Kematian.
Apakah sebenarnya yang kita rasa? Kesedihan dan kedukaan yang melanda,adakah kerana rasa kehilangan,keinsafan,penyesalan atau kekosongan ?
Kita terus berjalan dan berjalan sambil menari kadanganya, sambil menangis pada sedikit waktu .... melangkah ke satu jalan yang amat pasti namun sering kita lupa. Satu destinasi yang amat yakin,yang sebenarnya mengejar kita seraya memakan usia,sedikit demi sedikit. Yang kita hampiri walau bukan dengan niat, walau bukan dengan tujuan, bukan dengan rancangan, bukan dengan kumpulan tapi semuanya dalam satu rombongan ...... menuju kembali kepadaNYA
Bekal apakah yang engkau bawa ? Bekal apakah yang AKU bawa ........
No comments:
Post a Comment