Monday, January 14, 2008

Larianku Yang Kurang Kencang

Aku pernah berlari.. dulu...

Aku berlari dalam 4,5 kali seminggu di mana setiap kali berlari paling kurang 3 km saja. Aku sungguh teruja dengan larian yang 'ciput' itu. Aku tidak pasti berapa minit utk setiap km aku berlari. Yang pasti aku sangat suka dan mula menjadi angkuh, sombong dan blagak.

Aku menyertai satu Larian Kebajikan, 5km. Aku sangat konfiden. Aku sangat optimist. Aku sangat berkeyakinan aku boleh menang dalam larian tersebut. Paling tidak, aku yakin aku boleh mendapat tempat 10 teratas. Aku mula mencanang pada keluarga yang aku akan masuk berlari dan berkeyakinan aku boleh menang. Mak aku mulai risau

Mak harap Ann tak menang.
Mak malu nanti kalau kawan mak tau.


Aku heran dengan Mak aku yang tidak bangga anak daranya yang masih berlari sedangkan anak orang lain sudah berlari sana sini mengejar anak-anak mereka.

Kata-kata mak tidak mematahkan semangat aku. Aku yakin aku boleh.

Pada hari larian, aku begitu cool .. begitu konfiden.. hidung kembang kempis... Pada saat berkumpul sebelum tembakan, aku membiarkan makcik-makcik itu berada di depan..


Biarlah.. aku pasti boleh mengejar mereka nanti


Bila larian bermula aku pun mula melangkah dengan bergaya.....

Aku memang bergaya berlari.

Hadiah disediakan dari tempat Pertama hingga Ke Dua Puluh.


Aku mendapat Tempat ke -21.


Makcik-makcik tua itu memang kuat berlari rupanya.

Aku jadi malu... dan tidak pernah lagi berlari semenjak dari itu hinggalah hari ini. Tapi kali ini aku tidak lagi sombong dan balagak.

Aku tak mau mak aku malu lagi....

Tuesday, January 08, 2008

Tuhan Manusia


Pantang aku bawa balik buku baru saja, mesti dia nak baca dulu.


Buku yang aku ambil dari adik aku. Akhirnya, Alhamdulillah, buat kali pertama aku dapat membaca novel Faisal Tehrani, walaupun aku telah mengikuti perkembangan penulis berjiwa besar ini sejak dari dulu lagi, dari zaman aku dan dia muda-muda dulu.....

Beberapa kali, ada ketikanya aku terpaksa berhenti membaca dan berfikir tentang apa yang dikatakannya. Ada juga sesetengahnya aku perlu membaca berulang kali untuk lebih memahami maksud yang ingin di sampai.

Ada jawapan dari buku ini terhadap persoalan yang selama ini aku cari. Untuk itu aku sangat bersyukur dan berterima kasih pada penulisnya.

Persoalan dan tema yang dibawa agak berat tetapi bagi yang mengikuti segala suka duka masaalah murtad dan pemikiran liberalism dan juga isu fahaman 'wahabiah' yang makin berkembang, novel ini pasti memberi kepuasan kepada mereka yang cintakan Islam yang tulen.

Insya Allah aku akan membuat ulasan yang lebih panjang tentang buku ini bila aku habis mengulang membacanya lagi.

Popo, buku ini tajuknya "Tuhan Manusia"
Bukan "Tuhan Kucing"
Lain kali kalau ada tajuk yang sesuai,
barulah Popo boleh baca ya, sayang

Sebenarnya, aku tak nak Popo pening kepala tentang "Pluralism" dan segala persoalan lain yang dibawa oleh buku ini. Aku takut dia makin pening, lagipun baru dua hari lepas Popo kena cucuk vaksin.




Monday, January 07, 2008

The Cycle


Ok everybody ... I'm back to running again this time ....

The cycle which revolves around running, swimming, going to gym,
basketball, baking, cooking, reading ...... !

Wish me luck !


Saturday, January 05, 2008

Kenapa Kami Menangis Hari Itu Di Pejabat

Kami telah mendapat staff baru. Ini adalah staff yang ke 5 yang sepatutnya menggantikan seorang staff yang telah tinggalkan ofis kami dua tahun lepas. Selepas daripadanya tiada seorang pun yang bertahan lebih dari enam bulan, dan yang paling singkat 2 hari.

Kami tidak tahu sama ada puncanya ialah kerusi dan meja tempat duduknya atau kedudukan meja tersebut yang mengadap dinding. Aku sudah minta mereka supaya mandikan kerusi dan meja itu dengan air bunga.

Percaya atau tidak, ramai graduan universiti yang paling utara di sini yang datang meminta kerja sebagai kerani di sini. Yang paling cekap dan pandai bekerja adalah seorang pemegang diploma tapi sayang dia juga pastinya tidak mahu bekerja dengan gaji seorang kerani di Alor Star ini.

Minggu lepas staff yang baru itu, selepas ditemuduga, telah mendapat perhatian kami untuk diambil bekerja. Katanya dia dulu pernah bekerja dengan majikan bangsa Cina yang selalu memakinya. Kami rasa dia calon yang terbaik; "if she could survive for three years being shouted and cursed by the previous employer; she would surely be able to handle the pressure of works in our office".

Tapi kami semua mengalir air mata hari itu bila diminta menulis surat ke mahkamah dia telah mengeja perkataan "mahkamah" di dalam Bahasa Inggeris sebagai :-


KOT



Thursday, January 03, 2008

John Kelabu

I found a kitten outside the gate on my way out to the office. I dont know how he got there, but he looked so fragile and vulnerable and dirty too. I guess he must have fallen into some dirty drains somewhere.

I went back into the house again and came out with some milk and wet food (Popos' obviously). He was starving alright.

When I came back that afternoon, he was within the neighbourhood, trying to eat some rice and fish thats been left by the neighbour. I thought he was so small for the rice, so I took him back and gave him milk and kibbles. I did not bring him inside the house.

Popo was not really happy with the new friend at first. He now has to share his space under my car with the new kitten. He didnt like it, I guess, because he kept coming back into the house complaining, meowing here and there (now Popo dont really usually meow) to me.

I have bought the new kitten his own kibbles, so Popo wont complain to me anymore.

I dont want to be attached to the new kitten, I just want to feed him and make him strong so he can go out and face the world on his own. It'll be difficult for me and for him if we get attached because I might have to leave him soon. I think the kitten knows that.. no strings attached, just good food and a shelter under my car.

After a couple of days, Popo is beginning to accept the new friend. Hes not jealous, he knows hes still the king of the house. He just let the kitten be.

I think I'm going to call the new cat John... After John Kelabu (go figure)


Wednesday, January 02, 2008

Air Supply Dan Motein Dan Aku

Aku mula dikenalkan kepada kumpulan Air Supply pada awal tahun 80an dulu oleh kawan yang paling-merapu-merepek si Motien. Hanya orang jiwang saja yang akan menghargai Air Supply dan Cerita Hindustan dan oleh kerana Motien adalah salah seorang Kelab Jiwang maka tidak hairanlah jika hampir semua lagu Air Supply dihafalnya. Dan oleh kerana aku adalah kawan yang rapat dengannya pada waktu-waktu itu, maka sehingga hari ini aku boleh nanyi bersama lagu “Making Love Out Of Nothing At All” tanpa perlu melihat lirik (walaupun aku agak skeptical sama ada lirik yang dinyanyikan itu betul atau tidak.. maklum sajalah kalau budak darjah enam yang salin lirik dari kaset…).

Hampir setiap petang aku menghabiskan masa aku dengan Motien, menyanyi-nyanyi sambil menulis lirik yang didengar dan berkhayal kalau-kalau Air Supply akan datang buat konsert di Malaysia, dan kami boleh pergi menonton.

