Saturday, October 11, 2008

Jodoh Dan Aku - (Jodohkan Aku)

Jodoh itu adalah rahsia Allah. Tak ada siapa-siapa yang mampu mengungkap apa yang hanya DIA ketahui. Sesuatu yang di luar kekuasaan dan kemampuan akal kita. Sesuatu yang merupakan tentang esok, masa depan yang hanya akan kita ketahui bila ianya menjadi hari ini. Kita hanya mampu merancang dan berikhtiar sedangkan hakikat jodoh itu masih lagi tergantung dan menjadi milikNYA sahaja.

Sering saja kita manusia ingin mengungkap perkara yang bukan di bawah kemampuan dan kekuasaan kita kerana kadang kita merasakan semua perkara boleh diatur, boleh sahaja diusahakan.  Kita lupa kadang ada perkara dan bukan satu perkara sahaja yang masih penentunya adalah DIA. Kamu hanya mampu berdoa moga siapa saja yang diberikanNYA kepada kamu sebagai jodoh kamu adalah yang terbaik. Pun begitu, yang terbaik itu hukumnya bukanlah semestinya yang kamu sukai. Tapi ya, terbaik buat kamu kerana mungkin jodoh itu yang memberi kebaikan buat kamu. Walau jodoh kamu itu bukan orang yang baik di akal fikiran kamu, tapi bagiNYA jodoh itulah yang akan membuat kamu lebih mendekatkan diri kamu kepadaNYA. 

Dan aku amat pantang kalau yang berkata aku tidak bernikah kerana aku terlalu memilih. Berikan aku satu alatan dan aku akan ketuk orang yang berkata itu terutamanya bila yang berkata itu sendiri waktu mahu berkahwin dulu hanya mahu satu-satunya lelaki yang dimatanya itu saja dan menolak habis cinta lelaki lain. Bukankah memilih namanya itu, bezanya dia memilih dan bertemu dengan pilihannya pada usia yang awal sedang aku seperti biasa selalu membuat pilihan bila kedai sudah hampir tutup.

Kadang aku fikir, jodoh juga berkait rapat dengan diri aku sendiri. Mungkin aku sendiri belum bersedia. Sekalipun aku menjerit memberitahu dunia aku telah bersedia, mungkin jauh di dalam diri aku, aku sendiri yang merasa takut; takut untuk terikat. Takut kepada kepada kehilangan kebebasan yang aku miliki sekarang. Takut samada aku layak menjadi isteri dan ibu yang baik. Ketakutan yang hanya aku dan DIA tahu. Pastinya DIA tidak akan mengabulkan doaku jika aku sendiri belum rela melepaskan ketakutan aku itu. Pasti DIA tidak akan memberi permaidani merah bagi bakal suami aku itu melangkah ke arahku jika aku belum bersedia.

Aku tidak tahu bila aku akan bersedia. Aku tidak tahu apa benar ketakutan itu yang masih mengikat aku. Aku tidak tahu. Rahsia aku yang hanya DIA yang tahu.

Dan jodoh juga seperti maut. Agak lawak bila  orang semua boleh menerima rahsia dan taqdir kematian tapi dalam masa yang sama masih mempersoal dan tertanya-tanya tentang jodoh.

Nah, bila saja kamu bertanya aku:-

"Bila kamu akan bernikah?"


Seperti saja kamu bertanya aku:-

"Bila kamu akan mati?"



:-P

9 comments:

Anonymous said...

Wah berat ni.. sama kan jodoh dengan mati.. tetapi benar, yang sudah tertulis sebelum kita lahir - jodoh, mati. But I think kita kena byk2 DOA dan BERUSAHA. The rest leave it to God. Sama seperti mati - yang penting kita beramal dgn jujur - terpulang kepada Tuhan menilai. :)

ayukrukoo said...

*know what, u oughta be a chooser, not a begger to begin with, no? vain? yes, but thats what i answer to those kinda q's coz i/we deserve the best/great. =) tak kan nak tangkap muat je kot? tsk. tsk.*

Aku... CikSekut said...

Cikfit:
I pun tak paham apa la sgt yg nak diberatkan soal jodoh ni. Mcm tak ada hal lain yg lebih penting dan muktamar selain dari soal jodoh nak pulak kalau balik kampung time raya, kan? kecoh la soal jodoh.

Apakah yg nak dikecohkan sgt kalau ada manusia yg tak kawin pun? bg i (mungkin i je la kut yg pikir mcm ni), kalau i korek langit 7 lapis, bumi 7 lapis sekalipun kalau dah Allah tu ckp belum masanya utk kamu dapat jodoh tu or Allah dah stated dalam luh mahfuz i ni, kamu ciksekut... kamu tiada jodohnya hingga akhir hayat kamu... maka tak adalah jodoh saya.

usaha dan doa tu bolehla tapi jgn la over sampai rasa rendah diri, sampai nanges2 merembes bila tgk kengkawan sanak saudara dah beranak pinak... bg i tu dah mcm menyesali kehendah Allah la pulak. kalau kawin pun mana kita tau depa tu bahagia ke tak? mandai je suh kawin cepat ingat kawin tu mcm kawin zaman kekecik dulu ke?

entahla, bg i soal jodoh bukan kerja muktamar kita, kita boleh doa dan usaha mana yg mampu selagi tak bertentangan dgn agama...

note: i masih ingat dlm one of my entry i pernah jwb soal my mom kenapa tak nk kawin lagi...

"jodoh yan org putih mak, dia salah tgk peta, nak mai melaysia alih2 silap tgk peta dah naik plane pi indonesia. Lansung tak jumpa-jumpa sampai la ni."

... and she never mention abt kawin to me lagi sampai akhir hayat dia :p

Jaja Shah said...

haaa tu diaaa si biskut punya karangan

cik fit: boleh saya tumpang 'menangis' di entry ni? :p

p/s: biskut ko jgn bagi khutbah kat aku selepas komen ini, hahahaha

Aku... CikSekut said...

Ciken... takpa, chek suka khutbah LIFE ja kat hang... lagi syok. kat cikfit ni chek bg khutbah manje jaaa... HANG SIAP!

a.n.i.Q.u.e said...

Aliza: Ya .. doa dan usaha.. doa dan usaha...doa dan usaha...doa dan usaha...doa dan usaha...doa dan usaha...doa dan usaha

*mine*: some people still think that getting married is like going to the mall, you can browse and pick. But just because you dont get what you want at the mall, do we have to pick just about any Tom Dick and Harry on the street... (apa aku cakap nih..?)

Yan: Mak aiii karangan ko .... Pandai kau goreng ehh pasal omputih yg silap beli tiket tu..... Ces!

Ciken: Nangis jangan tak nangis Ciken....

:-P

Aku... CikSekut said...

uppsss! i mmg pandai hahaha mekasih *mode malu kucen ni*

Anonymous said...

cocok persis sama prinsipku, niq.... boleh ya postingmu ini aku kutip dalam blogku?

a.n.i.Q.u.e said...

Ijul: hehehe ya silahkan Jul. I'm flattered...