Monday, December 09, 2013

Pengalaman Saya Bersama Dr Martens

Ok. Saya memang agak tua dan berumur utk bercakap pasal Doc Mart.  Tapi inilah kasut yg sangat menarik perhatian saya buat masa ini. Kasut ini dah menarik perhatian berjuta peminat seluruh dunia termasuk Malaysia dan Taman Uda (rumah kami dulu). Antara penggemarnya adalah adik2 lelaki dan adik perempuan saya yg sudah lama sebelum saya  berminat dgn kasut ini.

Entah apa yang merasuk saya tidak tahu, tapi saya merasakan seperti satu urge atau rasa yg melonjak untuk dapatkan kasut ini. Adik perempuan cakap kalau nak beli, beli yg original yg katanya ada di the Gardens sebelah Mid Valley.

Saya menulis entry ini sebagai panduan kepada wanita berumur mcm saya yg peghak tak pernah beli Doc Mart dan juga buat yang tertanya-tanya mcm mana nak pilih saiz yg betul utk Doc Mart


1460

Pada satu hari minggu, sesampai saja di KL saya terus ajak Mak Abah dan Adik ke the Gardens cari kasut idaman itu. Di butik itu, kami jumpa Syuq, yg hensem lagi vogue melayan saya dan adik. Memang niat di hati  mahu cari 1460 Vintage.

1460 ni ada dua jenis.

1. Vintage Made in England; dan
2. Made in China, Thailand dan ada juga katanya Vietnam




Syuq tunjukkan saya 1460 Cherry Red Made in China, kerana Vintage katanya memang belum sampai dan tak tahu bila nak naik kapal sampai sini. Saya try saiz 6UK. Harga MIC adalah kurang separuh dari harga Vintage. Syuq cadangkan saya patut amik saiz UK7 atas sebab ianya boots yg perlukan ruang lebih utk kaki saya.




Kaki saya ni sebenarnya panjang dan nipis. Saiz 7UK tidak sesuai sebenarnya dgn kaki slim saya. Saya tak salahkan Syuq sebab sebagai pembeli, saya patut dapat rasakan sendiri kasut yg sesuai saiz dgn kaki sendiri. Walking in your own shoes kan..Bukan kasut dan kaki orang lain. Syuq hanya mencadangkan saja dan saya yg patut tidak gopoh membuat pilihan.

Tanpa fikir panjang, saya terus sahaja membeli 1460 Red Cherry itu.

Walaupun saya sudah pun membeli 1460, tapi jauh di sudut hati saya masih juga lagi mahu merasa 1460 Vintage. Tapi ya...... itulah peliknya saya ni, walaupun sudah merasakan 1460 saiz UK7 itu agak besar, tak sampai sebulan selepas itu, kerana kepingin keparat nak juga Vintage tu, saya celapak turun ke KL sekali lagi utk dapatkan 1460 Vintage yg Syuq dah tayang kat Instagram beliau.

Gila lah kan beli saiz yg sama juga, walaupun warna lain. Saya pilih hitam kali ini.





Kotaknya juga dibuat lain dari biasa.




Berbanding dengan kotak biasa yg bukan dari England.




Kalau pakai sekali sekala sekejap pergi ke kedai Pak Abu, atau berjalan dalam tempoh sejam pun tak sampai, kasut besar sedikit begitu tidaklah memberi kesan apa sangat.

Bagi Red Cherry yg saya beli memang sakit pada hari pertama, namun setelah mengikut cadangan ayahnda dan bonda (yg tak pernah pakai kasut boot pun) saya rasa lebih selesa dan tidak sakit lagi bila kamu sapukan lilin di tempat yg makan kaki kamu itu.

Ada teman cadangkan saya tokak atau gigit kasut seperti petua orang lama2 … tapi saya rasa gambaran seperti itu sagatlah huduh.




1460 Vintage Hitam seperti yg saya kata, setakat jalan tengok wayang di Jitra, tidak langsung memberi masaalah kepada saya, Alhamdulillah. Saya bahkan tidak juga perlu menyapu lilin seperti yang  dibuat pada Red Cherry. Walaupun aku perasan ianya agak lebih berat dan agak sedikittttt besar .. saya tak berapa peduli. Sangatlah berbeza perasaan yg dirasa bila pakai Vintage ini. Kulitnya lain, lebih tebal dan buatannya nampak lebih kemas.