Waktu itu mana ada internet lagi, dan kami yang tinggal di Alor Star yang masih budak waktu itu, tidaklah mampu membeli majalah hiburan. Jadi pengetahuan kami tentang kumpulan musik yang digilai sangatlah terhad. Yang kami tahu waktu itu tentang Air Supply ialah nama dua orang penyanyinya iaitu Graham Russell & Russell Hitchcock (Motien selalu berangan dia adalah Russel dan aku Graham sebab aku lebih tinggi anatra kami berdua dan suara aku kata Motien tak sedap macam suara dia yang dia rasa ala-ala Russel).

Pernah juga kami berpeluang menonton video Air Supply in concert dan Motien waktu itu telah jatuh cinta “yamatzzzz” pada drummer Air Supply waktu itu (yang kami penah lihat juga di cover kaset mereka). Entah informasi mana yang kami dapat, kami amat berkeyakinann mengatakan bahawa nama drummer itu ialah Rothman. Bermulalah kegilaan meroyan Motien pada Rothman yang tak dapat dibendung lagi. Aku tidak tahu apakah yang telah meracau dalam pikiran budak Motien yang berumur 13 tahun waktu itu bila saja setiap kali dia jumpa kotak rokok “Rothmans”, Motien akan mengutipnya dan menggunting nama Rothman pada kotak itu dan menyimpan kepingan nama itu di dalam buku khas “Air Supply”nya.

Sehingga hari ini aku tidak pernah mendapat kepastian betulkah nama drummer Air Supply itu “Rothman”. Yang pasti sepanjang jalan di lorong ke sekolah kami atau di sekitar taman perumahan kami, di jalan yang mana sahaja dilalui Motien, pastilah tiada lagi kotak rokok kosong jenama Rothmans di atasa tanah.

Kata Motien:-

Kesian dia dok atas jalan.


Aku juga pernah tanya Motien:-

Hang bayangkan kalaulah Air Supply mai buat konsert kat KL
dan esoknya SRP, apa hang nak buat?

Motien jawap:-

Hah ! Mestilah aku pi tengok konsert… SRP boleh amik lain……

Air Supply tak tau lagi bila nak mai pula


Tuesday, January 01, 2008

HAPPY NEW YEAR

2007 had been quite a good year, Alhamdulillah, even though there was not much changes from the previous ones.

I'm opening another chapter in my life this year, Insya Allah. I will be venturing into some new turnings with more responsibilities and commitments coming my way.

I pray for the best for whatever HE has instored for me......
Amin

Thursday, December 06, 2007

Dialog YM Di Petang Hari Lepas Aku Habih Kerja Dan Tunggu Kalau Ada Peminat Mau YM Dgn Aku

NN: so camner life kat alor setar..
Me: la ni winter kat sini
Me: below -5C
NN: ha ha ha
NN: hampa kami nak tanya yang lasagna dlm kotak tu kena rebus dulu ker
Me: ya cik.. haruslah merebusnya dulu
Me: nak mampuih makan tak rebus..
Me: terlekat kat kerengkong sapa nak tanggung
NN: ha ha ha..itulah terjadi kat kami..
NN: hi hi hi....
Me: gilaaaaaaaaaa
Me: serius..???
Me: hangpa pi telan cam tu saja,,?
Me: spaghetti ka..?
NN: no, lasagna dlm kotak tu...la
NN: not spagetti
Me: hehehe
Me: hangpa ingat keropok ka..?
Me: keropok pun org goreng dulu wehhh...!
NN: ha ha ha

Monday, December 03, 2007

Nora, Orang Sombong dan M Nasir

Aku terima SMS dari Nora

Awat Pensyarah2 ni snobbish sangat tak tau

Dan aku telah menjawab

Pasal memang tak ada isi....
Orang yang berisi akan semakin tunduk.
Alaaaaa macam M Nasir tuuuuu

