Thursday, August 14, 2008

Cerita Nora

Nora ada banyak cerita lawaknya yang tersendiri. Ada cerita yang dia sendiri alami dan ada yang dia dengar dari orang. Sebagai seorang guru pastilah banyak cerita lucu yang dikutip Nora sepanjang perjalanan kariernya.

Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap guru untuk mempunyai satu Buku Ringkasan, iaitu buku yang melaporkan setiap aktiviti yang dilakukakan oleh guru apabila mengajar. Mak dan Abah aku yang cikgu dulu pun ada buku ringkasan itu. Tapi kata Nora buku ringkasan sekarang lebih teruk dan lebih terperinci, kena cerita sebiji-sebiji kata Nora, matlamat pengajaran, kaedah yang digunakan, pemahaman murid dan entah apa-apa lagi lah serba-serbi yang diminta oleh Jabatan Pendidikan untuk diisi dalam buku ringkasan. Padahal, kata Nora, bukan semuanya guru-guru ikut pun apa yang ditulis.

Oleh kerana adalah sangat remehnya bagi sesetengah guru untuk menulis Buku Ringkasan, maka mereka-mereka yang malas menulis ini hanya akan kelam kabut menulis secara pecutan, apabila diminta oleh guru besar. Bayangkanlah kalau dah nak hampir setahun tak tulis Buku Ringkasan, jenuh patah tulang sendi nak menulis semuanya dalam masa yang terdekat.

Menurut hikayatnya, ada seorang guru lelaki yang sudah tidak menulis Buku Ringkasannya hampir beberapa purnama katanya. Oleh kerana guru besar sudah meminta beliau menyerahkan Buku Ringkasannya, maka pecah peluh lah guru lelaki ini, yang kita namakan sebagai Cikgu Mat saja, memandangakan berapa banyak punya benda yang dia nak kena tulis.

Maka diriwayatkan juga beliau telah meminjam Buku Ringkasan guru yang lain dan telah mengupah anak muridnya untuk menyalin setiap apa yang ditulis di dalam Buku Ringkasannya.

Hampa salin semua yang ada dalam buku ni


Bersinting lenganlah anak murid menyalin semuanya.

Dan dengan penuh lega dan senang hati kemudiannya Cikgu Mat menyerahkan Buku Ringkasannya kepada guru besar.

Namun demikian, setelah beberapa hari Cikgu Mat telah dipanggil oleh guru besar. Tertanya-tanya lah Cikgu Mat apakah sebabnya beliau dipanggil mengadap.



"Cikgu Mat,
bila masa yang Cikgu cuti bersalin ni...????"



Gulp!



Rupanya Cikgu Mat pinjam Buku Ringkasan Cikgu Rohaya yang baru saja melahirkan anak dan berada di dalam pantang.


Tidaklah pula Nora cerita apa yang terjadi pada Cikgu Mat selepas keluar dari bilik guru besar itu.



Sekian, adanya cerita.

4 comments:

Anonymous said...

hahahaha!! lawakkk reallll laa..hahahhaa..

-Aku budak pendang-

Anonymous said...

Kah kah kah! Ni boleeh hantar reader's digest!

a.n.i.Q.u.e said...

ABP & Haza:

Memang pecah perut bila dengar cerita ni ..... Lawak gila !

Nanti I suruh Nora tulis hantar kat RD.

aku yang dah mati said...

saya dulu buat ringkasan saya sendiri dlm buku ringkasan abah saya. sib baik dia rilek je.