Sunday, October 05, 2008

Namanya Saddam

Petang tadi dengan nada yang melankolik, Abah tiba-tiba teringatkan kucing lamanya yang bernama Saddam. Abah memang amat sayangkan kucing itu. Sewaktu Abah mahu berpindah ke Sungai Petani, Abah terpaksa meninggalkan Saddam di Taman Uda. Kami semua lihat Abah menangis hari itu. 

Bagi Abah tiada kucing yang begitu sempurna seperti Saddam, termasuk Popo kucing kesayangan aku itu. Abah kata Saddam kucing yang baik. Saddam juga sangat beradab sewaktu makan kata Abah. Aku juga mengakui kebaikan Saddam. Saddam tidak pernah berebut makanan dengan Arroyo (nama kucing Abah yang seekor lagi). Saddam selalu biarkan saja Arroyo makan dulu dan Saddam hanya akan berdiri di sebelah. Pun begitu Saddam memang seekor kucing yang gagah dan selalu bergaduh. Kadang bila dia pulang ke rumah, habis luka sana sini. Aku juga sebenarnya sangat sayangkan Saddam.

Setiap kali Abah pulang ke Taman Uda menziarahi kawan lamanya, Abah akan tetap singgah ke rumah lama kami mencari-cari Saddam. Setelah beberapa lama Saddam sudah lagi tidak kelihatan apabila Abah pulang menziarah. Kami semua mengagak Saddam mungkin sudah meninggal dunia.

Kata Abah tadi:-

"Agaknya Saddam memang ikut seperti Saddam pemimpim Iraq yang mati awal"


Sampuk Adik aku:-

"Habis, nak letak nama apa kalau nak bagi hidup lama, 

Mahathir??"




:-)

4 comments:

Aku... CikSekut said...

aadehhh sadis la adik u ni... kasi chance la org tua tu nak jiwang mengingat kesygan hati dia...

mana tau kut ayah u syg sgt kat saddam tu sb saddamlah yg jadi saksi cinta kasih antara dia dgn mak u ke hahahaha

kalau letak nama mahathir pun akhirnya mati le juga ... er cuma lambat la sikit... :p

Anonymous said...

keh keh keh...nama tu memang liat sket la..panjang umoqqq..

-aku budak pendang-

ayukrukoo said...

*your adik is pretty cute, to make such remark. =)*

Anonymous said...

:D