Dan kata Nora pulak

Ish Ish Ish.. buleh lupa suami sendiri pulak

Please take note:-

Orang berisi yang dimaksudkan bukanlah bermakna gemuk atau tembun atau gendut. Ia lebih kepada maksud orang yang ada ilmu dan bijaksana(knowledge n wisdom) atau seperti yang selalu dibaca oleh Ustaz-Ustaz waktu Kuliah selepas Solat Maghrib "Ilmu dan Amal". Harus dan wajib kedua-duanya sekali untuk menjadi orang yang berisi, kerana ilmu sahaja tidak akan membawa apa-apa tanpa kebijaksanaan keupayaan mengaplikasikan ilmu yang ada. Sebab itu ada pensyarah, doktor, lawyer atau lain-lain orang yang merasakan dirinya sudah berilmu tapi sebenarnya masih kosong kebijaksanaannya kerana kalau benar ilmu-ilmu itu diamalkan, pastilah tiada masa mereka untuk menyombongkan diri.

Aku memang heran dari dulu sampai sekarang kenapa manusia harus sombong. Sedangkan apa saja yang kita miliki sekarang ini bukanlah hak kita yang hakiki. Pada harta yang kita milik ada hak-hak orang lain yang perlu kita tunaikan. Contoh yang paling nyata ialah konsep zakat itu sendiri. Pada harta kita ada hak-hak orang miskin dan 6 golongan lain yang layak untuk merasai sedikit daripada harta kita itu. Dan mungkin kita sendiri juga sering lupa, bahawa rezeki yang sebenarnya datang dari DIA bukan kerana siapa atau apa-apa.

Dan kalaupun kita sombong dengan ilmu yang ada.... apa lah sangat ilmu yang kita ada. Tak payahlah aku cakap tentang tujuh lautan dakwat pen yang tak akan kering.

Tapi sebenarnya kalau difikir dan direnung kembali aku ingin mengklasifikasikan golongan sombong ini kepada dua jenis:-

1. Orang Sombong Yang Insecure

Golongan sombong ini sebenarnya masih merasa tidak cukup tentang dirinya atau dalam bahasa Inggeris "insecure". Pasti ada sesuatu kekurangan yang dirasakan pada dirinya yang menyebabkan mereka terpaksa mengangkat keluar satu-satunya pertahanan diri yang terakhir yang dimiliki oleh setiap makhluk Adam; iaitu "ego". Dengan ego dan kesombongan diri inilah mereka merasa mereka dapat mengabur mata manusia dari melihat kekurangan dirinya atau paling tidak mereka juga mahu mengaburkan mata mereka sendiri daripada mengakui kekurangan yang mereka ada.

2. Orang Sombong Yang Rasa Dirinya Lebih Dari Orang Lain

Inilah golongan yang selalunya melibatkan orang-orang yang merasakan dirinya cerdik pandai dan orang lain semua bodoh sedangkan dirinya yang dia rasa pandai itu, bukanlah pandai "tera" mana sangat. Termasuk dalam kelompok ini juga ialah orang *kaya-kaya (atau hampir-hampir kaya) yang merasa bangga bila mampu mamakai beg LV dan kasut Jimmy Choo dan orang sebelahnya hanya memakai beg kain yang dibeli di Factory Outlet serta kasut Vinci. Termasuk juga di kalangan mereka ini yang membawa Merc Siri yang entah ke berapa dan disebelahnya aku yang hanya membawa kereta insan biasa .... (Maaf kereta Merc bukanlah kereta impian aku, kalau kamu bawa kereta tersebut dan kembang kempis hidung belagak depan aku, pastilah aku tak berdengki langsung).

Tanpa prejudis, aku tidak tahu siapakah pensyarah-pensyarah yang snobbish yang Nora maksudkan itu. Mungkin juga mereka itu termasuk Golongan 2 di atas yang merasa mereka layak untuk kembang hidung depan Nora yang sebenarnya lebih berisi dari mereka (err.. maksud "berisi" di sini errr... dua-dua sekali ya)

Dan aku juga berdoa agar Marlia Musa tidak berjumpa denga blog aku, kerana pastilah aku terkedu macam mana nak jawab pada Marlia tentang pengakuan Nora bahawa M.Nasir itu suaminya.







*Erti kaya yang sebenar ialah merasa cukup dengan apa yang ada. Seseorang itu masih lagi belum kaya jika masih belum merasa puas dengan apa yang dimilikinya. Contohnya aku sendiri yang masih mahukan iMac dan Canon 5D (ok 400D pun jadilah) dan.... ahhh.. abaikan sajalah.. sampai bila aku nak kaya kalau asyik nak macam2 nih.....



Friday, November 30, 2007

Sunday, November 25, 2007

Mana Ikhlasku


Mana ikhlasku bila keupayaan sebenar teruji
Melaung-laung menepuk dada memuji diri
Sedang bila saja DIA mecuba
Baru kusedar ikhlasku tercicir di jalan sana



Cinta Tiga Segi Antara Suh@rdi, S@lw@ Dan Aku

Waktu aku darjah satu dan dua dulu, mak aku hantar aku ke sekolah yang campur lelaki perempuan sebelum aku masuk Darjah 3 Merah sekolah perempuan. Bila cikgu tengok aku ni dah boleh hafal ABC baca sedikit sebanyak, maka aku pun diletakkan di kelas A, bersama-sama murid 'agak pandai' yang lain.

Dalam kelas tu, ada seorang budak lelaki yang paling cool antara murid-murid lelaki yang lain. Namanya Suh@rdi. Hensem budaknya (pada pandangan seorang aku yang berumur tak sampai 7 tahun lagi) dan memang pandai.

Dan di dalam kelas tersebut juga ada seorang budak perempuan yang kalau zaman sekarang ni, Barbie doll type. Rambut kerinting, kulit putih, bibir yang kecil, suara yang halus, yang datang sekolah pakai topi bunga besar (sampai sekarang baru aku tersedar, apalah motifnya dia pakai topi besar ada bunga sekuntum, ke sekolah). Dia datang sekolah pun ada driver yang hantar, anak orang kayalah agaknya. Oleh kerana dia selalu belanja kawan-kawan, maka dia telah mengumpul beberapa orang 'kroni' yang selalu bersama-samanya. Kira kata ciri-ciri Paris Hilton tu ada padanyalah. Namanya S@lw@.

Walaupun kami ni semua masih kanak-kanak, tarikan antara lelaki perempuan tu sudah ada. Ok. aku mengaku terus, aku memang suka pada Suh@rdi sebab dia pandai, hensem dan cool. Kalau saja Suh@rdi menegur atau bercakap dengan aku, pastilah hati aku berbunga-bunga gembira. Aku selalu berharap agar Suh@rdi juga suka pada aku.

Satu hari aku dan beberapa murid lain ditugaskan menjaga kelas sebab cikgu kelas ada mesyuarat. Maklumlah bila budak kecik diberi kuasa begitu, pasti garanglah jadinya kami, siap dengan pembaris berjalan ke hulu hilir kelas, nak pastikan kawan-kawan tak bising. Yang jaga kelas hari tu juga termasuk seorang kroni S@lw@. Bila ada saja murid yang buka suara kuat sikit, maka pembaris dan tuannya pasti sampai ke meja sipembising itu.

Aku dan pembarisku sampai ke satu meja budak yang agak becok dalam kelas.

"Hey ! Jangan bising ! Kamu bercakap kuat sangat !

Kata aku dengan bergayanya sambil menggoyangkan pembaris

Rupanya budak tu menjawab

"Hek eleehhh... belagak !
Mentang-mentang cikgu suruh jaga kelas !

Aku pun tunjukkan kan lagi kuasa

"Ya memang.. Cikgu yang suruh jaga kelas jangan bising "

Tiba-tiba dia kemudiannya menjawab dengan ayat yang buat aku terkedu.

"Hah ! Belagak ! Awak ingat saya tak tau awak tu nak kawin dengan Suh@rdi !

Makk aii.. Oopppss.. terbuka rahsia yang aku ingat orang tak tahu. Aku jadi terkejut dan tersipu dan terdiam. Semua mata dalam kelas tertumpu pada kami.