1460 Bundle 

Ujian pertama bagi 1460 Vintage ialah bila saya ke Bangkok tempoh hari utk selama 4 hari. Saya tak bawa kasut lain. Hanya itu kasut harapan utk berjalan-jalan di Bangkok. Dan sememangnya saya memang berjalan sungguh di sana.

Vintage mula membuat perangai dan saya semakin rasa tidak selesa. Mungkin kerana berat, mungkin kerana ianya baru dan masih keras, atau mungkin kerana memang saya sungguh-sungguh berjalan, kaki saya akhirnya menjadi sakit !

Bila berjalan di Chatuchak sana saya dah mula rasa perit di urat kaki kiri. Tapi dek kerana nak bergaya, nak juga pakai boots, saya gagahi juga berjalan. Saya memang berniat dari Malaysia lagi nak tinjau-tinjau Doc Mart bundle kalau jumpa di Chatuchak .. dan ya Alhamdulillah. memang jumpa 

Di salah satu kedai yg beribu-ribu di Chatuchak tu, saya akhirnya jumpa satu kasut  1460  warna biru tua dan MIE. Tapaknya nampak haus sedikit. Tapi bila saya cuba …. ya Allah selesanyaaaaaaaaa……  dan saya tak pasti saiznya berapa,





Elok dan masih kemas


Gila lah kaannnnn. Tahu berapa harganya RM148.00. Hah… saya pun beli dan terus tukar pakai kasut bundle tu menggantikan kasut hitam Vintage itu. Memang selesa saya ulang sekali lagi ….. s e l e s a ...!



I have a feeling ini mungkin Pascal
sebab nampak lebih kecil dan mungkin saiznya UK6

Hmmm




Tapaknya saja yg agak tidak berapa elok.
but its ok for me


Kasut bundle ni umpama jodoh. Tak selalu jumpa yg sesuai dan berkenan. Kadang kita dah jumpa yg berkenan, tapi saiz pula tak ada, Kadang kita jumpa saiz yg lawa dah, tapi kasut tu pula tak lawa. Saya pun sebenarnya tak pernah lagi beli kasut bundle, tapi dek kerana Doc Mart , saya OK saja.

Dari saat itu, saya mulai yakin saiz 7UK bagi 1460 memang bukan saiz saya.


Pascal


Di Bangkok, saya tau ada dua Mall yg menjual Dr Martens, satu di Central , Siam Paragon dan satu lagi di Zen, Central World. Ada satu lagi stand alone butik Dr Martens, tapi kedainya agak sedikit jauh dari Bangkok.  Kedua-dua Siam Paragon dan Central World tidak lah jauh di antara satu sama lain. Kalau berjalan tu, lebih kurang 5 minit perjalanan saja rasanya.

Saya mulai pencarian saya di Central, Siam Paragon. Memang ada Dr Martens, di dua bahagian, satu di bahagian kasut lelaki dan satu di bahagian kasut wanita.

Seriussss ….. (Maaf Syuq) pilihan kasut di sini lebih banyak … termasuklah Clemency with heels tu … Saya memang try dan rasa mcm OK saja, tapi saiz tak ada … (hmmm heran saya masih cari juga UK7 (mabok ka apaa saya ni)). Saya try yg low cut UK6 (Jinele) dan memang nampak vogue habis …. but  I decided it was not me .




Ha ahh jumpa yg ini. Memang lawa



So saya menapak pula ke Zen Central World.

Di sinilah saya diperkenalkan dengan Pascal.

Pascal merupakan version 1460 utk wanita yg memang cuttingnya khas utk wanita. Bila saya try yg ini, barulah , buat kali keduanya saya merasa nikmat memakai Doc Mart. Pascal yg saya jumpa ni Made in Thailand. Tanpa membuang masa, tanpa menoleh kiri atau kanan, saya terus beli saja Pascal ni. Warnanya pun sangat cantik. Pembelian Pascal buatkan duit Thai Baht saya kering sekeringnya dan saya tidak lagi mampu shopping apa lagi di sana selepas itu.

