Thursday, October 18, 2007

Kawan Yang Semakin Pandai

Aku dapat tahu seorang kawan aku sudah semakin pandai, semakin menggunakan otaknya yang terlalu memikir, fikir sedalam-dalamnya sampai sudah jadi 'mereng' a.k.a sewel a.k.a tak betul atau dalam bahasa kasarnya - gila.

Katanya:-

Aku sudah tidak percaya Allah

Eshh.. payah ni.

Manusia sekarang terlalu banyak mengikut akal tanpa panduan iman hingga akal lebih banyak dipacu iblis yang sentiasa mahu membawa manusia ke laluan kesesatan. Muslim bijak pandai sekarang begitu maju ke depan hingga jika saja pendakwah mahu berhadapan dengan mereka pendakwah itu juga harus kenal siapa Arthur Rimbaud, Jean Paul Sartre dan paling lekeh harus pernah membaca karya Mark Twain.

Seorang Dai' tidak hanya cukup membaca karya Sayid Qutb kerana liberalist muslim mungkin tidak mampu membahas buku "Fi Dhilalil Quran".


2 comments:

zhfrz said...

mungkin apa yang dia lakukan tu hanya melawak. pelik juga, diusia yang macam itu pun ada juga yang hanya tahu menelan bulat-bulat saja?

mungkin sepatutnya dia disarankan membaca Sophie's World sebelum dia bereksperimen dengan yang otai-otai...

kalau tak percaya agama takpa lagi, tapi tak percaya tuhan ni, macam berfalsafah tak habis ja rasanya. sebab musabab jenis apa yg dia fikirkan?

sartre sendiri pernah kata 'manusia dihukum untuk bebas'. dan maksudnya yang saya paham, mestilah sartre setuju tentang Kuasa yang menghukum manusia tu.

atau, cik sembang tak habis lagi kot dengan dia? ada lagi yang belum dikorek?

cik pon jangan la gelabah cepat sangat menghukum orang lain. mungkin laskar cinta volume 1 dan 2 yang cik dengar boleh sikit membantu?

a.n.i.Q.u.e said...

"kalau tak percaya agama takpa lagi,"

Kalau frasa ini yang kamu pakai, kamu tidak layak memberi komen di sini.

Orang tua bersembang jangan masuk campur. Nah ambil dua puluh sen pergi main jauh2......