Tiba-tiba 'kroni' si S@lw@ yang berdiri dari jauh, datang dengan lajunya ke meja pertengkaran dan menghempuk pembarisnya di atas meja si becok, sambil menjerit .



"Sapa kata A***** nak kawin dengan Suh@rdi !!!!!
S@lw@ yang nak kawin dengan Suh@rdi !!!!!"


Bersambung ..........

Friday, November 23, 2007

Stressed Distressed

When a friend is in distress, she comes to me and pour everything she feels inside. And every time I listen to their stories I would :-

1. give them a different perspective for them to look at their problems. I make them see things differently; and

2. give them my advise.

The first one seems to work everytime. It sometimes helps them see things they never see before. Usually this method applied best when they are complaining or telling me matters which involve another person, I'll try to make them see where the other person is standing and why is he/she behaving that way.

The second doesn't necessarily work because most of the times, when they come to me crying, they only want my ears and my shoulder. They only need me to listen to them and not saying anything.

I think this only applies to women. Women in distress need another being, to listen to them while they pour their hearts out . Women tend to solve their problems by talking, because they will usually see things better when they start talking. They can even find their own solutions just by talking and talking.

Man on the other hand will only come and talk to you about their problems when they need solution or advise. Otherwise, they would just go to their "cave" (as being put by John Kelabu) and try to figure things on their own.

How could I forget these basic concepts !

No wonder you can only find women talking to their cats about their problems at the office !


Ps: Don't get me wrong. I ve never had a chat session with Popo.

Macam mana aku nak curah masaalah aku kat Popo,
bila tiap kali dia nampak muka tension depress aku..
terus tutup muka..
Tak mau layanlah konon.


Wednesday, November 21, 2007

Dont Get Into The Ring !!!

I am one who is against anybody who wants to be part of the drama between a married couple. I ve made a pledge to myself a long time ago not to be in the middle of that ugly situation.

But guess what, I'm in now.



On the left side of the ring ..... hereeeeeeee MR MACHO MANNNNNNN

and

On the right side ... itssssss..... MRS MACHOOOO

annnnnnnnnnnnd

In the middle of the ring .... itsssss MISS STUPIDOOOOOOOOO



You know what if ever you are stuck in that position kindly shut your mouth up. No matter how much you want to give your two sense worth of thoughts, its not going to work. Seriously. Even if you really love your friend and in the name of Allah wants the best for her, no.. don't ! Please get out of the ring.

If they get back together after that, you will look like a fool. And IF they are still at it, your advice to the friend will soon be "quote unquote" to the husband, especially when yo've said something like this:-

I tell you what, your husband's not going to change. He will do it all over again. If you want out, get out NOW when you still have the chance.

Tell me now... don't you think the husband will hunt me and let me free after hearing that ?

Me and my pledge and my big mouth.

Helpppppppppppppppppppp !



Akukah "Stalker" Itu ?

Kalau tanya kawan-kawan virtual aku (kamu tahu siapa kamu) dengan pasti mereka akan mengiktiraf aku sebagai 'stalker'.

Ya, aku mengaku aku selalu 'blog hop' membaca dari satu blog ke satu blog mengikuti cerita-cerita bloggers yang macam-macam. Walaupun "mereka" melabel kan aku sebagai stalker, aku dengan ini melabelkan diri aku sebagai "observer".

Blogging umpamanya seperti diari terbuka. Kalau dulu orang akan menjerit marah bila adik lelaki mereka mencuri buku diari untuk kemudiannya menjaja luahan hati mereka (untuk digelakkan beramai-ramai oleh ahli keluarga dan kawan-kawan adik lelaki), kini dengan blogging kita telah memberi laluan untuk dunia mengetahui isi hati dan cerita kehidupan kita (masih dengan harapan adik lelaki tidak mengetahui kewujudan blog kita atau sambil berharap kita akan terjumpa blog adik lelaki bila di google namanya).

