Tuesday, August 19, 2008

Jangan Jawab Macam Tu Kat M@rtha Stewart Adik Oi

Tension dengan Emak Kepada Segala Pilihanraya, aku memilih untuk membuat kapkek. Mengikut resepi aku perlukan "1/2 Cup of Semi-Sweet Chocolate Chip". Jadi, aku dengan itu telah pergi ke satu "Kedai Keperluan Kek" yang ada di Jitra ini.

Aku ambil satu bungkus kecil semi-sweet chocolate chip dan ketika hendak membuat bayaran, aku bertanya kepada juruwang.

"Adik, kalau satu bungkus kecik ni, boleh dapat berapa "cup" ?
Setengah "cup" ka atau satu "cup"?"



Tanpa rasa bersalah kepada undang-undang peradaban masakan, M@rtha Stew@rt dan juga Chef W@n, beliau telah berkata:-


"Tengoklah ... jenis cawan apa kakak pakai"




I rest my case, My Lord.



5 comments:

Anonymous said...

kiut la adik tu punye jawapan... kehkehkeh..


-aku budak pendang-

Anonymous said...

CIK PRETTY,
SAMPAI HARI NI SAYA MASIH SABAR MENUNGGU SAMBUNGAN KISAH DI BAWAH INI...

"Cinta Tiga Segi Antara Suh@rdi, S@lw@ Dan Aku
Waktu aku darjah satu dan dua dulu, mak aku hantar aku ke sekolah yang campur lelaki perempuan sebelum aku masuk Darjah 3 Merah sekolah perempuan. Bila cikgu tengok aku ni dah boleh hafal ABC baca sedikit sebanyak, maka aku pun diletakkan di kelas A, bersama-sama murid 'agak pandai' yang lain.

Dalam kelas tu, ada seorang budak lelaki yang paling cool antara murid-murid lelaki yang lain. Namanya Suh@rdi. Hensem budaknya (pada pandangan seorang aku yang berumur tak sampai 7 tahun lagi) dan memang pandai.

Dan di dalam kelas tersebut juga ada seorang budak perempuan yang kalau zaman sekarang ni, Barbie doll type. Rambut kerinting, kulit putih, bibir yang kecil, suara yang halus, yang datang sekolah pakai topi bunga besar (sampai sekarang baru aku tersedar, apalah motifnya dia pakai topi besar ada bunga sekuntum, ke sekolah). Dia datang sekolah pun ada driver yang hantar, anak orang kayalah agaknya. Oleh kerana dia selalu belanja kawan-kawan, maka dia telah mengumpul beberapa orang 'kroni' yang selalu bersama-samanya. Kira kata ciri-ciri Paris Hilton tu ada padanyalah. Namanya S@lw@.



Walaupun kami ni semua masih kanak-kanak, tarikan antara lelaki perempuan tu sudah ada. Ok. aku mengaku terus, aku memang suka pada Suh@rdi sebab dia pandai, hensem dan cool. Kalau saja Suh@rdi menegur atau bercakap dengan aku, pastilah hati aku berbunga-bunga gembira. Aku selalu berharap agar Suh@rdi juga suka pada aku.



Satu hari aku dan beberapa murid lain ditugaskan menjaga kelas sebab cikgu kelas ada mesyuarat. Maklumlah bila budak kecik diberi kuasa begitu, pasti garanglah jadinya kami, siap dengan pembaris berjalan ke hulu hilir kelas, nak pastikan kawan-kawan tak bising. Yang jaga kelas hari tu juga termasuk seorang kroni S@lw@. Bila ada saja murid yang buka suara kuat sikit, maka pembaris dan tuannya pasti sampai ke meja sipembising itu.

Aku dan pembarisku sampai ke satu meja budak yang agak becok dalam kelas.



"Hey ! Jangan bising ! Kamu bercakap kuat sangat !


Kata aku dengan bergayanya sambil menggoyangkan pembaris

Rupanya budak tu menjawab


"Hek eleehhh... belagak !
Mentang-mentang cikgu suruh jaga kelas !


Aku pun tunjukkan kan lagi kuasa


"Ya memang.. Cikgu yang suruh jaga kelas jangan bising "


Tiba-tiba dia kemudiannya menjawab dengan ayat yang buat aku terkedu.


"Hah ! Belagak ! Awak ingat saya tak tau awak tu nak kawin dengan Suh@rdi !


Makk aii.. Oopppss.. terbuka rahsia yang aku ingat orang tak tahu. Aku jadi terkejut dan tersipu dan terdiam. Semua mata dalam kelas tertumpu pada kami.


Tiba-tiba 'kroni' si S@lw@ yang berdiri dari jauh, datang dengan lajunya ke meja pertengkaran dan menghempuk pembarisnya di atas meja si becok, sambil menjerit .




"Sapa kata A***** nak kawin dengan Suh@rdi !!!!!
S@lw@ yang nak kawin dengan Suh@rdi !!!!!"




Bersambung .........."

BILA NAK SAMBUNG NI?

-AKU BUDAK PENDANG-

a.n.i.Q.u.e said...

hahaha.. ingat saja cerita merapu merepek tu....

nanti laaa...

Anonymous said...

ye lah..saya akan terus menunggu..

-aku budak pendang-

bola2api said...

kan ada yg readymix sekarang? just beli choc cookies mix, then beli choc chips sebungkus.. ikut arahan pada kampit readymix tu, then tabur je choc chips secukup rasa.. pastu bako.. dah siap hahaha

tak yah pening dia pakai cup size apa.. A ker, B ker.. hahaha