itu yang masih tetap mahu menjadi pencopet manakala ada sebahagian yang pilih untuk menjadi penjual jalanan.
Pun begitu, mahu berjual juga susah dan mereka hampir ditangkap. Ketika ini hero hensem datang selamatkan budak-budak itu sambil berkata :-
"Mengapa mahu menahan kanak-kanak itu
mencari rezeki yang halal.
Mengapa tidak ditahan saja pemerintah yang korupsi itu
kerana merekalah yang menjadikan rakyat negeri ini miskin !!!"