Aku banyak belajar dari blog hop. Aku semakin mengenali pelbagai jenis rupa manusia. Membaca kehidupan harian perjalanan hidup perasaan dan rasa jiwa yang tenang bahagia atau memberontak. Dunia virtual telah memberi peluang kita mendalami dunia manusia lain tanpa perlu bersemuka dengan mereka, dan mereka juga boleh berselindung di balik blog mereka dengan meletakkan nama yang glamour atau busuk tanpa perlu memperkenalkan diri yang sebenar.

Ada blog yang aku suka dan ada blog yang aku meluat tapi masih aku baca juga. Kalau dah tak suka kenapa blognya masih dalam bookmark, yalah sebabnya kadang yang kita tak suka atau meluat itu juga ada mengajar kita sesuatu iaitu:-

" Janganlah aku jadi macam tu"

Amin.


Ini peminat setia blog aku yang mengamok bila aku tak update blog aku.
Dia stalker aku Nombor 1


Ps: Oh ya aku ada satu tip kalau nak kenal betul-betul si blogger yang kita baru jumpa blognya. Carilah dan bacalah entry mereka yang awal-awal dulu sebelum mereka terkenal (atau dikenali) kerana entry yang awal memang sangat naif dan mereka banyak menceritakan hal mereka yang sebenar di dalam entry-entry awal, maklumlah excited dapat buat blog.

Wednesday, November 14, 2007

11 November Dan Adik Aku


Hari tu hari jadi adik perempuan aku yang paling comel.

Aku juga ada tiga adik lelaki di mana dua daripadanya gagal memilih laluan hidup yang sepatutnya.

Adik kami semua yang paling kecil kini sudah besar,
sudah pandai baca buku poet orang Perancis,
the only adik yang menonton "Bicara Siswa",
yang memang rajin membeli buku yang mak aku tak faham,
selalu diskusi politik dengan abah aku dari umur dia 6 tahun
(sebab abah aku selalu cerita padanya tentang politik dunia)

Aku respek adik aku yang kecil tapi sudah besar ini
Sebab dia boleh handle mak aku yang cepat hangin itu dengan cool
dia juga pilih sendiri kasut yang mak aku bayarkan waktu umur dia 3 tahun

Dia jugalah satu-satunya adik aku yang tikam telinga aku sampai berdarah dengan antena radio sebab aku tidur tak mau main lompat-lompat atas katil dengannya.
Kami berdua menangis hari itu:
Aku menangis meraung sebab takut telinga aku pekak
adik aku menangis sebab terkejut tengok aku menangis.....

Adik aku yang tikam telinga aku hari tu sekarang dah pandai nak tikam-tikam kerajaan!

You Go Boy !!!!!

*Sorry brader.... Kakak amik gambar kat blog awak !

Tuesday, November 13, 2007

Mamat Kaki Ekor

Sewaktu aku naik bas ke mahu ke Kuala Perlis (dengan hanya membayar RM3.60 dibandingkan RM36 yang diminta oleh dreba teksi dari Shahab Perdana terus ke Jeti) aku perasan ada seorang lelaki di sebelah kerusi yang seperti memerhatikan aku. Oleh kerana dia tidak hensem dan aku pula masih tidak konfiden dengan badan aku yang belum begitu fit, aku langsung membuat muka selamba tanpa bermain mata.

Bas yang aku naik itu tidak membawa aku terus ke Jeti Kuala Perlis, malah aku perlu turun di Simpang Empat Kangar dengan harapan akan ada teksi atau bas yang akan lansung ke jeti. Lelaki tadi juga turun bersama aku.

Tiba-tiba dia menegur aku.

"Ehh Cik.. boleh tolong kasi saya empat nombor..? Muka Cik ada "ong" la..."


Aku yang rasa agak best juga sebab dia cakap muka aku "ong", terus memberi nombor kereta aku (please take note: nombor kereta aku memang penah naik, 2 kali !)

Waktu kami tunggu bas hujan mulai turun dan terus lebat bila bas yang kami tunggu sampai. Si dia berkata lagi:

"Wahh lu memang "ong".. Jumpa you saja hujan turun.."


