Monday, November 12, 2007
Aku Dan Cuti Ku
Aku berlari mencari diri ke Langkawi. Berbekalkan baju putih seluar khaki merah kegemaran aku serta beberapa helai baju yang disumbat dalam backpack, aku tahan teksi naik bas dan feri ke pulau-yang-paling-dekat-dengan-ofis-supaya-senang-boss-panggil-balik-kalau-ada emergency.
Aku juga bawa swimsuit dengan spek hitam yang cool serta sun protector SPF130.
Semua itu tidak berguna disebabkan cuaca mendung dan hujan hampir setiap hari.
Aku baca satu buku chick-lit dan satu buku kompilasi surat-surat isteri Dr. B@kri Musa kepada ibunya di Kanada. Buku yang pertama aku habiskan di bawah pokok kelapa yang di baca dengan spek hitam bila tidak hujan dan disambung membaca di dalam bilik, bila baju aku yang dibawahnya baju renang, basah oleh air dari langit itu.
Buku yang kedua membuatkan darah aku membuak meluat di mana aku telah dipaksa men"dwell" kan diriku dalam "pettiness" seorang perempuan putih yang berkahwin dengan pemuda Malaysia tetapi tidak bersedia untuk menerima Malaysia seadanya.
Aku bercuti seorang diri, tapi tidak ada seorang pun lelaki orang putih yang datang "flirt" dengan aku. Barangkali aku memang patut kempiskan perut dan pakai "two piece swimsuit".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
cesss sapekah pompuan putih itu kawanku? putih sgt ke dia? bukan pink ke? all the mat and minah saleh shouldn't call diri mereka WHITE... they should be proud to be call PINK instead.
Bagi mata hati org seni hitam dan putih itu bukan warna... mereka ni jugak perlu di ajar semula matapelajaran lukisan la saya rasa... iaitu semua warna dalam dunia ini MESTI kena ada BALCK PIGMENT baru boleh di panggil warna...
yang pi kawin dgn mamat Melayu tu nape? yg mamat melayu pun sama gak 2x5...
eh termarah pulak...maaf tumpang lalu cik hehehe
makk aiii.. angin pejuang dia sudah mari....
lariiiii......!
hehehe... ni pejuang blakang tabir je ni... tak koser nak jadi pejuang riot riot... agaknya kalau la i ni pejuang depan tabir... fuhhhh... u rasa i can be hebat tak? :p
memang ada keturunan mat kilau kut i ni, tapi idak le pulak kebal, sekali tiup dek angin je terbang melayang ni hahaha...
Post a Comment