Friday, October 02, 2015

Pahlawan Keyboard

Dunia internet sekarang makin canggih, makin laju, makin mantap. Setiap apa yg kamu tulis dan paparkan di dunia maya ini, seakan terpahat di langit dan tak mampu ditarik balik lagi. Setiap patah yg tertancap itu bagaikan terus kekal tiada upaya dipadamkan lagi. 

Namun satu kebaikan yg masih ada ialah , kehangatan sesuatu isu itu tidak selalunya berpanjangan. Walaupun panas pedih kamu ditikam senjata pahlawan keyboard , sakitnya tidak lama, kerana setiap hari masih tetap ada saja skandal baru yang mahu dibicarakan orang dan pedang yg menikam kamu tadi akan beralih pula untuk menikam orang baru.

Begitulah yg terjadi bila kerboard warrior menjadi gila dan amok. Ya selalunya begitulah. Ramai yg komen bagaikan orang yg amok. Kerana orang yg sedang amok selalunya tiada upaya lagi untuk menggunakan akalnya, segala tindakan akan mengikut perasaan. Kerana itulah orang yg sedang amok akan menikam sesiapa saja yg dirasakan tidak betul dan harus dibunuh.

Pun begitu masih ada yg waras dan tenang yang mampu memberikan buah buah komen yg mengikut logik akal. Yg baik akan dipuji yg buruk akan dihina. Namun begitu definasi "baik" dan "buruk" sekarang sudah terlalu bebas. Kadang yg kamu fikirkan baik, tapi masih juga mendapat penghinaan, dan adakala yg kamu rasa buruk ditulis orang, rupanya masih ramai yg  berlari ke depan mengatakan ianya baik.

Maka timbangan apakah yang mahu kamu pakai, dan kamu pun beralih kepada timbangan agama. Kamu berlari mencari ustaz ustaz yg kamu rasakan betul. Tiba-tiba kamu dapati sesama ustaz sesama orang ugama juga masih tetap mereka bertelingkah. Walaupun emosinya masih terkawal namun kamu masih juga pening kerana mereka semua berlawan hujah dgn hujah. Dan kamu yg bersekolah Inggeris ini makin gelisah …..

Mahu ke mana lagi kamu beralih arah ….?