Tuesday, October 21, 2003

Kematian datang bermusim. Do you think so too ? Setiap kali adanya satu berita kematian, seolahnya akan ada saja beberapa kematian yang akan berturutan. Dan kematian datang tanpa disangka, tanpa dijangka. Apa yang terjadi hari ini membuktikan itu.

Sumai Norma, salah seorang staff di tempatku meninggal dunia semalam. Puncanya : BISUL. Ha ahh.. memang susah nak percaya pada mulanya. Hanya kerana bisul boleh menyebabkan kematian. Yang aku tahu, bisul memang amat menyakitkan. Norma ada bercerita di pejabat tentang suaminya yang sakit bisul itu, sakit hingga tak boleh tidur. Dan semalamnya mereka ke klinik, Doktor tidak mahu 'operate' sehingga bisul tersebut benar-benar 'masak'. Tapi dek kerana terlampau sakit, suami Norma mencungkilnya sendiri dan akibatnya darah keluar dengan begitu banyak ... sehingga kehabisan darah. Suaminya meninggal dunia kemudiannya dalam keadaan semuanya masih kalam kabut.

Norma yang aku kenali seorang yang kuat dan tabah. Pastinya Allah tidak akan mengujinya demikan jika dia todak mampu. Norma sangat independant, dan aku tahu dia mampu mengharungi semuanya, sendirian demi tiga orang anak perempuannya.

-----------------------------------------------------------



No comments: