
Mari Meniarap Di Depan Pintu
Aku, Suhardi dan Salwa tetap bersama di dalam kelas semasa Darjah Satu dan Darjah Dua. Seperti yang pernah aku ceritakan dulu, Salwa memang dari keluarga yang agak berada dan berkemampuan. Melihatkan dari jenis kereta ayahnya saja sudah cukup untuk kami sebagai budak sekolah menganggap Salwa bukanlah dari golongan miskin. Ditambah pula betapa dia selalu membelanja kroni-kroninya dikantin sambil jalan beramai-ramai, Salwa kelihatan sangat menonjol dan berkuasa sebagai Ketua Yang Memakai Topi Berbunga.
Aku ? Aku pula tidak popular seperti Salwa, tambahan lagi waktu Darjah Satu itu, kerana lompatan "zero-point" (tali getah) yang tidak tepat menyebabkan aku tersungkur rebah ke bumi, patah gigi hadapan. Aku memang tidak tampan dengan gigi berlubang dan tanpa wang untuk belanja kawan-kawan lain makan di kantin. Mak aku hanya bagi aku 2 kupang (RM0.20) saja untuk ke sekolah.
Walaupun aku tahu Salwa telah "cop" Suhardi dari Darjah Satu lagi, itu tidaklah menghalang aku untuk tetap berkawan dengan Salwa sebagai kawan sekelas. Bagi aku yang masih mentah ini, aku juga mempunyai rasa kekurangan diri di mana aku mengambil keputusan untuk mengundur diri. Salwa boleh memiliki Suhardi kerana siapalah aku ini untuk rapat dengan jejaka tampan itu. Suhardi pula seperti kebanyakan budak lelaki 7 tahun yang lain, tiap hari masih sibuk mengejar belalang dan bermain "combat" dan tidak tahu sepatah haram pun yang dia menjadi rebutan dua budak perempuan sekelasnya.
Antara kelebihan Salwa waku itu ialah dia sangat pandai bercerita. Setiap kali Salwa membuka mulut maka ramailah murid lain yang akan berkerumun di mejanya untuk mendengar cerita. Salwa akan bercerita tentang pelbagai perkara tetapi yang selalu menarik aku ke meja Salwa tiap kali ialah untuk mendengar cerita Salwa tentang kolam renang di rumahnya.
Aku ingin membuat pengakuan di sini; ada dua benda di dalam kehidupan kanak-kanak aku yang menjadikan aku meleleh air liur melopong bila mendengar orang menyebutnya iaitu : piano dan kolam renang. Aku memang sangat teruja tentang dua benda itu.Kamu mungkin telah baca tentang aku dan piano Motien dulu. Tapi sebelum kenal Motien aku telah terlebih dahulu kenal dengan Salwa dan kolam renangnya.
Menurut Salwa di rumahnya ada satu kolam renang yang besar. Dia dan keluarganya sering mandi manda bersama di kolam itu pada waktu petang dan masa cuti sekolah. Kamu boleh lihat muka aku tiap kali Salwa menyebut kolam renang, mata aku bersinar dan mulut aku akan ternganga dengan senyum yang terhegeh-hegeh. Salwa pula setiap kali bercerita akan siap dengan pensil dan kertas untuk melukis kolam renangnya itu. Dan aku pula tidak akan habis-habis bertanya itu ini tentang kolamnya, keluasan kolam dan juga kedalaman air di kolamnya. Dan termasuk di dalam soalan-soalan poyo aku itu ialah tentang siapa lagi yang mandi di situ,baju renang jenis dan warna apa yang dipakai, guna pelampung atau tidak dan lain-lain soalan yang hanya akan datang daripada seorang kana-kanak yang gila kolam renang dan bermain air .
Dan Salwa tidak pernah jemu bercerita dan bercerita tentang kolam renangnya kepada aku yang konon ada hati mahukan bakal suaminya, Suhardi.
Memanglah aku ini budak-budak sangat waktu itu. Dan memanglah juga aku sangat teruja dengan kolam renang Salwa dan tidak dinafikan juga bahawa Salwa bukanlah dari golonngan miskin tetapi ada "sesuatu" di dalam cerita Salwa yang aku ingat sampai sekarang yang membuatkan aku juga rasa seperti ada yang tak betul tentang cerita kolam renangnya itu.
Mana tidaknya, Salwa bercerita kolamnya yang besar itu ada empat papan anjal; setiap satu untuk Mak, Ayah, Abang dan dirinya untuk digunakan mereka untuk melompat masuk ke dalam kolam itu.
Mana ada orang buat sampai empat papan anjal untuk satu kolam !
Tapi seperti manusia lain, aku telah memilih untuk percaya hanya apa yang aku mahu percaya. Kerana biarpun cerita Salwa tidak betul seperti juga cerita piano kecil kayu Motien itu..... ianya cukup untuk aku berkhayal dan berfantasi indah tentang kolam renang. Seperti semua kanak-kanak lain di dunia ini, Salwa dan Motien juga berkhayal dan bermimpi mahukan Kolam Renang (dengan 4 papan anjal) dan Piano (yang besar)
Kami hanya kanak-kanak pada waktu itu.
Kami tidak berdosa untuk berangan.
*Izinkan aku juga untuk masih berfantasi tentang sesuatu yang telah 30 tahun lebih aku tinggalkan di mana jauh di sudut hati aku berkeyakinan kalau Suhardi di suruh memilih antara aku dan Salwa, pasti Suhardi akan memilih aku. Hahahahahaha.

Selamat Berpuasa Everybody
"Adik, kalau satu bungkus kecik ni, boleh dapat berapa "cup" ?
Setengah "cup" ka atau satu "cup"?"
"Tengoklah ... jenis cawan apa kakak pakai"
Where did you place the Quran before ?
Where was the Quran when you were campaigning for the election?
Where was the Quran when you were sitting in Parliament?
Where was the Quran in your everyday life?
"Our Lord! we have been unjust to ourselves,
and if Thou forgive us not, and have (not) mercy on us,
we shall certainly be of the losers."
Hampa salin semua yang ada dalam buku ni
"Cikgu Mat,
bila masa yang Cikgu cuti bersalin ni...????"

A wife who doesn't give due respect to her husband,
would find it hard to respect other people too.
What is wrong with
her
?

Ya Allah, janganlah bagi Popo sakit
ALHAMDULILLAH
HE is Most Knowing


"Ni No fon Najmi: 019******;
Hang tolong bagi semangat sikit kat dia.
Dia dok gheja dengar lagu....Macam aku dulu la..."
Wallahuu Abang tak kawin lainatau
Wallahuu Abang tak ada gf lain

Why dont you ask Popo
"Popo tak mau payung emas kah.....?"




"Ambiklah balik..satgi tak cukup duit pulak..
dah kerja pun kecik dok kayuh basikal saja.."
Gila dia punya resting hear rate 41bpm.
Dia suruh aku kayuh relax 60bpm.
Kalau 60 bpm aku tak payah buat apa lah....
aku tidur saja pun dah lebih 60bpm.
Mak, ann nak habak sesuatu kat mak,
ann harap mak tak terkejut...
ann dah beli basikal baru dengan topi dan spek hitam sekali..
Doakan keselamatan ann di jalanraya ..........
Nak buat apa la nak naik basikal tu.
Pikir la kita dah berumur. Tak kan elok nak naik lagi.
Istighfar banyak2.
Kalau nak naik jangan bagi adik beradik tengok .. Pi kayuh jauh2
Awat dia tak beli motor besaq ...?
Aku sudah beli basikal

Kalau tidak kerana parti yang paling berkuasa,
jalanraya depan rumah makcik ni belum tentu ada