Bila aku tanya dia kenapa dia cakap muka aku "ong" , dia cakap sebab aku pakai spek macam dia juga yang pakai spek. Memang biul kalau difikirkan macam mana memakai kaca mata adalah antara salah satu tanda bernasib baik.

Tapi, memang betul aku "ong" rasanya sebab lepas tu dia insist nak bayar tiket bas aku yang harga RM1 dari Simpang ke Jettty...

He he he

Monday, November 12, 2007

Aku Dan Cuti Ku


Aku berlari mencari diri ke Langkawi. Berbekalkan baju putih seluar khaki merah kegemaran aku serta beberapa helai baju yang disumbat dalam backpack, aku tahan teksi naik bas dan feri ke pulau-yang-paling-dekat-dengan-ofis-supaya-senang-boss-panggil-balik-kalau-ada emergency.

Aku juga bawa swimsuit dengan spek hitam yang cool serta sun protector SPF130.
Semua itu tidak berguna disebabkan cuaca mendung dan hujan hampir setiap hari.

Aku baca satu buku chick-lit dan satu buku kompilasi surat-surat isteri Dr. B@kri Musa kepada ibunya di Kanada. Buku yang pertama aku habiskan di bawah pokok kelapa yang di baca dengan spek hitam bila tidak hujan dan disambung membaca di dalam bilik, bila baju aku yang dibawahnya baju renang, basah oleh air dari langit itu.

Buku yang kedua membuatkan darah aku membuak meluat di mana aku telah dipaksa men"dwell" kan diriku dalam "pettiness" seorang perempuan putih yang berkahwin dengan pemuda Malaysia tetapi tidak bersedia untuk menerima Malaysia seadanya.

Aku bercuti seorang diri, tapi tidak ada seorang pun lelaki orang putih yang datang "flirt" dengan aku. Barangkali aku memang patut kempiskan perut dan pakai "two piece swimsuit".

Monday, November 05, 2007

Dengar Sini Anak-Anak Muda

Wahai Anak-Anak Muda Sekelian
(dan orang-orang tua yang merasa terpanggil dengan seruan ini)


Kamu kalau nak buat sebarang tindakan atau apa-perkara yang kamu rasa kamu berhak kamu lakukan atas dasar kebebasan yang kamu fikir cool,
buatlah ! silakan !

Tetapi

Jangan sampai menyusahkan orang lain !


Ingat tu... !
Ini antara konsep awal yang wajib kamu fahami
sebelum kamu diterima masuk menjadi Ahli Kelab Dewasa.


.

Sunday, November 04, 2007

Dialog Isteri Yang Izinkan Suami Kawin Lain

Kawan aku agak kecewa dengan sikap suaminya yang suka mengugutnya. Pantang bergaduh saja mesti suaminya akan mengugut, antara ugutan favouritenya ialah

"Kalau hang bla bla bla .....aku kawin lain. Sumpah aku akan kawin lain..."

Siap bersumpah lagi mahu kawin lain. Kawan aku ni kira sabar jugalah orangnya. Walau dia kecik hati dengan sikap suami, tak dak lah pulak nak melawan gila-gila dengan suaminya tu. Maklumlah kata suaminya dia ada 3 kuota lagi yang belum diisi. Walaupun kawan aku tahu, manalah suami dia mampu nak kawin sampai 3, 4 orang, hati dia tetap geram dan panas juga.

Satu hari selepas mereka bergaduh-gaduh, si suami sekali lagi menggunakan modal utamanya kata nak kawin sorang lagi. Kawan aku kali ni tak kasi "chance".

"Ok lah.. kalau betul u nak kawin lain... kawin lah. I bagi kebenaran.. I redha..."

Sambung kawan aku lagi

"Tapi dengan syarat,
you bawa I jumpa perempuan yang you nak kawin tu malam ni juga.
I nak tengok bentuk badan dia...."


"Huh...!??"

"I nak tengok badan perempuan tu bentuk macam mana,
besar ka.. kecik... boleh tahan ka badan dia
nak terima sepak terajang you yang kaki pukul tu.... "


Hamikkkkkk