:-P








Kalau tengok tapak dan cuttingnya, memang lebih kecik dari 1460 yg biasa. Kulitnya juga nipis dan kasut ini sangatlah tidak berat mcm 1460 Vintage itu yg boleh buatkan ada kurus kalau memakainya selalu untuk berjalan. Pascal is the one for women.





Nak Jual Kasut ?

Pulang saja dari Bangkok, saya mula bercongak-congak utk menjual saja Red Cherry 1460 dan juga Polley UK 6 itu. Red Cherry disebabkan saiznya dan Polley disebabkan saya rasa agak kurang sesuai dgn saya.




(Ya saya ada beli Polley UK6 Made in China untuk kononnya lebih mewanitakan saya, tapi kalau difikir balik lebih baik saya beli yg ada heels tu .. lagi lawa .. itu next time lah insyaAllah)


Saya juga mula berfikir2 mahu menjual 1460 Vintage itu, tapi hati saya sangat sangat lah berat untuk berpisah dengannya. Boot yg satu ini sangat sangat melekat di hati saya walaupun saya rasa dia antara punca saya sakit urat kaki kiri sampai seminggu.



Soles dan Solusi


Dan entah mengapa, bila saya baca satu blog ni, baru saya sedar …. "Awatlah selama ini saya tak terfikir langsung tentang soles utk atasi masaalah kebesaran boots itu …????!!!"

Tgh hari itu juga saya pergi cari soles utk saya letak dalam 1460 Vintage. Soles yg saya beli tu Watson punya dan ia dibuat free size for all … kalau saiz kecil, boleh gunting ikut ukuran tapak yg dikepilkan bersama-sama dalam bungkusan soles itu. Ada dua pasang soles bagi setiap bungkusan dengan harga yg tidak sampai RM10.00.





Mulanya saya gunting soles itu mengikut ukuran UK7 Men seperti yg diberi. Bila saya letak dalam Vintage memang masih ada ruang. Ohhhh patut laaahhhhhh ….

Inilah rahsia ukuran saiz Doc Mart , walaupun mereka dah letak UK7 tapi disebabkan ianya boots, ia telah direka untuk panjang sedikit dari saiz UK7 yg biasa. Sebab tu lah kita tak payah pakai one size bigger sebab Doc Mart yg memang Dr tu dah besarkan sedikit kasut itu untuk keselesaan kaki kita mengikut saiz biasa kita.


Dengan soles dan sarung kaki tebal (mcm utk winter season), 1460 Vintage sudah menjadi semakin selesa di kaki saya. Mungkin ujian dia selepas ini ialah apabila saya berjalan banyak pula lagi nanti insyaAllah dan kita lihat samada dia akan buat perangai lagi  atau buatkan kaki saya sakit urat kembali.



ps: Saya minta maaf jika entri ini sangat berbau keduniaan .

















6 comments:

Anonymous said...

Sy nk tanya saiz ksut yg sllu sy gnakn ialah saiz 8 so saiz berapakah yg sy ptut gunakan Untk kasut Dr mart .

a.n.i.Q.u.e said...

Saiz 8 UK atau US ?

dan tengok juga lelaki atau perempuan. 8 UK lelaki tak sama 8 UK perempuan. sebab kalau cutting perempuan (Pascal) bentuknya lebih kurus sedikit.

kalau model 1460 bentuknya memang dikatakan unisex wpun saya mensyaki ianya lebih kepada bentuk lelaki.

Unknown said...

Masih setia dgn docmart?

a.n.i.Q.u.e said...

saya dah jual semua yg lain kecuali dua 1460 MIE dan Pascal merah tu,

tu pun dok cadang nak jual Pascal tu, UK 7…

:-)

a.n.i.Q.u.e said...

saya dah jual semua yg lain kecuali dua 1460 MIE dan Pascal merah tu,

tu pun dok cadang nak jual Pascal tu, UK 7…

:-)

Unknown said...

Biasa kasot bru DM ni, mula2 pakai mmg sakit kaki, sbb tgh melalui break in process, mmg melecet kaki di buatnya, tpi lepas melalui BREAK IN Process tu, rasa mcm pakai Sneakers selesa nya, nak break in kene pakai 2 lapis stokin dan masa seminggu, nak lgi cepat sapukan shoe cream/leather balm utk. Lembut kan kulit kasut tu, senang sket break in process, pling selesa bila leather tu dah mold ikut shape kaki kita, heavennnnnnn.