Tuesday, November 12, 2013

Kadang-Kadang Ada Juga Aku Kacau Orang

Aku kenal ada seseorang ni yang memang hidup dalam dunia dia sendiri dan hanya akan membenarkan sebahagian saja orang terpilih untuk masuk dalam dunia dia, dan jika kamu memenuhi kriterianya, mungkin dia akan kenalkan kamu kepada kawan-kawan lain di dunianya itu. Jika kamu kureng atau tidak mencapai nilaian yg dia mahukan kamu hanya akan disimpan dalam almarainya saja dan ya dia akan masih tetap layan kamu dengan baik.

Kadang-kadang oleh kerana dia tidak mahu kenalkan kamu pada temannya yg lain, walaupun ada akitiviti bersama kamu dia tidak akan sebut nama kamu atau acknowledge kamu seada dan sepatutnya.

Atas alasan apa pun kenapa dia begitu aku kurang pasti.

Sampai setakat ini aku rasa kamu semua paham, aku lah tu yg disimpan dalam almari yg kadang2 dia datang melawat. Aku serius tak kisah, sebab almari aku sangat luas … hahaha

Kadang-kadang aku jenguk juga tengok dunianya.

Dan kadang-kadang secara nakal aku langkah keluar dan tonjolkan diri di dunianya …..


dan aku tahu dia sangat tidak suka .



:-P

No comments: