Wednesday, November 14, 2007

11 November Dan Adik Aku


Hari tu hari jadi adik perempuan aku yang paling comel.

Aku juga ada tiga adik lelaki di mana dua daripadanya gagal memilih laluan hidup yang sepatutnya.

Adik kami semua yang paling kecil kini sudah besar,
sudah pandai baca buku poet orang Perancis,
the only adik yang menonton "Bicara Siswa",
yang memang rajin membeli buku yang mak aku tak faham,
selalu diskusi politik dengan abah aku dari umur dia 6 tahun
(sebab abah aku selalu cerita padanya tentang politik dunia)

Aku respek adik aku yang kecil tapi sudah besar ini
Sebab dia boleh handle mak aku yang cepat hangin itu dengan cool
dia juga pilih sendiri kasut yang mak aku bayarkan waktu umur dia 3 tahun

Dia jugalah satu-satunya adik aku yang tikam telinga aku sampai berdarah dengan antena radio sebab aku tidur tak mau main lompat-lompat atas katil dengannya.
Kami berdua menangis hari itu:
Aku menangis meraung sebab takut telinga aku pekak
adik aku menangis sebab terkejut tengok aku menangis.....

Adik aku yang tikam telinga aku hari tu sekarang dah pandai nak tikam-tikam kerajaan!

You Go Boy !!!!!

*Sorry brader.... Kakak amik gambar kat blog awak !

1 comment:

zhfrz said...

terima kaseh kerana mengintroducekan diri ini.

tapi, tak paham kenapa ada ayat yang macam ni? Aku juga ada tiga adik lelaki di mana dua daripadanya gagal memilih laluan hidup yang sepatutnya.

terima kaseh mengingatkan memori yg saya sendiri tak pernah ingat. :)

p/s kirim salam sama SGYSHKS