Thursday, March 07, 2013

Suami Isteri


Lelaki bila telah mengambil keputusan utk menikahi seorang perempuan, dia telah dengan itu menerima perempuan itu seadanya, dengan semua kelebihan dan kekurangan si isteri.

Perempuan mencari lelaki yang boleh menerimanya untuk dinikahi dan bila mereka berjumpa lelaki tersebut, perasaan diterima dan dikasihi dan telah menjadi pilihan kadang mengaburi pandangannya pada lelaki tersebut dan pada ketika itu, perempuan hanya lihat pada segala kelebihan lelaki dan memandang sebelah mata akan kekurangannya. "I'll fix that later"

Dan lelaki selalunya jarang bersuara akan ketidakpuasan hatinya pada si isteri kerana atas dasar yang di atas tadi, sudah menerima seadanya, nak komplen apa lagi ...

Dan kebanyakan isteri sehingga ke akhir hayat akan sentiasa tidak merasa puas dan menerima seadanya suami mereka dan akan senantiasa mencuba 'memperbetulkan' suami mengikut acuan mereka.

Tergantung kepada kebijaksanaan suamilah untuk mengelak diri atau membiarkan diri dibuat acuan.

No comments: