Saturday, December 28, 2013

Bye Bye Cherry Red




Akhirnya setelah beberapa minggu di Mudah, Cherry Red berjaya dijual. Alhamdulillah. Saya berharap dia akan berbahagia dengan tuan yang baru.




Monday, December 09, 2013

Pengalaman Saya Bersama Dr Martens

Ok. Saya memang agak tua dan berumur utk bercakap pasal Doc Mart.  Tapi inilah kasut yg sangat menarik perhatian saya buat masa ini. Kasut ini dah menarik perhatian berjuta peminat seluruh dunia termasuk Malaysia dan Taman Uda (rumah kami dulu). Antara penggemarnya adalah adik2 lelaki dan adik perempuan saya yg sudah lama sebelum saya  berminat dgn kasut ini.

Entah apa yang merasuk saya tidak tahu, tapi saya merasakan seperti satu urge atau rasa yg melonjak untuk dapatkan kasut ini. Adik perempuan cakap kalau nak beli, beli yg original yg katanya ada di the Gardens sebelah Mid Valley.

Saya menulis entry ini sebagai panduan kepada wanita berumur mcm saya yg peghak tak pernah beli Doc Mart dan juga buat yang tertanya-tanya mcm mana nak pilih saiz yg betul utk Doc Mart


1460

Pada satu hari minggu, sesampai saja di KL saya terus ajak Mak Abah dan Adik ke the Gardens cari kasut idaman itu. Di butik itu, kami jumpa Syuq, yg hensem lagi vogue melayan saya dan adik. Memang niat di hati  mahu cari 1460 Vintage.

1460 ni ada dua jenis.

1. Vintage Made in England; dan
2. Made in China, Thailand dan ada juga katanya Vietnam




Syuq tunjukkan saya 1460 Cherry Red Made in China, kerana Vintage katanya memang belum sampai dan tak tahu bila nak naik kapal sampai sini. Saya try saiz 6UK. Harga MIC adalah kurang separuh dari harga Vintage. Syuq cadangkan saya patut amik saiz UK7 atas sebab ianya boots yg perlukan ruang lebih utk kaki saya.




Kaki saya ni sebenarnya panjang dan nipis. Saiz 7UK tidak sesuai sebenarnya dgn kaki slim saya. Saya tak salahkan Syuq sebab sebagai pembeli, saya patut dapat rasakan sendiri kasut yg sesuai saiz dgn kaki sendiri. Walking in your own shoes kan..Bukan kasut dan kaki orang lain. Syuq hanya mencadangkan saja dan saya yg patut tidak gopoh membuat pilihan.

Tanpa fikir panjang, saya terus sahaja membeli 1460 Red Cherry itu.

Walaupun saya sudah pun membeli 1460, tapi jauh di sudut hati saya masih juga lagi mahu merasa 1460 Vintage. Tapi ya...... itulah peliknya saya ni, walaupun sudah merasakan 1460 saiz UK7 itu agak besar, tak sampai sebulan selepas itu, kerana kepingin keparat nak juga Vintage tu, saya celapak turun ke KL sekali lagi utk dapatkan 1460 Vintage yg Syuq dah tayang kat Instagram beliau.

Gila lah kan beli saiz yg sama juga, walaupun warna lain. Saya pilih hitam kali ini.





Kotaknya juga dibuat lain dari biasa.




Berbanding dengan kotak biasa yg bukan dari England.




Kalau pakai sekali sekala sekejap pergi ke kedai Pak Abu, atau berjalan dalam tempoh sejam pun tak sampai, kasut besar sedikit begitu tidaklah memberi kesan apa sangat.

Bagi Red Cherry yg saya beli memang sakit pada hari pertama, namun setelah mengikut cadangan ayahnda dan bonda (yg tak pernah pakai kasut boot pun) saya rasa lebih selesa dan tidak sakit lagi bila kamu sapukan lilin di tempat yg makan kaki kamu itu.

Ada teman cadangkan saya tokak atau gigit kasut seperti petua orang lama2 … tapi saya rasa gambaran seperti itu sagatlah huduh.




1460 Vintage Hitam seperti yg saya kata, setakat jalan tengok wayang di Jitra, tidak langsung memberi masaalah kepada saya, Alhamdulillah. Saya bahkan tidak juga perlu menyapu lilin seperti yang  dibuat pada Red Cherry. Walaupun aku perasan ianya agak lebih berat dan agak sedikittttt besar .. saya tak berapa peduli. Sangatlah berbeza perasaan yg dirasa bila pakai Vintage ini. Kulitnya lain, lebih tebal dan buatannya nampak lebih kemas.

1460 Bundle 

Ujian pertama bagi 1460 Vintage ialah bila saya ke Bangkok tempoh hari utk selama 4 hari. Saya tak bawa kasut lain. Hanya itu kasut harapan utk berjalan-jalan di Bangkok. Dan sememangnya saya memang berjalan sungguh di sana.

Vintage mula membuat perangai dan saya semakin rasa tidak selesa. Mungkin kerana berat, mungkin kerana ianya baru dan masih keras, atau mungkin kerana memang saya sungguh-sungguh berjalan, kaki saya akhirnya menjadi sakit !

Bila berjalan di Chatuchak sana saya dah mula rasa perit di urat kaki kiri. Tapi dek kerana nak bergaya, nak juga pakai boots, saya gagahi juga berjalan. Saya memang berniat dari Malaysia lagi nak tinjau-tinjau Doc Mart bundle kalau jumpa di Chatuchak .. dan ya Alhamdulillah. memang jumpa 

Di salah satu kedai yg beribu-ribu di Chatuchak tu, saya akhirnya jumpa satu kasut  1460  warna biru tua dan MIE. Tapaknya nampak haus sedikit. Tapi bila saya cuba …. ya Allah selesanyaaaaaaaaa……  dan saya tak pasti saiznya berapa,





Elok dan masih kemas


Gila lah kaannnnn. Tahu berapa harganya RM148.00. Hah… saya pun beli dan terus tukar pakai kasut bundle tu menggantikan kasut hitam Vintage itu. Memang selesa saya ulang sekali lagi ….. s e l e s a ...!



I have a feeling ini mungkin Pascal
sebab nampak lebih kecil dan mungkin saiznya UK6

Hmmm




Tapaknya saja yg agak tidak berapa elok.
but its ok for me


Kasut bundle ni umpama jodoh. Tak selalu jumpa yg sesuai dan berkenan. Kadang kita dah jumpa yg berkenan, tapi saiz pula tak ada, Kadang kita jumpa saiz yg lawa dah, tapi kasut tu pula tak lawa. Saya pun sebenarnya tak pernah lagi beli kasut bundle, tapi dek kerana Doc Mart , saya OK saja.

Dari saat itu, saya mulai yakin saiz 7UK bagi 1460 memang bukan saiz saya.


Pascal


Di Bangkok, saya tau ada dua Mall yg menjual Dr Martens, satu di Central , Siam Paragon dan satu lagi di Zen, Central World. Ada satu lagi stand alone butik Dr Martens, tapi kedainya agak sedikit jauh dari Bangkok.  Kedua-dua Siam Paragon dan Central World tidak lah jauh di antara satu sama lain. Kalau berjalan tu, lebih kurang 5 minit perjalanan saja rasanya.

Saya mulai pencarian saya di Central, Siam Paragon. Memang ada Dr Martens, di dua bahagian, satu di bahagian kasut lelaki dan satu di bahagian kasut wanita.

Seriussss ….. (Maaf Syuq) pilihan kasut di sini lebih banyak … termasuklah Clemency with heels tu … Saya memang try dan rasa mcm OK saja, tapi saiz tak ada … (hmmm heran saya masih cari juga UK7 (mabok ka apaa saya ni)). Saya try yg low cut UK6 (Jinele) dan memang nampak vogue habis …. but  I decided it was not me .




Ha ahh jumpa yg ini. Memang lawa



So saya menapak pula ke Zen Central World.

Di sinilah saya diperkenalkan dengan Pascal.

Pascal merupakan version 1460 utk wanita yg memang cuttingnya khas utk wanita. Bila saya try yg ini, barulah , buat kali keduanya saya merasa nikmat memakai Doc Mart. Pascal yg saya jumpa ni Made in Thailand. Tanpa membuang masa, tanpa menoleh kiri atau kanan, saya terus beli saja Pascal ni. Warnanya pun sangat cantik. Pembelian Pascal buatkan duit Thai Baht saya kering sekeringnya dan saya tidak lagi mampu shopping apa lagi di sana selepas itu.

:-P








Kalau tengok tapak dan cuttingnya, memang lebih kecik dari 1460 yg biasa. Kulitnya juga nipis dan kasut ini sangatlah tidak berat mcm 1460 Vintage itu yg boleh buatkan ada kurus kalau memakainya selalu untuk berjalan. Pascal is the one for women.





Nak Jual Kasut ?

Pulang saja dari Bangkok, saya mula bercongak-congak utk menjual saja Red Cherry 1460 dan juga Polley UK 6 itu. Red Cherry disebabkan saiznya dan Polley disebabkan saya rasa agak kurang sesuai dgn saya.




(Ya saya ada beli Polley UK6 Made in China untuk kononnya lebih mewanitakan saya, tapi kalau difikir balik lebih baik saya beli yg ada heels tu .. lagi lawa .. itu next time lah insyaAllah)


Saya juga mula berfikir2 mahu menjual 1460 Vintage itu, tapi hati saya sangat sangat lah berat untuk berpisah dengannya. Boot yg satu ini sangat sangat melekat di hati saya walaupun saya rasa dia antara punca saya sakit urat kaki kiri sampai seminggu.



Soles dan Solusi


Dan entah mengapa, bila saya baca satu blog ni, baru saya sedar …. "Awatlah selama ini saya tak terfikir langsung tentang soles utk atasi masaalah kebesaran boots itu …????!!!"

Tgh hari itu juga saya pergi cari soles utk saya letak dalam 1460 Vintage. Soles yg saya beli tu Watson punya dan ia dibuat free size for all … kalau saiz kecil, boleh gunting ikut ukuran tapak yg dikepilkan bersama-sama dalam bungkusan soles itu. Ada dua pasang soles bagi setiap bungkusan dengan harga yg tidak sampai RM10.00.





Mulanya saya gunting soles itu mengikut ukuran UK7 Men seperti yg diberi. Bila saya letak dalam Vintage memang masih ada ruang. Ohhhh patut laaahhhhhh ….

Inilah rahsia ukuran saiz Doc Mart , walaupun mereka dah letak UK7 tapi disebabkan ianya boots, ia telah direka untuk panjang sedikit dari saiz UK7 yg biasa. Sebab tu lah kita tak payah pakai one size bigger sebab Doc Mart yg memang Dr tu dah besarkan sedikit kasut itu untuk keselesaan kaki kita mengikut saiz biasa kita.


Dengan soles dan sarung kaki tebal (mcm utk winter season), 1460 Vintage sudah menjadi semakin selesa di kaki saya. Mungkin ujian dia selepas ini ialah apabila saya berjalan banyak pula lagi nanti insyaAllah dan kita lihat samada dia akan buat perangai lagi  atau buatkan kaki saya sakit urat kembali.



ps: Saya minta maaf jika entri ini sangat berbau keduniaan .

















Tuesday, November 12, 2013

Persepolis

Ini adalah kali kedua aku menjengah dunia Marjane Satrapi. Eh kali ketiga, kali pertama melalui filem dari buku ini beberapa tahun yang lalu. Kali kedua melalui satu lagi buku grafiknya , Peplum ehhh salah Chicken With Plums. Peplum tu fesyen baju kurung pendek kembang tu .

Dan ya kali ketiga ialah dengan membeli dan membaca buku grafik novel Perssepolis ini.




Novel ini menceritakan tentang suasana gelodak Iran pre-revolusi oleh Ayatollah. Bagaimana masyarakat liberal Iran, secara khususnya Marjane sendiri, menerima revolusi besar itu. Bagi yang fundamentalis pastilah cerita-cerita kejayaan jihad itu sudah banyak dibaca dan didengarkan. Aku sendiri jarang jumpa (tak pernah cari) buku sekelompok masyarakat Iran yang lain yang bukan dari penyokong Ayatollah. Aku tak sebut disitu penyokong Revolusi kerana pada awalnya memang golongan liberal juga, mengikut cerita Marjane yang memang menyokong dan mahukan perubahan di Iran. Dan revolusi pada asasnya memang diraikan oleh hampir semua rakyat Iran.


Aku suka cerita Marjane. Aku rasa dia jujur. Walaupun ada benda yg agak aku kurang selesa, tapi aku rasa keselesaan aku adalah sangat tidak adil. Dia dan aku dari dunia yang berbeza, walaupun satu agama. Inilah antara punca masaalah yang aku lihat dalam masyarakat Islam bilamana pihak-pihak akan menghukum pihak lain berdasarkan acuan kasutnya sendiri. Marjane dari keluarga liberal yg aku lihat memang tidak pun mengamalkan ajaran Islam sebenar seperti intepretasi kamu , kamu dan kamu. Jadi kamu, kamu dan kamu akan rasa agak kekok bila baca cerita Marjane dan kehidupan liberal dan bebas beliau. Tapi kamu, kamu dan kamu tak perlu lah terkejut sangat, tak payah baca cerita Marjane, kat mana-mana dunia pun ada keluarga yang sebegitu, kat Malaysia pun banyak. Tak payahlah kita menghukum mereka bila mana kita pun belum tentu kukuh lagi kedudukan kita di mata Allah.






Marjane agak bias dengan pejuang-pejuang jihad revolusi yang dirasakannya agak ekstrim. Ya lah Marjane pakai tudung dengan kasut Nike pun dikatakan "punk". Pakai sock merah pun kena tahan. Nak beli kaset-kaset zaman itu seperti Duran-Duran ka Bee Gees ka dan yang sewaktunya kena beli di pasar haram. Nak beli poster rock ? Jangan haraplah. Ada sekali bapa Marjane dan ibunya berpeluang bercuti di Eropah dan Marjane minta belikan poster Kim Wilde. Ibunya terpaksa gunting jaket labuh ayahnya dan letakkan poster besar itu di lapisan dalam jaket dan kemudiannya menjahitnya semula. Walaupun bapanya agak janggal berjalan dengan jaket yang sepertinya diletakkan span tinggi di kedua-dua bahu, mereka terlepas juga sekuriti ketat airport di Iran dan Marjane dapat juga lekat poster2 itu di biliknya.

Marjane telah dihantar ibunya waktu umur 14 tahun keluar belajar di Austria. Sebenarnya ramai keluarga Iran yang kaya waktu itu menghantar anak mereka belajar di luar negeri , apatah lagi kalau anak lelaki kerana dibimbangi akan dipanggil menjadi askar. Iran waktu itu sangat kacau bilau walaupun revolusi telah berjaya tetapi perang  Iran-Irag yang menyusuli pula. Di negara Eropah lah banyak benda yang Marjane belajar tentang manusia tentang kehidupan dan pelbagai lagi pahit manis masam masin di negara orang . Tapi antara pelajaran yang paling penting ialah bila dia belajar menjadi seorang rakyat Iran yang bangga dirinya sendiri.

Hahhh … macam-macam lah benda yang aku dapat dari cerita-cerita Marjane ini. Banyak perkara yang aku boleh "relate" dengan dia juga walaupun aku tak minat Kim Wilde. Marjane juga seorang yang amat meminati seni , hence the graphic novel.


Oh ya, satu yang aku nak juga cerita. Marjane belajar seni halus di Universiti Iran yang sangat payah nak masuk. Bila kelas seni untuk lukis badan manusia, instead of naked body, mereka gunakan perempuan yang pakai chador !!! hahhahahahaha


Ok itu saja antara benda aku nak cerita. Aku memang sokonglah kalau kamu nak baca novel ni. 


Seperti juga cerita-cerita bermutu Iran yang pernah aku tonton, sebaik sahaja habis membaca novel ini aku menghela nafas lega menandakan aku sangat puas hati ……….





ya, Marjane yg sangat cool !!!!

i "like"

Kadang-Kadang Ada Juga Aku Kacau Orang

Aku kenal ada seseorang ni yang memang hidup dalam dunia dia sendiri dan hanya akan membenarkan sebahagian saja orang terpilih untuk masuk dalam dunia dia, dan jika kamu memenuhi kriterianya, mungkin dia akan kenalkan kamu kepada kawan-kawan lain di dunianya itu. Jika kamu kureng atau tidak mencapai nilaian yg dia mahukan kamu hanya akan disimpan dalam almarainya saja dan ya dia akan masih tetap layan kamu dengan baik.

Kadang-kadang oleh kerana dia tidak mahu kenalkan kamu pada temannya yg lain, walaupun ada akitiviti bersama kamu dia tidak akan sebut nama kamu atau acknowledge kamu seada dan sepatutnya.

Atas alasan apa pun kenapa dia begitu aku kurang pasti.

Sampai setakat ini aku rasa kamu semua paham, aku lah tu yg disimpan dalam almari yg kadang2 dia datang melawat. Aku serius tak kisah, sebab almari aku sangat luas … hahaha

Kadang-kadang aku jenguk juga tengok dunianya.

Dan kadang-kadang secara nakal aku langkah keluar dan tonjolkan diri di dunianya …..


dan aku tahu dia sangat tidak suka .



:-P

Monday, November 11, 2013

Letting Go

I feel its important that sometimes, one has to really let go of the past before one can  move on. 

A divorcee friend is having a tough time letting go of her ex who , in my eyes and almost everybody's eyes, looks like fooling around with our friend's delicate vulnerable heart. He is making it looks like theres still hope for her when we all know how impossible he would make the marriage (if ever) works again.

The problem however is not only my friend alone but also her son who wails , practically almost everyday, longing for the father.

and deep down inside of me , i feel like my friend is hoping that the ex would somehow come back for the  son's sake.

We feel that our friend is still lucky because despite all the above mentioned, he still however religiously pay the sum of RM 1,000-00 every month for the son which is more than enough. We told our poor friend that even is she takes the case to the Court, she MIGHT get less than what she's getting now. Seriously, we heard of cases where the father has to pay only about RM450 a month for THREE sons.

I know she's lonely and she wants to have a husband, and all she could see for now is to get back the old one. I told her even if she gets him back, it would all be the same again. The ex would and could not change and she will suffer all over again.

But for her to attract a new man into her life, she has to let go of the ex ….

I wish her well 


Friday, October 25, 2013

Ujian Lagi

Hidup ini memang ujian.


Penuh ujian .... yg kadang menyebabkan hujan.   Hujan air mata


Dah berapa kali aku pernah tulis pernah bilang sama orang pernah nasihat pernah komen pernah lontarkan bahawa ujian itu tiada kena mengenanya dengan orang lain.  Orang lain itu hanyalah pengantaraan yg Allah ciptakan suasananya khusus untuk menguji kamu.


Ujian itu adalah antara kamu dan Allah. Bukan orang lain.


Ujian itu adalah kiriman dan utusan Allah untuk kamu kembali kepadaNya.

Tapi kita sebagai manusia masih tetap mahu menarik orang lain untuk kamu jadikan bahan sandaran yang kamu rasakan penyebab atau punca kesedihan kamu itu.

Dan memamg benar kata-kataNya

"Dan aku ciptakan sebahagian kamu itu ke atas sebahagian lainnya sebagai ujian utk melihat apakah kamu itu sabar"


Aku bangun pagi dengan rasa sayu. Serasanya apa yang terjadi kelmarin dan hari-hari sebelumnya adalah mimpi sedih.

Degan lemah aku cuba bangun sambil memegang taliNYA .. Rahmat dan RahimNya utk aku diberi kekuatan.


Anta Maulaanaaa .... Ya Allah

Engkaulah Pelindung Kami Ya Allah.

Wednesday, October 23, 2013

bila lebih senang mengeji dari mengkaji

inilah satu masaalah berat yg aku anggap seperti satu penyakit. betapa mudahnya masyarakat kita melayu menghukum tanpa pernah mahu berfikir apa lagi mengkaji. memanglah ada kalanya benda2 yg kita jumpa di internet sangat merapu meraban, tapi tak salah jika kita mencari sebab musabbab mengapa pemikiran itu yg dipilih.

apa lagi bila ianya melibatkan perkara-perkara khilaf.

aku berkata begini selepas heboh tentang masaalah mazhab yg menjadi bahan kutukan hampir semua golongan masyarakat.

aku ulangi status yg pernah aku sebut di FB dulu, macam mana nak bicang perkara ranting dan daun2, bila kita tak pernah tahu dan kenal akar yg melahirkan ranting dan daun-daun itu.

bila terlalu menunding jari dan menghukum, kadang kita jadi lupa kita sendiri tiada punya sedikit pun ilmu yang menyokong kebencian kita pada sesuatu perkara itu.

memang , menghukum adalah lebih mudah dari mengkaji, kerana dengan menuduh dan menghukum kita hanya perlu ikut apa saja orang lain kata ... apa yg suratkhabar kata .. apa yg massa kata, tapi bila mengkaji kita perlu study belajar dan menggunakan tenaga akal fikiran dan iman.

kalau nak komen kata-kata hukuman dan kebencian, sambil bergolek atas katil atau sambil memasak dan siram pokok bunga pun boleh sambil2 taip komen. tapi bila nak komen berdasarkan ilmu dan source yg benar , pastilah tidak akan sama keadaannya.

tudung awning



i m not the most fashionable woman. I wear anything i like as long as it suits me and i m not afraid to try new outfits too.

buat masa sekarang saya suka pakai baju labuh besar mcm gypsy gitu dan tudung saya yg memang ber "awning". dan terakhir saya beli kasut boot yg saya sangat suka dan rasanya sesuai dgn baju gypsy.

dan ya itu saja cara penampilan saya dan saya tak akan fikir banyak dan akan terus fikirkan benda lain pula. ya banyak benda dalam hidup yg perlu saya berikan perhatian.

jadi bila ada kawan2 yg bising penampilan saya tidak kena, tudung awning yang buatkan saya kelihatan tua, tudung yang perlu dililit sebegini sebegitu .... saya senyum dan santai aja deh .

saya tak rasa ianya satu priority utama yg perlu saya berikan sepenuh perhatian, kerana saya yakin ujian saya di dunia ini ada yg lebih berat dari mikirin mau pakai tudung awning apa gak .





Thursday, October 17, 2013

boot



makin tua makin menjadi, kasut ni orang pakai waktu mereka 20an bukan pada umur mcm aku.

setan apa yg merasuk aku tiba-tiba mahu memakai boot dan mengejar dunia yg tak mungkin terkejar.


hubungan

sebenarnya kita tak patut masuk campur langsung hal perhubungan orang lain. itu yg saya pelajari dan makin memahami bila umur makin tua ini.

kadang kita menghukum berdasarkan pada logik akal dan pada pandangan pendapat peribadi kita. sedangkan hubungan manusiawi ini tidak selalunya bergantung kepada perkara-perkara itu yg selalunya kita yakini benar.

hubungan manusiawi melangkaui akal fikiran dan melangkaui anggapan manusia lain.

contoh paling ketara yg aku pelajari kemarin ialah bila aku dan adik perempuan sangat marahkan saudara lelaki yg kami rasakan dan nampak banyak ulah dan banyak menipulasinya. masih tinggal dengan mak dan abah dan tidak pernah menjadi seorang abang yang disukai adik-adiknya.

banyak benda yg dilakukannya yg menyakiti mak dan abah dan juga adik lelakinya.

kalau ikutkan akal logik hukum manusia, kami merasakan ibu tidak patut membiarkan dia tinggal di rumahnya lagi. biarlah dia mencari kehidupannya sendiri dan hidup berdikari.

tapi ibu tetap ibu ..... satu perasaan yg tak akan mungkin sesiapun fahami melainkan ibu kepada anak itu sendiri. ibu orang lain juga tak akan faham.

begitu juga dalam hubungan suami isteri.

hanya mereka berdua yg memahami hubungan mereka sendiri.

dan aku ... hanya patut mendiamkan diri.





Thursday, October 10, 2013

Soap Power

i was not feeling well for a few days and spent loads of my time doing a bit of this and that.

and part of this and that was "googling" after the group. AArq*m who then turned into GI.

i have been following the group since i was in school.  being in religious school i think it  comes together with the package where you would be drawn to certain Islamic groups (jamaah) and end up joining one. I never joined the group but i did follow them from afar.

even when i was in the university i still read some of their books and magazines and at that time i could sense that the direction of the group seemed to be slipping a bit.

i had one senior from their group who told me that the reason of the nation short circuit of no electricity for a few minutes (this happened many years ago) was because it was a sign when their "father-Abu" finally met some ulamak in Khuras*n.

and at another time she even told me that they could even see portions of clouds forming the look of Abu in the sky, and those who could not see it were not true followers.

i knew they were going out of the line already.

when the Abu passed away, afraid that she d be loosing grip of the power and wealth, the wife came up  with a story that Abu was not dead and he only disappeared. and the Abu is now with the Prophet SAW and Imam M*hdi in the spirits world leading the jamaah thru UJ who has a direct contact with the Prophet.

and then she came up with Islamic S*x book, describing explicit intercourse she had with the dead husband in spiritual form. hmmmm

not only that , UJ also introduced Kaabah's P*wer .... which she claimed she got when she was there.

i never heard about this before.


the group later came out with a song about it.

i had a good laugh that nite when I listened to the song because part of the lyrics mentioned that:-

"even the soap has power ..."

sabun pun ada power ....


now i rarely laugh about their sect or their practices. but that line alone ....

you gotta be kiddin' me !



i m the jill




its my new hobby.

just a an hour ago i saw somebody's status in FB

"You can do anything but not everything"

i feel it man !

hahaha. i m the jill of all trades but master of none. Its good i think for someone like me to be wanting to do everything , but the sad part is that I have no time to master any one of them successfully.

and last night I clean up my sewing room and i hope to come up with something tonight insyaAllah

something new to look forward to





posting this photo reminds me of a friend's words " hampa selalu post gambar yg elok saja". she said that i only took photos of the good side of my house. hmmm ... well 

dah lama tak blog. rasa ada banyak benda nak cerita. about life about after life about life and after life.

ya, hidup sangat pendek. life is short. i always try to keep that in mind, supaya aku tak terlalu kejarkan dunia. My house is just a simple semi detached house. one story with three rooms and two bathrooms. i have to admit i m a bit (?) of a messy person but the thing about me is that even thou i can be considered lazy, i refuse to have a helper to come and help me taking care of my house. i feel its an insult. 

will write again ...soon. a promise to self.

Friday, April 05, 2013

cinta adik lelaki

ada banyak benda dalam hidup ini yang buat kita gembira, dan jumlah semua benda yang buat kita gembira itu jika dihitung adalah sama banyak dengan benda yang buat kita sedih juga.

its hard to see an ending relationship.

not mine.

bukan relationship saya

relationship adik saya, adik lelaki .

sudah lama mereka bersama dari kolej lagi hinggalah kedua-duanya bekerja, walaupun kerja adik aku macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada.

perempuan yang bersama dengannya juga sudah kenal rapat dengan kami sekeluarga. Malah mak sering masuk campur dalam urusan hubungan mereka.

pernah sekali mak jalan2 di pekan rabu, dan dari seberang jalan mak nampak adik lelaki dan teman wanitanya sedang duduk berdua di kerusi.

mak terus capai telefon dan hubungi adik lelaki. adik lelaki tidak menjawap telefon.

mak call pula teman wanitanya, mak minta nak cakap dengan adik lelaki.

"Awat hang duduk rapat dekat sangat dengan gepren hang ???"

Bila mereka bergaduh juga kadang adik lelaki menalipon saya mengadu. Saya memang tak akan suka masuk campur. Saya jelaskan sebagai lelaki dia kena handle sendiri masaalahnya.

sudah beberapa kali hubungan mereka berantakan.

adik perempuan juga sudah fed up dengan perangai adik lelaki, yang saya dan adik perempuan berpendapat adik lelaki tidak menghargai sebaiknya teman wanitanya itu.


pernah juga mereka putus hubungan, dan waktu itu adik lelaki yang seorang lagi masih belum berkahwin.

bila mak dapat tahu mereka putus hubungan mak memang marah

"Aku tak kira hang pi kawan balik dgn gepren hang tu ! Awat hang nak tengok aku mati tanpa dapat menantu ???!!!"

aku tidak pasti samada kali ini hubungan mereka akan kembali baik. aku suka pada teman wanita adik aku. tapi aku tahu, dia mungkin tak akan gembira dengan perangai adik lelaki aku itu.

Aku doakan kedua-duanya bahagia, tak kira lah dengan siapa pun.

Thursday, March 07, 2013

Suami Isteri


Lelaki bila telah mengambil keputusan utk menikahi seorang perempuan, dia telah dengan itu menerima perempuan itu seadanya, dengan semua kelebihan dan kekurangan si isteri.

Perempuan mencari lelaki yang boleh menerimanya untuk dinikahi dan bila mereka berjumpa lelaki tersebut, perasaan diterima dan dikasihi dan telah menjadi pilihan kadang mengaburi pandangannya pada lelaki tersebut dan pada ketika itu, perempuan hanya lihat pada segala kelebihan lelaki dan memandang sebelah mata akan kekurangannya. "I'll fix that later"

Dan lelaki selalunya jarang bersuara akan ketidakpuasan hatinya pada si isteri kerana atas dasar yang di atas tadi, sudah menerima seadanya, nak komplen apa lagi ...

Dan kebanyakan isteri sehingga ke akhir hayat akan sentiasa tidak merasa puas dan menerima seadanya suami mereka dan akan senantiasa mencuba 'memperbetulkan' suami mengikut acuan mereka.

Tergantung kepada kebijaksanaan suamilah untuk mengelak diri atau membiarkan diri dibuat acuan.

Is it ?

My staff uses mixed English and Malay and sometimes if she deals with Chinese she d use her mother's tongue .... her English is so - so .... just like mine I guess ... but what we find amusing is that she always finishes her sentence with "Is it....???" .

eg:

"Are you coming to our office , is it ?"

"You have sent the documents to us is it ?"

"Oh ... you said you ve paid us ahhh , is it ?"


Oh well, thats one thing about Chinese in Malaysia, they d keep on speaking in English and not feeling shy or embarrassed about the grammar or wrong pronunciation and the other Chinese wont even laugh or make fun at them.

Unlike Malays, ever since school days, if anybody should try to speak in English, he d be the subject of mockery ...... its sad. 

Of course I never laugh at my staff, its just amusing for me and the boss.

Thursday, January 03, 2013

stalker am i ?

i wish the couple i am stalking their blogs wont put their blogs on private.

sometimes i feel like a pervert or am i missing something in my own life that I have to stalk other people's love life.

hmmm ... scary, me pervert.

well i think its not that (justification, justification, justification)

i think we all love a good love story

we all love to see people in love

to see the ups and downs in a relationship and how they cope everything


seeing them reminds me of my own story with him


its been many many years, and yes i still fall in love with him every time i see him



Alhamdulillah

enduring pain

you know what does it take to go through the pain and bitterness in life ...? just hang in there when its the toughest .... just hold on to what you believe in..... hold tight, very very tight.

Cry if you must but but dont loose the grip

hold tight to HIM, cry to HIM ....

stay calm .... and cry again .... and be still

its only a matter of time.

sometimes its only a few hours, and then HE will give u a break ... when a friend says hi or talks to you .. and when you watch funny movies, read all the jokes in Tumblr..

and then the pain will come again.... you will cry again


the process might take some times, say a few weeks at the most .. after a month or so the pain will visit you once a while ..

and soon, by the time you know it .. the pain is already gone

trust me

I went through it all and survived , Alhamdulillah

Tuesday, January 01, 2013

Love

when you re in a relationship, you dont think logic, you dont simply do the math like 1 plus 1 is two.

you can end up somehow you dont know how that the answer wont be 2, it could be infinity for all you know.

love can sometimes shift you off the track ... and the study on people and love have been carried out for centuries and still they can never come with a standard guidelines.

not every relationship is the same, the magic of one relationship is purely based on chemistry and fate. Try as you might to catch hold of love, if its not meant for you, you will never succeed, but the ones meant for you will somehow find you even without you looking for them.

its tiring talking about love and relationship but its one of the talked about subject with everybody.

well good luck with your love ...!

Selamat Tahun Baru 2013

Ok , hari ini hari pertama utk 2013. ....

Hmmm ...

hmm... i wanted to say something grand, something greater than great, something that will give impact, but then what is a new year after all .... its just another ordinary day. Same sun, same sky same wind same of everything .

But then the difference is whats inside of you, what do you want to do this year ? what do you want to achieve .. what are your hopes ... how would you want it to be ? where would you want to be ?

hmmm

I was busy doodling and drawing with my iPad last night the last night of 2012, I forgot to even set what I should achieve this year ..

well, I just hope this year to offer me the best it could offer and that I wouldn't be just doodling away and wasting time not noticing the offers ... and hope that the firm and I will make more money and that I would be much much closer to HIM and him, and my family ...


Happy New Year