Monday, January 10, 2011

2011 Sudah



Terlalu banyak yang selalu bermain di fikiran. Banyak observasi dibuat tentang perjalanan hidup semua yang dekat dan juga yang jauh.

Hobi yang macam-macam boleh buat diri semakin menggila.

Mesin jahit sudah tak bertempuh agak lama.

Basikal yang dua biji masih tersadai tepi dinding.

Kasut sukan beberapa pasang makin tepu jadinya


Banyak juga berfikir tentang diri dan apa yang telah dicapai selama ini dalam hidup.


Adakah bertambah ilmu

bertambah pengalaman

bertambah iman dan amal

Namun,

yang paling definite dan yakin

yang paling paling bertambah ... adalah lemak dan isi badan


(meniru kata H yang menyebut " the only thing I gained in 2010 was my weight")


kami sudah sepakat mahu kuruskan badan tahun ini.

bermula dari hari ini selepas makan KFC malam tadi.


Jangan percaya gambar di atas. H memang pandai mengambil gambar dari sudut yang buat kita kelihatan kurus


:-D

No comments: